Bekas Pengendali JDT Cuba ‘Angin’ Baharu Di Indonesia?

Kelibat bekas pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT) terus menjadi tanya dalam kalangan penyokong mengenai destinasi beliau seterusnya dalam karier kejurulatihan bola sepak.

Mora yang mencipta sejarah tersendiri sebelum ini dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) bersama JDT, sehingga kini masih belum menandatangani kontrak bersama mana-mana pasukan.

Namun, sesuatu petanda telah diberi oleh pengendali dari Mexico itu mengenai hala tuju beliau selepas ini, apabila Mora telah pun mengikuti salah satu kelab berpengaruh di Asia Tenggara semalam.

Mora telah pun mengikuti Persib Bandung di Instagram peribadi beliau semalam dan ia jelas mencetuskan pelbagai persoalan dalam kalangan para penyokong.

Untuk rekod, Persib baru sahaja kehilangan jurulatih mereka iaitu Robert Rene Alberts yang telah pun meletak jawatan, setelah menerima tekanan daripada para penyokong kelab tersebut.

Ini disebabkan Robert gagal membawa pasukan pada awal musim dalam saingan Liga 1 Indonesia dengan lebih baik, apabila mereka hanya mengutip satu mata daripada tiga perlawanan dihadapi.

Lebih mengecewakan para penyokong Persib ketika itu, rata-rata pemain pasukan tersebut ketika itu bukannya calang-calang dan hasil diberikan tidak memenuhi kehendak peminat.

Sekiranya kehadiran Mora menjadi kenyataan, pastinya ini memberi dimensi terbaharu buat Persib dalam corak permainan mereka untuk memberi impak positif dalam kalangan penyokong.

Seperti diketahui ramai, Mora merupakan seorang jurulatih sangat berkaliber dan mempunyai falsafah tersendiri yang berjaya diterapkan bersama JDT.

Kejayaan tertinggi pengendali tersebut pastinya ketika beliau membawa JDT muncul juara peringkat kumpulan I dalam saingan AFC Champions League baru-baru ini dengan melakar kejutan, setelah mengatasi pasukan-pasukan hebat.

Dalam saingan Liga Super, Mora tidak menghadapi kesukaran untuk membentuk para pemain dimiliki beliau untuk berhadapan pasukan-pasukan lain dengan kemenangan dimiliki mereka.

Mora juga mempunyai kebolehan untuk menaikkan bakat-bakat muda baharu yang berbakat untuk diketengahkan, apabila beliau sebelum itu berpengalaman menguruskan mereka ketika bersama JDT II.

Jika Mora mengesahkan diri sebagai jurulatih Persib, ini bakal menjadi cabaran baharu buat dirinya untuk terus membuktikan dirinya boleh mencipta kejayaan walaupun bersama pasukan berbeza.

Lebih unik, Mora juga bakal menjadi jurulatih kedua selepas Mario Gomez yang sebelum itu menjadi pengendali JDT untuk menguruskan Persib Bandung.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN