Indonesia bakal menggunakan bulan September ini sebagai medan persiapan mereka untuk menguji para pemain, namun sehingga kini masih belum lagi ada kepastian tarikh sebenar serta lokasi rasmi perlawanan.
Persatuan Sepak Bola Indonesia (PSSI) dikhabarkan sudah mengatur satu perlawanan persahabatan untuk menentang lawan dari Amerika Utara iaitu Curacao pada September ini.
Profil Curacao, negara kecil berperingkat 84 dunia. Mampukah Indonesia memaksimalkan pertemuan di FIFA Matchday September mendatang? #Curacao https://t.co/rvmtODaGOi
— JPNN.com (@jpnncom) August 15, 2022
Menurut Mochamad Iriawan selaku Ketua Umum PSSI, beliau menyatakan perlawanan tersebut masih lagi dalam perbincangan, kerana peraturan pengambilan vaksin di negara tersebut tidak sama seperti di Indonesia.
“Kami sudah pun menghubungi pihak pengurusan bola sepak Curacao, namun ada beberapa perkara yang perlu kami selesaikan seperti peraturan vaksin di sana yang agak berbeza dengan kita.
Segalanya masih lagi dalam perbincangan dan akan diumumkan secepat mungkin apabila ianya sudah selesai,” jelas Mochamad Iriawan menerusi Bola.com.
Untuk info, Curacao merupakan negara yang bernaung bawah CONCACAF di Amerika Utara yang kini berada di ranking ke-84 dunia dan dilihat lawan bersesuaian untuk menguji kekuatan penuh Indonesia.
Beberapa pemain kebangsaan Curacao juga dilihat mempunyai rekod yang sangat baik apabila beraksi dalam saingan tertinggi di Eropah dan pastinya mempunyai kualiti tersendiri.
Iriawan pada masa sama menjelaskan masalah vaksin yang dihadapi mereka ketika ini mungkin dapat diatasi dengan kadar segera dan perlawanan tersebut boleh berlangsung tidak lama lagi.
Jelas beliau lagi, Indonesia juga bakal mengharungi perlawanan bersama Curacao sebanyak dua kali menurut perancangan mereka di laman sendiri.
Ketua Umum (Ketum) PSSI, Mochamad Iriawan, berharap pertandingan Timnas Indonesia vs Curacao tetap terlaksana. #kumparanBOLA https://t.co/P7MYBtisxl
— kumparan (@kumparan) August 15, 2022
“Lawan kami sudah pun dipastikan ialah Curacao. InsyaAllah, diharap segalanya dapat berjalan dengan lancar nanti kerana lawan kini berada di ranking ke-84 terbaik dunia.
“Inilah harapan saya, melihat Indonesia menentang lawan yang sangat kuat supaya mereka sedar akan kelebihan dan kelemahan untuk diperbaiki selepas aksi tersebut,” terang Iriawan.
Walaupun begitu, PSSI sehingga kini masih belum memutuskan lokasi perlawanan serta tarikh sebenar untuk para penyokong biarpun lawan sudah pun dipastikan.
“Lokasi masih kami belum dapat pastikan. Begitu juga dengan tarikh rasmi. Apapun, kami akan umumkan dengan secepat mungkin kerana perlawanan bakal berlangsung sebanyak dua kali,” ujar Ketua Umum PSSI tersebut.
Untuk rekod semasa, Indonesia kini berada di ranking ke-155 dan mereka berpeluang untuk memperbaiki kedudukan ke arah lebih baik sekiranya keputusan positif dilakar ketika menentang Curacao.