Kelibat pengendali berpengaruh, Robert Rene Alberts mungkin akan terus kekal di saingan Liga 1 Indonesia apabila nama beliau kini terkait dengan beberapa pasukan di sana.
Sebelum itu, pengendali tersebut dikhabarkan telah mengundur diri daripada melatih Persib Bandung setelah menerima bantahan keras daripada penyokong kelab tersebut.
Setelah tiga musim menjalin kebersamaan, PERSIB dan Robert Alberts sepakat akhiri kerjasama.
Hatur nuhun Coach Robert. Semoga sukses di karir selanjutnya 🤝#PERSIB pic.twitter.com/q4tiyGNHQP
— PERSIB (@persib) August 10, 2022
Menurut Bola.com, para penyokong jelas tidak berpuas hati setelah pengendali tersebut gagal membawa keputusan positif sejak awal permulaan liga, meskipun mempunyai barisan pemain berkualiti.
Setakat tiga perlawanan dihadapi Persib dalam saingan teratas Indonesia tersebut, pasukan ini hanya memperoleh satu mata sahaja dan menyebabkan para penyokong kelab itu tidak berpuas hati.
Sehingga kini, beberapa kelab penyokong dari Arema FC sedang melihat hala tuju pengendali tersebut selepas ini, kerana mereka sangat suka sekira Robert dapat melatih pasukan tersebut.
Pengendali Arema FC ketika ini merupakan Eduardo Almeida yang berasal dari Portugal dan kelibat pengendali tersebut setakat ini juga kurang memuaskan hati dalam kalangan penyokong pasukan.
Untuk rekod semasa, prestasi Arema pada awal musim ini jelas kurang memuaskan hati para penyokong mereka dan berada pada bawah tahap sebenar, apabila sekadar mengutip empat mata daripada tiga perlawanan dihadapi.
Statistik Robert Alberts saat memimpin PERSIB.
Bedankt Coach 🤝#PERSIB pic.twitter.com/58oNZvytY0
— PERSIB (@persib) August 10, 2022
Dalam kalangan para penyokong Arema, nama Robert jelas sangat terkenal dan dihormati kerana pengendali tersebut pernah membawa kejayaan buat pasukan ini pada tahun 2010.
Walaupun Robert gagal untuk memberi impak positif selepas itu ketika mengendalikan PSM Makassar dan Persib Bandung, nama beliau tetap gah buat penyokong Arema FC.
Hal ini dapat dilihat sekiranya Robert tampil ke gelanggang Arema dengan pasukan lawan, apabila para penyokong di sana memberi sorakan positif buat beliau kerana jasa pengendali tersebut sebelum ini.
Namun kesahihan untuk Robert bersama Arema FC masih lagi belum dapat dipastikan kerana Almeida dilihat tidak ada tanda-tanda bakal dilepaskan kelab tersebut.
Jika Almeida mampu melakar kejayaan positif dalam beberapa perlawanan akan datang, pastinya beliau akan terus kekal mengendalikan Arema untuk musim ini.
Ketika ini, Robert masih lagi belum menerima sebarang tawaran untuk mengendalikan mana-mana pasukan di Indonesia.
Alhamdulillah sore ini Arema U14 vs Sulbar skor 2-0 lolos Semifinal di Piala Menpora di Bali. Mohon doanya terus menerus. Anak anak sempat berfoto dengan Coach Robert Albert yg justru mendampingi tim lawan Sulbar. #le31hedan #akademiarema pic.twitter.com/RdT42fZUMw
— Arema FC (@AremafcOfficial) September 5, 2018
Nama beliau juga dikatakan terkait dengan beberapa kelab dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M), namun masih belum ada kesahihan yang tepat.
Robert dijangka tidak sukar untuk mengendalikan mana-mana kelab di Asia Tenggara berikutan beliau mempunyai nama yang sangat besar setelah kejayaan beliau melatih banyak kelab sebelum ini dalam kariernya sebagai jurulatih.