Kelantan terus mengukuhkan cengkamannya di persada Liga Premier apabila mencatat kemenangan 2-1 ke atas PDRM di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada Sabtu.
Selepas dikejutkan dengan kekalahan kepada Perak tempoh hari, skuad kendalian Rezal Zambery Yahya tersebut berjaya memamastikan tiga mata penuh menjadi milik tuan rumah.
Beraksi di hadapan ribuan penyokong sendiri, The Red Warriors terlebih dahulu dikejutkan dengan gol pendahuluan pasukan pelawat pada minit ke-30 hasil jaringan sendiri Nik Mohd Amin Ahmad.
Bermula dengan sepakan percuma G. Durrkeswaran, penjaga gol Kelantan itu cuba untuk mengeluarkan bola tetapi tumbukannya terbias ke dalam gawangnya sendiri.
Namun segalanya berubah pada babak kedua apabila Kelantan mula memperkemaskan corak permainannya dan saat yang ditungguh-tunggu hadir pada minit ke-65 apabila pengadil memberikan sepakan penalti selepas Alexander Amponsah menjatuh Muhaimin Izuddin dalam kotak penalti.
Penyerang sensasi Nurshamil tidak berdepan sebarang masalah untuk menterjemahkan peluang tersebut dengan jaringan penyamaan yang menggemuruhkan suasana di dalam stadium.
10 minit kemudian, pemain gantian Muhammad Ikhwan Yazek muncul wira Kelantan apabila sepakan lencongnya dari luar kotak penalti menjunam masuk ke gawang gol ‘melemaskan’ penjaga gol Firdaus Irman Mohd Fadhil.
Ikhwan Yazek hadiahkan gol Puskas lagi di Liga Premier 🚀
Keputusan semasa: Kelantan 2-1 PDRM
🎥: @MFL_MY pic.twitter.com/162G2VWz28
— MakanBola (@makanbolaplus) August 13, 2022
Rezal Zambery dalam sidang media selepas perlawanan mengakui beliau berbangga dengan semangat juang yang ditampilkan oleh anak buahnya yang berjaya bangkit meskipun terlebih dahulu ketinggalan.
“Pada saya pemain telah menunjukkan sifat tidak putus asa. Mentaliti menang mereka sentiasa ada untuk kembali semula selepas kita terus menerapkan corak menyerang,” ujar jurulatih berusia
“Pada saya ini kemenangan yang cukup bermakna selepas tewas tempoh hari, bermakna sekarang ini ada tiga perlawanan lagi untuk dihadapi.”
Kemenangan tersebut memastikan Kelantan terus bertakhta di persada Liga Premier dengan mengumpul 35 mata, mengatasi JDT II dengan kelebihan lima mata.