Piala AFC 2016 adalah edisi terakhir yang menggunakan format lama dan ketika itu, bekas pemain yang kembali disebut-sebut, Juan Martin Lucero beraksi untuk Johor Darul Ta’zim (JDT) – musim pertama dan terakhirnya.
Edisi 2017 bermulanya Piala AFC dengan format yang digunakan ketika ini.
Nama Lucero kembali disebut baru-baru ini mengenai kemungkinan bakal kembali ke pangkuan JDT walaupun sebenarnya ia tampak mustahil untuk direalisasikan mereka ketika ini kerana tiada keperluan untuknya kembali.
Gandingan Bergson dan Fernando Forestieri sudah cukup mengasyikkan.
JDT signs Argentine forward Juan Martin Lucero ahead of AFC Cup campaign
Read more: https://t.co/77VUdyk6OH pic.twitter.com/5jPlLRX4FY— FootballChannel Asia (@fcdotasia) February 10, 2016
Impak yang ditinggalkan Lucero tetap lekat dalam ingatan para penyokong JDT waima hanya semusim bersama mereka pada musim tersebut.
Hatrik Lucero yang bawa JDT ke suku akhir
Mengapa Lucero kekal dalam ingatan para penyokong? Ini kerana pada awal menapak di Malaysia, beliau tidak memberi impak yang diharapkan.
Ramai yang agak melenting kerana Lucero gagal meledak gol. Beliau hadir sebagai pengganti terus kepada penyerang lagenda JDT, Luciano Figueroa.
Mungkin ramai lupa ketika itu, beliau tiba sebagai pengganti kepada Paulo Rangel yang gagal menyesuaikan diri ketika dalam aksi pra-musim JDT.
JDT sign Paulo Rangel for two years https://t.co/60t2hBXi8w pic.twitter.com/4LNH1tH06J
— Santinos Pizza (@SantinosPizzaMY) December 29, 2015
Tidak sempat mencari angin dalam pra musim, Lucero bergelut pada awal kehadirannya dalam skuad gah seperti JDT yang tidak boleh mendengar sebarang kegagalan. Gagal menjaringkan gol adalah satu dosa besar bagi seorang penyerang yang dibawa masuk sebagai pemain import pasukan.
Beliau mula mengganas pada penghujung Mac membawa ke bulan April dan impaknya sehingga berjaya meledak hatrik dalam pusingan 16 terbaik Piala AFC 2016 yang membawa JDT ke suku akhir. Sebagai juara bertahan, sememangnya mereka perlukan konsistensi untuk terus mara lebih jauh.
Juan Martin Lucero: Modern No.9 JDT Yang Mula Mengganas Pada April 2016
JDT menang bergaya 7-2 ke atas wakil Filipina, Kaya FC sebelum mara ke suku akhir dan menundukkan wakil Hong Kong, South China 3-2 secara agregat untuk mara ke separuh akhir. Mereka akhirnya ditunjukkan jalan keluar oleh wakil India, Bengaluru FC apabila tewas 2-4 secara agregat.
Penyerang bernilai RM11.5 juta ketika berhijrah
Satu tawaran yang amat bernilai yang tidak mampu untuk ditolak oleh JDT. Walaupun sedang mempamerkan peningkatan, Lucero akhirnya tetap dijual kepada kelab di Mexico, Tijuana dengan nilai RM11.5 juta. Penyerang yang dikenali dengan panggilan El Gato itu akhirnya meninggalkan pasukan.
Ini kerana ia beri keuntungan – JDT membelinya dengan nilai RM5.6 juta.
Juan Martin Lucero
JDT ➡️ Tijuana
USD 2.7mil ~ RM11.5milDiogo
Buriram ➡️ JDT
Baht 50mil ~ RM6.65milThis is only based on approximation. Real figures are undisclosed.
— Juan Bapakaw (@juanbudiman) June 4, 2019
Secara keseluruhan, Lucero telah menjaringkan 27 gol dalam 37 kali penampilan dan bermain selama 2900 minit ketika menyarung jersi JDT. Lucero juga menjadi penjaring gol ke-100 untuk JDT bagi musim 2016.
Lucero menjadi calon untuk Pemain terbaik bulanan untuk bulan April dan September dan dia menjadi pemain terbaik Liga Super untuk bulan April. Sepanjang semusim bersama JDT, dia berjaya membantu JDT merangkul tiga kejuaraan iaitu Sumbangsih, Liga Super dan Piala FA. Tanpa kehadiran Lucero dan Diaz, JDT terkandas di peringkat separuh akhir Piala AFC.
Mengapa El Gato dikaitkan akan kembali ke JDT?
Bermula dengan khabar angin dari Argentina bersumberkan @nahuelfutbol, JDT dikatakan berminat untuk membawa pulang Lucero ke Malaysia, tetapi kelabnya kini, Colo-Colo di Chile dikatakan berat hati untuk melepaskannya.
Selain itu, perkongsian oleh Lucero ini juga telah mencuri perhatian umum.
None of us have ever forgotten about Juan Martin Lucero 🇦🇷, and this has been a great gesture from @OfficialJohor as a form of "reminder". I am guessing we can expect a "bienvenido de nuevo" to Johor for him at some point Tunku @HRHJohorII? 🙏 🔴🔵 pic.twitter.com/u0F2UFM63C
— Marco Negeri 🇲🇾 (@MarcoNegeri) August 5, 2022
Penyerang berusia 30 tahun itu dilihat menerima hadiah daripada pemilik JDT, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ), iaitu dua helai jersi terbaharu yang disarung oleh JDT pada musim ini.
Memberi respon kepada pertanyaan oleh @MarcoNegeri di Twitter, TMJ dilihat tidak pasti sama ada Lucero bakal kembali ke JDT atau pun tidak. Namun, mereka sudah ada perancangan untuk persiapan musim hadapan.
Sebaliknya, TMJ menamakan Papu Gomez sebagai sasaran terbaru kelab di jendela perpindahan seterusnya. Dan untuk menambahkan sensasi kepada perkhabaran oleh TMJ itu lagi, Gomez dilihat bertemu TMJ di Sepanyol baru-baru ini, ketika Baginda terlibat dengan kejohanan Polo di sana.
Dengan pertembungan antara JDT dan Urawa Reds dalam pusingan 16 terbaik AFC Champions League (ACL) yang bakal menjengah tiba, mungkin ini masa yang sesuai untuk mengenang kembali pemain yang telah bawa JDT melepasi pusingan 16 terbaik Piala AFC pada edisi 2016 yang lalu.
Nama Lucero juga terpahat dalam sejarah JDT waima hanya semusim berbakti. Kini, namanya tiba-tiba dipetik bakal kembali ke Iskandar Puteri.
😍 A hat-trick from Lucero
😱 A stunner from Azamuddin@OfficialJohor #OnThisDay at #AFCCup 2016 pic.twitter.com/s1lBeDrl6y— #AFCCup (@AFCCup) May 25, 2020