Tiga pemain muda Indonesia yang sebelum ini mencipta nama di peringkat Eropah dikhabarkan kini sudah pun berstatus bebas dan tidak terikat kontrak dengan mana-mana pasukan.
Ketiga pemain tersebut ialah Egy Maulana Vikri, Witan Sulaeman, serta Bagus Kahfi kini tidak beraksi dengan mana-mana pasukan dan mempunyai sebab hampir sama mengapa mereka tidak mempunyai jodoh panjang bersama bola sepak di Eropah.
Egy dikhabarkan telah memutuskan kontrak beliau bersama kelab dari Slovakia iaitu FK Senica, manakala Witan pula ditamatkan kontrak lebih awal oleh Lechia Gdansk, serta Bagus tidak dipanjangkan kontraknya yang sudah tamat musim lalu bersama Jong Utrecht.
Egy Maulana ditimpa krisis kewangan bersama FK Senica
Egy terlebih dahulu mengangkat kaki dari kelab tersebut sejak bulan Mei 2022 setelah FK Senica berdepan krisis kewangan yang agak teruk.
Pemain tersebut juga tidak mendapat pembayaran gaji yang sepatutnya daripada kelab dan membuat keputusan menamatkan kontrak lebih awal.
The first goal in the national team.
Egy Maulana Vikri ⚽ pic.twitter.com/mzYSj8zC7y— FK Senica (@FKSenica) October 13, 2021
Walaupun begitu menurut Bola.com, pemain sayap berbakat tersebut dikhabarkan akan terus kekal di Eropah dan baru-baru ini kelibat Egy dilihat berada di negara asalnya, Indonesia.
Jodoh Witan Sulaeman bersama Lechia Gdansk singkat
Jika diikutkan, kontrak Witan masih lagi berbaki sehingga tahun hadapan bersama kelab tersebut, namun ianya ditamatkan lebih awal setelah mendapat persetujuan dari dua belah pihak.
Witan masih lagi baru ditandatangani musim lalu, dan agak malang beliau langsung tidak pernah mendapat ruang untuk beraksi dan dipinjamkan kepada FK Senica.
Witan Sulaeman zdobył wczoraj swoją pierwszą bramkę w dorosłej reprezentacji Indonezji ⚽️🇮🇩 Jego drużyna wygrała 3:0 z Tajwanem w ramach eliminacji do Pucharu Azji, a gola zdobył również były zawodnik Lechii, Egy Maulana Vikri 😎 pic.twitter.com/ACNLRzT0a1
— Lechia Gdańsk (@LechiaGdanskSA) October 12, 2021
Sepanjang tempoh pinjamannta bersama FK Senica, Witan berjaya mempamerkan kualitinya tersendiri apabila merekodkan empat gol dan satu bantuan daripada 12 perlawanan disertai.
Punca kecederaan membantutkan perjalanan Bagus Kahfi
Cedera yang teruk serta berpanjangan menyebabkan karier Bagus kini dilihat sedikit terbantut walaupun masih lagi muda.
Pemain berusia 20 tahun itu ketika masa kemuncaknya dicanang-canang sebagai penyerang terbaik untuk masa depan bola sepak Indonesia suatu ketika.
Namun sayangnya, karier pemain tersebut amat perlahan ketika beraksi bersama Jong Utrecht. Penyerang muda lincah itu hanya sempat beraksi satu perlawanan dengan catatan masa selama empat minit di atas padang.
🇮🇩 Bagus Kahfi's 𝗳𝗶𝗿𝘀𝘁 𝗶𝗻𝘁𝗲𝗿𝘃𝗶𝗲𝘄!
💬 'Very happy to be here'
👉 https://t.co/UrxfIOGmBU#fcutrecht #utrecht #bagus #kahfi pic.twitter.com/Zqm92HcqGH
— FC Utrecht 🇬🇧🇺🇸 (@FCUtrecht_EN) February 6, 2021
Jika diikutkan, pada awalnya pemain ini bakal beraksi bersama Asteras Tripolis di Greece, namun kelibat pemain tersebut dikatakan masih lagi berada di kampung halamannya.
Kesimpulan
Ketiga-tiga pemain ini bermula dengan sangat baik pada awal karier mereka dalam bola sepak dengan masing-masing mendapat tumpuan kelab di Eropah.
Namun ada beberapa faktor yang dilihat mereka gagal untuk terus cemerlang di sana seperti masalah dalaman kelab dan isu kecederaan dialami.
Egy Maulana Vikri 🔥🔥🔥#KitaGaruda #MeraihImpian #TimnasDay pic.twitter.com/shATKcVAIL
— PSSI (@PSSI) May 10, 2022
Untuk slot pemain Asia Tenggara musim hadapan, rasanya kelab-kelab dari Liga Malaysia (Liga-M) mungkin boleh memerhatikan mereka jika bersesuaian untuk dibawa beraksi bersama pasukan.
Berbekalkan pengalaman beraksi di Eropah, mempunyai status pemain kebangsaan, serta masih muda pastinya ketiga-tiga pemain ini bakal menjadi tarikan untuk dibawa beraksi.