Kedah Darul Aman (KDA) terus menghadapi episod sukar dalam saingan Liga Super musim 2022 untuk mengekalkan konsistensi mereka apabila terbaharu, mereka tewas di tangan Kuala Lumpur City (KL City) dengan keputusan 1-2.
Setelah cemerlang menewaskan Sarawak United sebelum itu di laman sendiri, nyata kelab kendalian Aidil Sharin Sahak ini gagal untuk meneruskan momentum tersebut di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.
⚔ FULL TIME ⚔
Not our day. Never give up. Keep fighting on next match!
FT | KL City FC 2 – 1 KDA FC
⚽ 42' Aiman Afif (KDA FC)
⚽ 56' 73' Jordan Mintah ( KL City FC)#KDAFC #PulunKedahPulun #SangKenari #BiarJasaJadiKenangan #2022season #LS13 #KLCKDA pic.twitter.com/SuoII9m2wz— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) July 27, 2022
Dalam perlawanan tersebut, KDA terlebih dahulu memperoleh gol pertama menerusi pemain muda berbakat, Aiman Afif sebelum KL City melakar kebangkitan pada separuh masa kedua menerusi dua gol jaringan Jordan Mintah.
Ada tiga masalah yang paling ketara dihadapi KDA sepanjang perlawanan tersebut yang menyebabkan mereka terpaksa akur dengan kekalahan kelima musim ini dalam aksi Liga Super.
Faktor kecergasan
KDA sebenarnya bermula dengan sangat bagus pada separuh masa pertama menerusi intensiti permainan yang agak tinggi untuk menekan tuan rumah.
Mereka memperoleh gol hasil daripada tekanan yang sentiasa dibuat untuk memaksa KL City lebih kerap turun ke bawah menyelamatkan keadaan nenerusi sistem serangan pantas.
42' GOL | Aiman Afif menjaringkan gol pembukaan di Cheras!@KLCityFootball 0-1 @kda_fc #LigaSuper2022 pic.twitter.com/gANnFCKfQT
— Malaysian Football League (@MFL_MY) July 27, 2022
Namun, segalanya berubah di separuh masa kedua apabila para pemain jelas terpancar keletihan serta tidak banyak dapat dilakukan untuk membuatkan KL City pula mengambil alih perlawanan.
Hasil kelemahan ketara tersebut yang jelas dikesan oleh Bojan Hodak selaku pengendali KL City, mereka memanfaatkan setiap peluang untuk melancarkan serangan di segenap arah dan berjaya memperoleh dua gol.
Persefahaman pemain pertahanan lemah
Dengan empat barisan pertahanan dipertaruhkan malam ini, KDA masih lagi menghadapi masalah sama seperti bertemu Sarawak United apabila aspek persefahaman masih lagi ketara lemah.
Pertahanan KDA gagal untuk bergerak dalam satu unit yang lebih baik serta kerap membuat kesilapan tidak sepatutnya sehingga memberi penalti buat pelawat.
72' GOL | Jordan Mintah menanduk masuk hantaran lintang Romel Morales untuk meletakkan KL City di depan!@KLCityFootball 2-1 @kda_fc #LigaSuper2022 pic.twitter.com/qNatqw08nt
— Malaysian Football League (@MFL_MY) July 27, 2022
Selain isu persefahaman, kekuatan fizikal pertahanan KDA juga agak lemah apabila kerap ditewaskan oleh pemain bertubuh tegap seperti Romel Morales dan Jordan Mintah dalam situasi individu.
Kreativiti serangan tiada
Ketika dalam situasi menyerang, kelemahan ketara buat KDA jelas terserlah menerusi aspek kreativiti mereka untuk menembusi pertahanan lawan.
KDA dilihat terlalu bergantung tinggi pada keupayaan Sanrawat Detchmitr dan Mahmoud Al-Mardi menerusi kualiti gelecekan individu mereka serta tidak banyak pergerakan berpasukan dibuat.
Ronald Ngah Wanja sendiri menjadi salah satu subjek yang wajar dipertikaikan apabila tidak banyak terlibat dengan pergerakan bola, kedudukan yang agak statik, serta terlalu mudah dijangka apa cuba dibuat oleh beliau setiap kali mendapat bola.
📸 AKSI PERLAWANAN – LS13
KUALA LUMPUR CITY FC 2-1 KEDAH DARUL AMAN FC#LigaSuper2022 pic.twitter.com/7NlIKQkqUG
— Malaysian Football League (@MFL_MY) July 27, 2022
Selain melepaskan satu sepakan penalti, Ronald Ngah juga wajar mempertikaikan dirinya yang kerap kehilangan bola serta terlalu mudah dibaca pergerakannya oleh pihak lawan.
Kesimpulan
Sebenarnya masih ada banyak lagi kelemahan lain dikesan sepanjang perlawanan tersebut seperti corak permainan mudah dijangka, pertukaran pemain yang tidak begitu memberi impak, kelompongan di bahagian tengah, serta beberapa perkara lagi.
KDA pada musim ini boleh dikatakan lebih baik dari segi kualiti para pemain tempatan dan import, namun ada beberapa faktor yang sering menjadi penghalang buat kelab tersebut untuk konsisten dalam setiap perlawanan.
Aiman tak kisah, janji gol pembukaan perlawanan malam ini meletakkan KDA FC di depan.
KL CITY FC 0 – 1 KDA FC
⚽ 42' Aiman Afif#KDAFC #PulunKedahPulun #SangKenari #BiarJasaJadiKenangan #2022season #ligasuper2022 #KLCKDA pic.twitter.com/IlXyIDreas
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) July 27, 2022
Positifnya malam ini apabila Aiman Afif berjaya mempamerkan aksi yang bagus sepanjang perlawanan serta meledak gol sulungnya pada tahun ini bersama KDA.
Selain itu, duo import KDA iaitu Sanrawat serta Al-Mardi terus memberi suatu dimensi berbeza dalam pasukan menerusi gerakan serta kualiti hantaran yang berkelaas tinggi.