‘Lakar Kembali Kebangkitan’ – Negeri Sembilan Bakal Manfaat Aksi Di Laman Sendiri Untuk Benam Terengganu

Negeri Sembilan pastinya mahu mencipta kebangkitan pada perlawanan malam esok menentang Terengganu di laman sendiri setelah kali terakhir mereka tewas di tangan Sabah pada 3 Julai lalu dalam aksi Liga Super 2022.

Berkelebihan beraksi di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Rabu ini, jelas skuad tersebut pastinya tidak rela untuk terus keciciran mata bagi memperkukuhkan posisi dalam saingan liga ketika ini.

Nasrullah Hanif Johan selaku penolong ketua pasukan jelas mengingatkan barisan rakan pemain agar terus fokus dan menggandakan usaha untuk mempertahankan kelebihan beraksi di laman sendiri dengan memberi persembahan menyakinkan buat para penyokong.

Menurut pertahanan tersebut, beliau sedar akan kekuatan dimiliki oleh Terengganu yang masih segar dengan kemenangan besar baru-baru ini dalam saingan suku akhir Piala FA ketika menewaskan Kuching City.

Namun, perkara tersebut dilihat bukan satu alasan buat Hanif untuk menafikan kekuatan lawan setelah percaya dengan kelebihan dimiliki oleh rakan sepasukan lain.

“Kelebihan beraksi di laman sendiri pada kali ini akan dimanfaatkan sebaik mungkin bagi mendapatkan tiga mata selepas pertembungan sebelum ini di tempat lawan pada 29 Jun lalu, berkesudahan seri tanpa jaringan.

“Kami sedar pasukan perlu bangkit mencipta kemenangan dalam perlawanan berikutnya untuk memastikan kedudukan dalam kelompok tiga teratas carta Liga Super ketika ini tidak tergugat.

“Oleh itu, kemenangan ke atas Terengganu perlu direalisasikan di hadapan penyokong sendiri walaupun kemungkinan pasukan lawan mendapat tonik baharu hasil kemenangan dicapai pada saingan Piala FA,” katanya di sini, hari ini menerusi Harian Metro.

Dalam masa sama, biarpun tidak terbabit dalam saingan Piala FA baru-baru ini, Negeri Sembilan berjaya menggunakan kesempatan tersebut untuk menguji skuad menerusi aksi persahabatan bersama jaguh dari Thailand iaitu Buriram United.

Menerusi aksi persahabatan tersebut jelas memberi kesan positif buat Negeri Sembilan untuk tampil lebih baik pada perlawanan menentang Terengganu ini di hadapan para penyokong.

“Komitmen dan semangat rakan-rakan ketika ini cukup baik dan kami akan memberikan tentangan sengit kepada Terengganu untuk mendapatkan tiga mata.

“Kami juga memerlukan rekod yang baik untuk meneruskan momentum itu bagi menghadapi perlawanan seterusnya selepas ini,” kata pemain yang pernah beraksi bersama TFC sebelum ini.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN