Pasukan pencabar utama kejuaraan Liga Super musim ini, Johor Darul Ta’zim (JDT) dilihat terus mengekalkan momentum kemenangan mereka apabila semalam berjaya menewaskan Penang dengan keputusan 1-0.
Walaupun beraksi di gelanggang lawan iaitu Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, nyata kelab kendalian Benjamin Mora tidak bermasalah untuk memberi aksi terbaik mereka untuk menghadapi tuan rumah.
2022 MALAYSIA SUPER LEAGUE
Full Time
PENANG [0-1] JDT
(Fernando Rodriguez 69')More photos at https://t.co/uLAjVnXnSw#PENvJDT#LigaSuper2022#LuaskanKuasamuJohor#JDTforAll pic.twitter.com/bLLIpag588
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) July 20, 2022
Hany satu gol daripada penyerang import pelawat iaitu Fernando Rodriguez cukup untuk mengesahkan kemenangan JDT semalam bagi mengutip tiga mata penuh perlawanan.
Ada tiga faktor mengapa JDT berhasil memperoleh kemenangn semalam biarpun tampil dengan kebanyakan barisan pemain simpanan serta beraksi di gelanggang lawan.
Corak permainan
Pada perlawanan semalam, jelas JDT mempunyai objektif untuk meraih kemenangan menerusi asakan dibuat seawal wisel permulaan ditiup.
Walaupun beraksi dengan ramai barisan pemain simpanan seperti S. Kunanlan, Nathaniel Shio Hong Wan, dan Safiq Rahim, pasukan ini nyata tidak terjejas untuk menguasai perlawanan sepanjang 90 minit.
Sementara Penang, mereka tiada pelan yang kukuh untuk mengatasi lawan selain lebih banyak bertahan di kawasan sendiri dan sesekali cuba melancarkan serangan balas untuk mendapatkan gol.
Corak permainan mereka juga terlalu mudah dijangka dan membuatkan JDT tidak sukar untuk mengatasi setiap gerakan cuba dibina oleh tuan rumah.
Kualiti barisan pemain
Tampil dengan serba kekurangan dengan hanya tiga pemain import sahaja beraksi pada perlawanan semalam, jelas agak ketara jurang kualiti pemain tuan rumah dan JDT.
Mereka telah kehilangan khidmat Endrick dos Santos yang diberi cuti oleh pengurusan kelab serta pemain pertahanan kental, Rafael Vitor akibat kecederaan dialami dan terpaksa beraksi dengan baki pemain dimiliki.
69' GOL | Fernando Rodriguez memecahkan kebuntuan di Stadium Bandaraya dengan menanduk masuk hantaran lintang Arif Aiman!@Penang_FC 0-1 @OfficialJohor #LigaSuper2022 pic.twitter.com/fFDpToOFEX
— Malaysian Football League (@MFL_MY) July 20, 2022
Walaupun JDT tidak memiliki khidmat Bergson da Silva akibat kecederaan serta tidak membawa Leandro Velazquez, kelab ini masih memiliki kualiti pemain dari pasukan feeder iaitu Fernando Rodriguez serta barisan simpanan yang sangat berkualiti.
Mentaliti capai kemenangan
Berada dalam momentum terbaik setelah menewaskan Sabah baru-baru ini menjadikan motivasi setiap pemain berada dalam keadaann terbaik untuk terus memburu kemenangan.
Ditambah kebanyakan pemain dari JDT II yang dipanggil beraksi semalam, pastinya mereka ingin membuktikan sesuatu untuk melayakkan diri bersama pasukan utama selepas ini.
Untuk tuan rumah, selain isu kekurangan tenaga pemain utama dalam perlawanan semalam, prestasi mereka juga berada dalam keadaan tidak menentu apabila merekodkan dua kali kekalahan berturut-turut setakat ini dalam persaingan Liga Super.
📊 KEDUDUKAN – LS12#LigaSuper2022 pic.twitter.com/RkY9yy4OJw
— Malaysian Football League (@MFL_MY) July 20, 2022
Momentum setiap pemain dilihat tidak begitu bagus untuk berdepan perlawanan semalam. Tambahan pula beraksi di laman sendiri yang sedikit memberi tekanan buat mereka untuk menghadapi kemarahan para penyokong.