Real Sociedad telah mengesahkan pembelian penyerang muda Jepun, Takefusa Kubo dari Real Madrid secara tetap.
🙌 1️⃣4️⃣ 🙌#AurreraReala pic.twitter.com/kNtcV1dWnH
— Real Sociedad 🇺🇸 🇬🇧 (@RealSociedadEN) July 19, 2022
Pernah dilabel sebagai ‘Messi Jepun’ ketika remaja, Kubo akhirnya menyertai Real Madrid pada 2019, namun tidak pernah berkesempatan untuk menembusi skuad utama, jauh sekali beraksi dalam aksi kompetitif.
Sebaliknya beliau telah dipinjamkan ke Mallorca dua kali selain Getafe dan Villareal di mana beliau telah pun membuktikan keupayaannya beraksi di peringkat tertinggi.
Meskipun juara Sepanyol tersebut berat untuk melepaskan Kubo selepas melihat perkembangannya, namun keputusan tersebut terpaksa dibuat bagi mematuhi peraturan had pemain bukan Eropah (non-EU) oleh La Liga.
Lantas pengurusan Real Madrid telah memasukkan klausa khas yang membolehkan pihaknya membeli semula pemain berusia 21 tahun itu pada bila-bila masa dalam tempoh lima tahun akan datang.
Difahamkan Sociedad bersetuju dengan yuran perpindahan sekitar €6.5 juta (RM34.7 juta) dan berharap pemain muda ini bakal menyinar seperti mana yang dicapai oleh Martin Odegaard ketika dipinjam ke kelab tersebut pada musim 2019/20.
🙌 1️⃣4️⃣ 🙌#AurreraReala pic.twitter.com/kNtcV1dWnH
— Real Sociedad 🇺🇸 🇬🇧 (@RealSociedadEN) July 19, 2022