Setelah tampil cemerlang dengan merekodkan dua kemenangan lalu menewaskan Kedah Darul Aman (KDA), kini Terengganu kembali berada di landasan sebenar untuk mencabar mana-mana pasukan dalam saingan Liga Super 2022.
Keyakinan itu pastinya dirasai oleh para pemain untuk berdepan pada perlawanan seterusnya pula yang dilihat mungkin agak mencabar buat Terengganu selepas ini iaitu Sabah.
🏴🏳️ PERLAWANAN SETERUSNYA #LIGASUPER2022 : SABAH FC VS TERENGGANU FC 🏴🏳️
SABAH FC vs TERENGGANU FC
📆 19 Julai 2022 – SELASA
⏰ 8.15 pm
🏟 Stadium Likas, Kota Kinabalu#TerengganuFC#WeBleedBlackAndWhite pic.twitter.com/YFKVl3e0pW— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) July 17, 2022
Salah seorang pemain mereka, Manuel Ott antara yang optimis dengan keadaan semasa kelab diwakilinya dan melaungkan keyakinan untuk memberi aksi lebih baik pada perlawanan seterusnya itu.
Walaupun begitu, Ott mengakui tugasan seterusnya ini dianggap agak getir buat beliau dan rakan sepasukan lain memandangkan Sabah juga berada dalam prestasi terbaik mereka ketika ini.
Menurut beliau, apa yang dipamerkan Sabah pada perlawanan baru-baru ini ketika menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) jelas skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu berada pada tahap terbaik untuk mencabar Terengganu.
Selain itu, pemain kacukan Filipina-Jerman itu juga mengakui barisan pemain Sabah antara yang berbahaya kerana rata-rata daripda mereka pernah menyarung jersi kebangsaan.
Ott juga mengingatkan rakan sepasukan lain agar sentiasa mengawasi pergerakan lawan agar tidak terjerat sekali gus memberi kehampaan buat mereka sendiri.
“Saya dimaklumkan JDT menghadapi kesukaran ketika menentang Sabah FC, jadi sudah pasti ianya menjadi tugas sukar juga buat kami, di tambah skuad itu kini berada pada tahap prestasi terbaik bertepatan dengan kedudukan kedua dalam carta Liga Super di belakang JDT.
“Lagipun penyokong mereka juga sudah pasti hadir membanjiri stadium, situasi itu juga sedikit sebanyak bakal memberi kelebihan dan menyuntik semangat mereka ketika beraksi.
“Bagaimanapun dengan prestasi terkini pasukan TFC, selain saya juga sudah menemui semula sentuhan jaringan, kami akan cuba memberikan yang terbaik dalam misi meneruskan momentum kemenangan dalam empat perlawanan berturut-turut, harap ianya menjadi kenyataan,” katanya ketika ditemui di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak menerusi Arena Metro.
GOAL REACTION : THE SOUL 🔥
hyped by Manisfm#TerengganuFC #WeBleedBlackandWhite #TFCTV pic.twitter.com/2dESQVwjmp
— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) July 16, 2022
Dalam masa sama, Ott juga menyerahkan kedudukannya bersama pasukan pada masa akan datang kepada pihak pengurusan sekiranya khidmat beliau masih lagi diperlukan pasukan pada musim seterusnya.
“Ya saya gembira jika dapat sambung kontrak lagi bersama TFC, penyokong di Terengganu juga sangat bagus, namun segalanya terpulang kepada pihak pengurusan untuk membuat keputusan,” katanya yang sudah menjaringkan dua gol setakat ini.
Berdasarkan prestasi beliau ketika ini, ada kemungkinan Ott bakal disambung oleh pengurusan pada masa akan datang.
GOODLUCK MANUEL OTT!!! 🔥
Manuel Ott ✅ Philippines National Team Call-Up 🇵🇭#TerengganuFC#WeBleedBlackAndWhite pic.twitter.com/pjsRrXTB26
— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) March 18, 2022
Ditambah dengan gol yang dihasilkan beliau pada perlawanan lalu ketika menentang KDA berjaya membantu skuad kendalian Nafuzi Zain itu meraih tiga mata berharga di laman sendiri.