Liga Super: Jordan Mintah Tumpul, KL City Sekadar Mampu Seri Di Laman Sendiri

Hasrat Kuala Lumpur City untuk meraih kemenangan di laman sendiri gagal dicipta pasukan tersebut apabila hanya mampu terikat seri bersama Petaling Jaya City dengan keputusan 0-0 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras sebentar tadi.

Dalam aksi tersebut, kedua pasukan dilihat buntu untuk meledak sebarang jaringan termasuk aksi penyerang KL City, Jordan Mintah seolah tenggelam pada perlawanan itu.

Tanpa kelibat Paulo Josue, para pemain kendalian Bojan Hodak dilihat sukar untuk membuat hantaran kreatif bagi membuka serangan dari bahagian tengah.

PJ City pula hanya bermula sedikit baik di posisi serangan ketika separuh masa kedua apabila kemasukan S. Kumahraan dilihat berjaya sedikit memberi impak dalam permainan.

Lima minit permainan berlangsung ternyata kedua pasukan masih lagi belum dapat membuat sebarang percubaan berbahaya untuk mendapatkan gol awal perlawanan.

Bola dilihat lebih banyak berlegar di tengah padang serta kerap tersekat di garisan pertahanan lawan masing-masing untuk saling menembusi antara satu sama lain.

Pada minit ke-18, KL City hampir mendapat peluang untuk meledak gol pertama mereka, namun rembatan Fakrul Aiman jauh tersasar walaupun mempunyai peluang terbuka, setelah menerima hantaran dari sebelah kiri menerusi Hadin Azman.

Bersambung di separuh masa kedua, jelas perlawanan masih lagi seimbang dengan instensiti permainan sedikit ditingkatkan KL City untuk memburu gol pertama mereka demi menjarakkan kedudukans semasa.

Kemasukan S. Kumahraan dilihat berjaya memperbaiki aspek serangan PJ City untuk tampil lebih tersusun dalam membentuk pergerakan mereka untuk menembusi benteng pertahanan lawan.

Layangan kad kuning juga banyak terhasil sepanjang perlawanan ini apabila beberapa insiden kekasaran berlaku membabitkan kedua pasukan itu dalam usaha untuk merebut bola menerusi terjahan-terjahan agak keras dibuat.

Keputusan kekal sehingga wisel penamat dibunyikan apabila kedua pasukan masing-masing gagal untuk mengutip tiga mata penuh dan terpaksa berpuas hati berkongsi satu mata sahaja.

Kesebelasan utama

Kuala Lumpur City: Kevin Ray Mendoza Hansen (Penjaga gol), Romel Oswaldo Morales Ramirez, Zhafri Yahya, Giancarlo Gallifuoco, Lambert Declan Stephen Lee Kit Meng, Muhammad Irfan Zakaria (Kapten), Muhammad Hadin Azman, Arif Shaqirin Suhaimi, Muhammad Fakrul Aiman Sidid, Muhammad Mohd Faudzi, Jordan Owasu Mintah

Petaling Jaya City: Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi (Penjaga gol), Aroon Kumar Ramaloo, Shivan Pillay Asokan, Kannan Kalaiselvan, Mahalli Jasuli, Rajes Perumal, Prabakaran Kanadasan, Darren Yee Deng Lok, Saarvindran Devandran, Gurusamy Govandar Kandasamy (Kapten), Zainal Abidin Jamil

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN