Peminat Kecewa Melihat Reaksi Yang Ditunjukkan Oleh Lewandowski Ketika Sesi Latihan Bersama Bayern Munich

Robert Lewandowski dikatakan sudah tiada hati untuk kekal di Allianz Arena dan beliau menunjukkan reaksi yang jelas menunjukkan bahawa beliau mahu berpindah.

Tular di laman twitter pada ketika ini, bebenang yang mendedahkan tentang sikap Lewandowski di padang latihan, yang menunjukkan bahawa beliau sudah tiada hati untuk kekal bersama kelab.

Pemain kebangsaan Poland itu telah kembali sertai sesi latihan bersama skuad Bayern Munich pada awal minggu baru-baru ini.

Walau bagaimanapun, reaksi yang beliau tunjukkan sepanjang sesi latihan tersebut jelas menunjukkan yang beliau sebenarnya sudah tiada hati untuk kekal bersama kelab.

Lewandowski sebelum ini hangat dikaitkan dengan bakal menyertai Barcelona dengan yuran perpindahan bernilai €50 juta.

Beliau sendiri juga sudah turut mendedahkan kepada pihak kelab tentang hasratnya yang mahu meninggalkan kelab pada musim panas ini.

Lewandowski bahkan turut menegaskan yang beliau hanya mahu beraksi bersama Barcelona sahaja pada musim baharu nanti, dan tak mahu menyertai mana-mana kelab lain.

Pihak kelab jelas sekali sudah sedar tentang keputusan beliau yang nekad mahu meninggalkan Allianz Arena pada jendela perpindahan musim panas ini.

Sepanjang bersama gergasi Bundesliga itu, Lewandowski sebenarnya telah terlalu banyak memenangi piala baik secara individu mahupun berpasukan.

Beliau juga turut berjaya mencipta pelbagai sejarah yang luar biasa gemilang bersama Bayern Munich dan kerana itulah para penyokong sedih ketika beliau mengumumkan hasratnya untuk berpindah.

Walau bagaimanapun, urusan perpindahan beliau mahu menyertai Barcelona masih belum berjaya dimuktamadkan dan Lewandowski terpaksa kembali sertai skuad Bayern untuk sesi latihan pra-musim ini.

Media Jerman, BILD mendedahkan yang Robert Lewandowski telah menunjukkan reaksi yang agak jelas menunjukkan beliau mahu pergi ketika menjalani sesi latihan bersama skuadnya.

Lewandowski tiba di padang latihan Bayern Munich, Sabener Strasse dengan menaikki Audi miliknya, namun beliau sebenarnya terlewat selama enam minit.

Hal itu sebenarnya agak janggal kerana bintang berusia 33 tahun itu tidak pernah terlewat untuk datang ke sesi latihan, dan beliau juga antara pemain terawal yang akan tiba di padang latihan.

Melihat kepada hal itu, jelas sekali ada sesuatu yang berlaku dan ramai percaya ia kerana beliau sebenarnya sudah tiada hati untuk bersama kelab lagi.

Tidak keterlaluan untuk menganggap yang hanya jasadnya sahaja yang ada di Allianz Arena pada ketika ini, namun fikirannya kini sudah berada di Nou Camp.

Tepat jam 10.31am, bintang Poland itu memakai jersi putih berserta jalur emas Bayern turun ke padang untuk sertai sesi latihan.

Beliau walau bagaimanapun sekadar berdiri dan mengambil masa yang lama untuk mula melakukan sesuatu.

Selepas puas berdiri, beliau mula meneruskan sesi latihan bersama rakan sepasukannya, namun malangnya, beliau jelas tidak memberikan 100 peratus seperti kebiasaannya.

Reaksi yang beliau tunjukkan sudah cukup untuk memberitahu semua orang yang beliau sememangnya sudah tiada hati untuk berada di situ.

Beliau juga sama sekali tidak bercakap bersama rakan sepasukannya dan hal itu sangat membimbangkan para peminat.

Lewandowski dilihat hanya bercakap dengan Leon Goretzka dan Jamal Musala sahaja sepanjang sesi latihan berjalan dan perbualan mereka juga terlalu singkat.

Apa yang lebih membimbangkan lagi, Lewandowski bahkan langsung tidak berbual dengan pengurusnya, Julian Nagelsmann sepanjang sesi latihan tersebut.

BILD turut mendedahkan yang Lewandowski sebenarnya sekadar membuat hal sendiri sahaja di padang tersebut, dan lebih teruk lagi, beliau dikatakan langsung tak peduli dengan arahan dari Nagelsmann.

Beliau dikatakan lebih kerap melihat luar padang latihan, tak peduli dengan sesi latihan dan sesekali merenggangkan betisnya.

Selepas tamat latihan asas, para pemain diarahkan untuk bermain sesama sendiri selepas mereka dibahagikan kepada dua kumpulan.

Walau bagaimanapun, sepanjang permainan tersebut, Lewandowski langsung tak menjaringkan gol dan hal itu sebenarnya sangat aneh untuk disaksikan.

Laporan sama turut mendedahkan yang beliau sebenarnya langsung tidak mengejar bola dan tak peduli dengan apa yang dilakukan oleh rakan sepasukannya.

Apa yang lebih teruk lagi, Lewandowski turut mengabaikan arahan jurulatih yang menyuruh pemain dari pasukan yang kalah untuk melakukan press up sebagai hukuman.

Ketika pemain lain melakukan hal itu, Lewandowski sekadar berjalan meninggalkan kawasan permainan dan pergi mendapatkan minuman untuk diminum.

Pihak kelab sebenarnya masih berhasrat mahu memujuk beliau untuk kekal, namun sepertinya hal itu tak mungkin akan berlaku.

Beliau sepertinya sudah memang langsung tiada hati untuk kekal dan mahu segera mengakhiri kariernya bersama gergasi Bundesliga itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN