Kejayaan membelasah Liverpool 4-0 sudah cukup untuk membuktikan yang Manchester United dah bersedia untuk kembali menjadi kuasa besar Eropah.
Skuad kendalian Erik Ten Hag itu berjaya membelasah Liverpool tanpa belas, dalam aksi perlawanan persahabatan yang dilangsungkan di Rajamangala National Stadium malam semalam.
Jadon Sancho, Fred, Anthony Martial dan Facundo Pellistri masing-masing berjaya mencatat nama sebagai penjaring gol dalam perlawanan tersebut.
Manchester United 4-0 Liverpool FT:
⚽️ 12' Sancho
⚽️ 30' Fred
⚽️ 33' Martial
⚽️ 76' PellistriJob done for Erik ten Hag on his first match as Manchester United boss. pic.twitter.com/joUYN3ozjm
— Squawka Live (@Squawka_Live) July 12, 2022
Kemenangan itu secara tak langsung membuktikan yang usaha Ten Hag sepertinya bakal membuahkan hasil dan ia satu permulaan yang baik untuk pengurus dari Belanda itu.
Corak permainan Man United semakin baik
Berbanding persembahan mereka sebelum-sebelum ini, tidak dinafikan yang aksi skuad Man United bertemu Liverpool malam semalam antara yang terbaik pernah mereka persembahkan.
Para pemain dilihat lebih berdisiplin, lebih tersusun, lebih tenang, tidak kelam kabut, menunjukkan stamina yang dasyat, lebih berani dan harus diakui skuad United semalam jauh berbeza berbanding skuad mereka pada penghujung musim lalu.
Bukan hanya cemerlang secara individu, tapi keseluruhan skuad bermain dengan sangat baik dalam perlawanan tersebut.
Kalau sebelum ini Manchester United bermain seolah-olah tanpa arah tuju, dalam perlawanan semalam, mereka jelas sekali ada taktikal dan ada perancangan.
What. A. Start. 🔥🔥🔥#MUFC || #MUTOUR22 pic.twitter.com/GTMOeJ0vSY
— Manchester United (@ManUtd) July 12, 2022
Jentera serangan menunjukkan peningkatan
Jika musim lalu skuad Man United bergelut untuk mendapatkan gol, namun kini mereka sepertinya lebih klinikal bila memiliki peluang untuk merobek gawang lawan.
Selain mampu melancarkan serangan dari pelbagai arah, kualiti serangan pantas mereka juga turut menunjukkan peningkatan yang dasyat.
Dari pemain muda hinggalah ke pemain senior, boleh dikatakan jentera serangan Man United berfungsi dengan sangat baik dalam perlawanan ini.
Empat gol bertemu Liverpool sudah cukup untuk membuktikan yang jentera serangan Manchester United perlu diberi perhatian.
Barisan pertahanan masih perlu diperbaiki
Making positive steps forward 👣❤️
➡️ On to the next one.#MUFC || #MUTOUR22 pic.twitter.com/M23CvabNUX
— Manchester United (@ManUtd) July 12, 2022
Jika jentera serangan mereka berhak mendapat pujian atas persembahan yang mereka pamerkan, barisan pertahanan United pula mungkin akan berikan sedikit tekanan kepada Ten Hag.
Tidak dinafikan barisan pertahanan United berjaya mencatatkan clean sheet dalam perlawanan ini, namun harus diakui masih banyak hal yang perlu mereka perbaiki.
Jika bukan kerana kecemerlangan De Gea, skuad Red Devils mungkin sudah bolos dua ke tiga gol pada aksi babak pertama permainan.
Barisan pertahanan masih ampuh dan mudah terleka hingga menyebabkan mereka mudah ditewaskan oleh pemain penyerang lawan.
Mungkin saja Ten Hag sendiri dapat mengesan hal itu, dengan beliau turut mendedahkan yang masih banyak hal perlu diperbaiki walau mereka berjaya benam Liverpool di Rajamangala National Stadium.
😳 This effort from @Fred08Oficial is definitely worth another look 🔎
Relive the best bits from today's pre-season match now 🎥🔴#MUFC || #MUTOUR22
— Manchester United (@ManUtd) July 12, 2022
Manchester United sudah kembali!
Kemenangan 4-0 jelas membuktikan yang Manchester United sudah kembali menjadi salah sebuah pasukan yang paling digeruni dalam dunia bola sepak.
Walau hanya perlawanan persahabatan, namun harus diakui kualiti dan persembahan yang ditunjukkan oleh skuad kendalian Erik ten Hag itu berhak untuk dapat pujian.
Sepertinya keputusan Man United melantik Erik ten Hag sebagai pengurus baru kelab dan mengharapkan beliau akan menaikkan semula kelab merupakan satu keputusan yang sangat tepat.