Kenyataan Nafuzi Zain Ini Seperti Katakan Aksi Permainan Kedah Mudah Dibaca?

Ngah Wanja Diakite Terengganu Kedah Nafuzi Zain permainan

Pengendali Terengganu FC, Nafuzi Zain tanpa berselindung mengakui membuat analisis permainan Kedah Darul Aman FC bagi aksi pusingan kedua Piala FA 2022 yang menyaksikan mereka menang 1-0, malam tadi.

Aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin itu menyaksikan Terengganu bergelut selama hampir 40 minit dengan 10 pemain, namun masih mampu bertahan dan seterusnya mara ke suku akhir.

Adakah taktikal permainan Kedah mudah dibaca lawan? Acapkali penyokong Kedah menyuarakan tentang perkara tersebut di media sosial sebelum ini dan kenyataan Nafuzi ini seperti mengiyakan segalanya.

Piala FA: Jaringan Tunggal Faiz Nasir Cukup Untuk Benam Juara Bertahan, Kedah

Nafuzi Zain: “Saya sudah analisa tentang Kedah”

Nafuzi membuat perubahan dalam kesebelasan utama dengan membawa masuk Faiz Nasir menggantikan Nik Sharif Haseefy untuk perlawanan berdepan Kedah. Posisi Nik Sharif di sebelah kanan diisi oleh Faisal Halim.

Ia membuahkan hasil di minit ke-6, apabila gandingan dua pemain itu menghadiahkan jaringan awal buat tuan rumah menerusi tandukkan deras Faiz Nasir untuk menewaskan kapten Sang Kenari, Ifwat Akmal di gawang.

Nafuzi berkata yang perubahan telah dibuat selepas beliau melihat dan membuat analisa tentang kemampuan Kedah – mungkin ketika lawannya itu sedang bersaing di kempen Piala AFC 2022 di Bali, Indonesia tempohari.

Ini kerana, Kedah diperkukuhkan dengan kehadiran dua pemain baharu yang belum pernah lagi dilihat kelibat mereka di Liga Malaysia iaitu playmaker, Mahmoud Al-Mardi dan pemain Thailand, Sanrawat Dechmitr.

“Untuk perlawanan ini, sedikit perubahan saya buat selepas melihat dan membuat analisis tentang Kedah dengan meletakkan Faiz Nasir di sebelah kiri dan Faisal Halim di sebelah kanan. Saya tahu kemampuan pemain saya, cuma bergantung kepada hari perlawanan sama ada menjadi atau tidak.”

komen penyokong bola sepak Kedah

komen penyokong bola sepak Kedah 2
FOTO: FB Don K-Rul IZham

Adakah permainan Kedah mudah dibaca lawan?

Biasalah bila pasukan lawan membuat analisa terhadap pasukan kita. Namun, apabila ia dilihat membuahkan hasil waima bermain dengan 10 pemain, mungkin ada sesuatu yang tidak menjadi di kem Kedah, malam tadi.

Walaupun kehilangan bek tengah import, Pape Diakite di minit ke-50 akibat layangan kad merah, Kedah masih tidak mampu memecah kebuntuan mereka. Malah, Terengganu tetap beraksi seperti lengkap 11 pemain.

Tidak pasti sama ada kenyataan pengendali Kedah, Aidil Sharin Sahak ini boleh diguna pakai atau pun tidak, tetapi pasukan tercorot seperti Penang FC juga mampu menundukkan Sang Penyu dalam saingan Liga Super.

Menurut Aidil, Terengganu memiliki kelebihan kerana memiliki pilihan pemain yang lebih tidak seperti Kedah. Pasukan simpanan iaitu Terengganu FC II menyediakan stok pemain yang bila-bila masa boleh diguna dan ini menyukarkan pihak lawan dan kelebihan buat mereka. Sama seperti situasinya di Johor Darul Ta’zim (JDT).

“Saya sentiasa berkata, kami tidak seperti Terengganu. Mereka ada dua pasukan dan boleh saling bertukar ganti pemainnya. Mereka ada lagi 25 pemain untuk dipilih dari skuad kedua. Ini bukan satu alasan buat saya, kami telah cuba yang terbaik dan saya percaya pemain telah beri yang terbaik pada malam ini.”

Pemain Terengganu bersemangat untuk menang

Nafuzi turut mengakui jadual padat dilalui mereka memberi kesan kepada pemain tetapi semangat mahukan kemenangan adalah kunci kejayaan berdepan Sang Kenari. Ini juga mungkin perbezaan kedua-dua pasukan.

Kemahuan untuk menang Terengganu lebih besar apabila walaupun bermain kekurangan seorang pemain, mereka masih tampil menguasai permainan dan mempu menggerakkan serangan ke kawasan benteng lawan.

“Kunci kemenangan malam ini adalah pertama, pemain sendiri yang bersemangat mahu melangkah jauh dalam Piala FA kali ini. Selain itu, penyokong juga kita tengok membantu memenuhi segenap stadium.”

“Kita mensasarkan ke final, insyaAllah jika ada rezeki. Tetapi bagi saya, kita ambil pendekatan perlawanan demi perlawanan. Kalau kita tengok dari segi ‘mood’ pemain sekarang, mereka teruja untuk Piala FA dan semua ingin ke final. Inilah peluang untuk kita ke sana pula tahun ini.”

Apa pun, Terengganu telah berjaya menyamai pencapaian musim lalu apabila mara ke suku akhir membenam cabaran juara bertahan, Kedah. Kedua-dua pasukan akan bertemu di lokasi yang sama untuk kempen Liga Super pada Jumaat, 15 Julai depan. Adakah Nafuzi Zain boleh baca apa pula pelan permainan Kedah nanti?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN