Piala FA: Ini 3 Pemain Tumpuan Menjelang Perlawanan KL City Menentang Selangor

Menjelang perlawanan malam ini dalam pusingan kedua Piala FA 2022 membabitkan Kuala Lumpur City (KL City) menentang Selangor, pastinya kedua-dua penyokong saling bersemangat untuk tampil memberi sokongan buat kelab kesayangan masing-masing.

Dalam kemeriahan ‘Derbi Klang’ ini, pastinya setiap penyokong turut mengharapkan aksi rancak dipamerkan oleh kedua pasukan agar mampu untuk menyemarakkan lagi rasa debaran bagi mengetahui siapa layak ke peringkat suku akhir.

Jika dilihat, kedua pasukan ini masing-masing mempunyai barisan pemain yang agak menarik serta mampu untuk mengubah atmosfera kelab menjadi lebih positif sewaktu di atas padang.

Ini ada tiga pemain pada perlawanan tersebut yang dilihat mampu untuk memberi impak buat pasukan serta keseluruhan aksi permainan.

Brendan Gan

Siapa sahaja tidak kenal dengan kelibat pemain ini. Bukan hanya penyokong Selangor akui aura beliau di atas padang, malahan penyokong negara juga tidak nafikan aura Gan.

Gan yang baru kembali bersama-sama pasukan untuk beraksi dalam saingan kompetitif dilihat cepat menyesuaikan diri dan membukan posisi tengah Selangor lebih efektif.

Walaupun dalam beberapa perlawanan akhir membabitkan Selangor dilihat tidak begitu memuaskan, namun kelibat Gan di atas padang masih boleh dipuji atas kerajinan dan kreativiti membuat hantaran.

Romel Morales

Pemain serba boleh ini menjadi antara tunjang utama KL City sejak musim lalu dalam sistem taktikal yang diterapkan oleh Bojan Hodak.

Pemain ini menjadi penyerang utama buat KL City pada pertengahan musim lalu walaupun pada asasnya Morales lebih dominan di posisi tengah.

Namun beliau dilihat berjaya membentuk kombinasi serangan yang agak bagus bersama Paulo Josue serta Zhafri Yahya dan dikekalkan gandingan tersebut pada tahun ini.

Kelebihan Morales terletak pada visinya yang bagus, teknik kawalan bola yang kemas, serta kualiti penyudah pemain tersebut.

Paulo Josue

Pemain import paling senior dalam kelab ini memang tidak boleh lagi dinafikan sumbangan beliau bersama KL City.

Beliau merupakan nadi utama buat kelab dan segala gerakan banyak bertumpu daripada Josue untuk menjayakannya.

Pemain ini mempunyai kelebihan dari segi ketepatan hantaran dan pakar dalam situasi sepakan percuma untuk memberi kelebihan buat KL City menghasilkan sesuatu.

Kredit foto: Selangor/ KL City

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN