4 Tahun Tiada Hasil, Projek ‘DNA Jerman’ Selangor Kini Gagal

DNA Jerman

Selepas mencatatkan kekalahan 2-0 ditangan Melaka United semalam, penyokong Selangor tidak dapat menyembunyikan kekecewaan mereka lagi.

Ditambah pula dengan tewas hasil jaringan bekas penyerang mereka sendiri iaitu Ifedayo Olusegun, ia membuatkan luka semakin pedih untuk penyokong Selangor.

Namun, ianya tidak hanya sekadar berkisar dengan kekalahan semalam yang disebabkan oleh jaringan bekas pemain sendiri.

Sebaliknya ianya adalah kegagalan hasil daripada projek jangka panjang yang dilakukan oleh Selangor sendiri yang diusahkan sejak empat tahun lalu.

Bila nak menuai hasil?

Sejak empat tahun yang lalu, Selangor telah merangka projek jangka panjang untuk mencipta sebuah pasukan yang mempunyai identiti sendiri di dalam dan luar padang.

Mereka cuba menerapkan corak permainan dan DNA pasukan yang bakal memberikan manfaat kepada pasukan utama serta simpanan iaitu Selangor 2.

Namun begitu, projek yang ditunjangi oleh pengarah teknikal iaitu Michael Feichtenbeiner ini seolah tidak nampak jalannya bilakah Selangor akan mula menuaikan hasil.

Ombak besar harus diharungi Selangor bermual dari era B. Satianathan lagi. Walaupun skuadnya tidak begitu ampuh, namun Satianathan berjaya membawa Gergasi Merah ke kedudukan ketiga Liga Super dan separuh akhir Piala Malaysia.

Namun begitu, ombak semakin besar ketika Karsten Neitzel mengambil alih dan ianya semakin sukar untuk dibendung impaknya.

Kegagalan Neitzel membuatkan Selangor memilih untuk memberikan Feichtenbeiner sendiri ruang untuk mengemudi pasukan. Namun, apabila seseorang mengapit dua jawatan penting dalam kelab ianya jelas sekali tidak memberikan kesan positif.

Isu yang sama masih lagi melingkari pasukan Selangor saban musim. Skuad yang tidak kompetitif untuk mencabar kejuaraan, terlalu berharap kepada seseorang pemain dan pertahanan yang selalu bocor.

Barisan pemain yang Selangor ada bukanlah terlalu lemah, ada diantaranya adalah pemain kebangsaan, malah turut dibarisi pemain muda yang mengujakan potensinya.

Kesemua pemain dikumpulkan dengan baik dan seharusnya mencabar kejuaraan. Tetapi apabila di padang, mereka tidak memberikan yang sepatutnya. Siapa harus disalahkan?

Selepas empat tahun, ianya adalah sistem yang harus dirombak semula. Projek ‘DNA Jerman’ yang cuba dibawa Selangor tidak membuahkan hasil.

Dalam bola sepak moden, empat tahun adalah satu tempoh yang lama. Bagi sesetengah jurulatih, ianya adalah waktu penting jika mereka melakukan projek.

Waktu adalah dimana mereka perlu menunjukkan hasilnya dengan meraih kejuaraan. Tetapi di mana piala untuk Selangor?

Penyokong mahu lebih dari itu

Walaupun di atas padang, projek ‘DNA Jerman’ ini tidak membuahkan hasil, ia tetap ada sisi positifnya.

Kehadiran pemain-pemain muda seperti Shahrul Nazeem, Mukhairi Ajmal dan Danial Asri dalam pasukan utama Selangor memberikan petanda yang jika digilap dengan baik maka mereka mampu menjadi bintang masa hadapan.

Trtapi penyokong mahu lebih dari itu.

Sebagai pasukan yang sudah biasa memenangi pelbagai kejuaraan. Adalah wajar untuk penyokong meminta pasukan untuk meraih piala atau setidaknya mencabarnya saban musim.

Namun kini, arahnya semakin menyimpang daripada apa yang dimahukan penyokong. Lebih teruk, jiran tetangga iaitu Kuala Lumpur City sudah mula menjadi pasukan terhandal Lembah Klang.

Benar sekali penyokong mengatakan yang mereka memberikan seluruh kehidupan mereka untuk Selangor. Tetapi pengurusan janganlah mengambil seluruh kehidupan mereka untuk menunggu kejuaraan akan tiba.

Projek ‘DNA Jerman’ telah gagal, Selangor harus lakukan perubahan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN