Pencabar baharu saingan Liga Super 2022 iaitu Negeri Sembilan jelas berada dalam momentum tersendiri setakat ini apabila berjaya mengejutkan ramai pemerhati bola sepak menerusi aksi dan keputusan setiap perawanan dihadapi.
Juara Liga Premier 2021 ini jelas membuat persiapan terbaik mereka untuk beraksi dalam saingan tertinggi di Malaysia ini dengan misi asal untuk terus kekal di Liga Super musim hadapan.
Aksi-aksi perlawanan Liga Super diantara Negeri Sembilan FC menentang Terengganu FC
Skuad Jang berjaya mencuri 1 mata di tempat lawan dengan keputusan 0 – 0.#TERNSE#NSFC#HobinJangHobin pic.twitter.com/mDfJ6HpwSi
— Negeri Sembilan Football Club (@nsfc1923) June 30, 2022
Ini ada tiga impak positif yang sudah ditampilkan oleh anak-anak buah K. Devan sepanjang 11 perlawanan dihadapi mereka dalam saingan Liga Super.
Corak permainan yang berkualiti
Tampil selaku pasukan kedua dengan rekod bolos paling sedikit, jelas Devan mempunyai pelan tersendiri dalam membentuk skuadnya di bahagian pertahanan dengan begitu baik.
Gandingan pemain kebangsaan, Khuzaimi Piee bersama Herold Goulon boleh dikatakan antara pasangan paling menyerlah musim ini dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) selaku pertahanan yang agak kental.
Khuzaimi Piee and Herold Goulon have been brilliant for Negri Sembilan.
Jimmy hit the spotlight this season, while Goulon is beginning to show the form he had in 2019 when he played for Pahang.
These two will be instrumental if the Deers want to finish top four! #MSL2022
— T. Avineshwaran (@avineshW90) June 29, 2022
Selain itu, pasukan ini juga antara cemerlang menyempurnakan peluang dalam situasi bola mati menerusi pertahanan tinggi lampai mereka, Goulon untuk menyudahkan peluang.
Kelebihan Negeri Sembilan juga terletak kepada persefahaman antara mereka di atas padang sangat baik dan mementingkan corak permainan berpasukan sepanjang perlawanan berlangsung.
Ketangkasan Syihan Hazmi
Musim ini juga penyokong Negeri Sembilan wajar mengucapkan terima kasih buat penjaga gol mereka iaitu Ahmad Syihan Hazmi.
Ketangkasan aksi beliau musim ini sememangnya mendapat perhatian banyak pemerhati bola sepak negara termasuk pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan-gon untuk menguji beliau di pentas antarabangsa.
79' PERCUBAAN | Peluang terbaik untuk tuan rumah setakat ini namun Syihan Hazmi berjaya menghalang percubaan Faisal Halim.@FCTerengganu 0-0 @nsfc1923 #LigaSuper2022 pic.twitter.com/UYKLVSboq4
— Malaysian Football League (@MFL_MY) June 29, 2022
Tampil dengan lima ‘clean sheets’ setakat ini, Syihan berjaya membuktikan beliau juga mampu memberi saingan sengit buat Farizal Marlias untuk merebut posisi penjaga gol utama kebangsaan.
Pemain import yang memahami kehendak taktikal
Walaupun pada awalnya pemain import Negeri Sembilan ini dilihat tidak begitu konsisten, namun selepas jendela perpindahan kedua dibuka beberapa minggu lalu, Devan berjaya mendapatkan dua pemain baharu untuk memperkuatkan pasukan.
📹 HIGHLIGHTS: @nsfc1923 3-0 @OfficialPahang
Gustavo, Yashir Pinto dan Matheus Alves menjaringkan gol yang membolehkan Negeri Sembilan meraih kemenangan dan seterusnya melonjak ke tangga kedua Liga Super.#LigaSuper2022 pic.twitter.com/IYcCTpNM2G
— Malaysian Football League (@MFL_MY) June 25, 2022
Gandingan Yashir Pinto, Matheus Alves, dan Gustavo Almeida dilihat mula membuahkan hasil setelah aksi bekas import sebelum itu, Kossi Adetu agak mengecewakan.
Devan jelas sedar mereka sedikit tumpul pada awal musim di bahagian serangan serta sudut kreativiti tengah agak terbatas.
Untuk itu, beliau memasukkan Pinto dalam jendela perpindahan kali ini kerana mobiliti pemain tersebut amat ditagih untuk terus menggerakkan jentera serangan pasukan selain sudah berpengalaman beraksi di Liga-M.
Kesimpulan
Boleh dikatakan Negeri Sembilan pada musim ini sedang menikmati perjalanan mereka dengan sangat baik di pentas Liga Super.
Setakat ini daripada 11 perlawanan mereka hadapi, Negeri Sembilan telah mengutip 20 mata untuk berada di tempat kedua saingan Liga Super.
📊 KEDUDUKAN LIGA SUPER – LS11
Negeri Sembilan FC kembali ke tangga kedua liga. #LigaSuper2022 pic.twitter.com/x1apRSm0tc
— Malaysian Football League (@MFL_MY) June 29, 2022
Berbekalkan import baharu pada pertengahan musim ini serta motivasi tinggi daripada dua pemain kebangsaan mereka iaitu Syihan Hazmi dan Khuzaimi Piee, pastinya Devan mempunyai ramuan tersendiri untuk menjadikan pasukan kendaliannya terus berdaya saing.