Ranking terbaru FIFA telah didedahkan pada hari ini dengan Malaysia merupakan antara negara yang menunjukkan peningkatan paling mendadak berbanding semua pasukan dalam dunia bola sepak hari ini.
Malaysia merupakan antara salah satu dari empat pasukan yang berjaya mencatatkan rekod yang sungguh menakjubkan dengan skuad kendalian Kim Pan-gon itu berjaya mendaki tujuh anak tangga lebih baik berbanding sebelum ini.
Aksi kemenangan bertemu Brunei, Hong Kong, Turkmenistan dan Bangladesh berjaya membantu skuad Harimau Malaya untuk memperbaiki ranking mereka.
Selain kejayaan skuad Harimau Malaya layak ke Piala Asia 2023, kejayaan mereka memperbaiki kedudukan dalam ranking FIFA juga sebenarnya boleh dianggap sebagai satu pencapaian yang sangat membanggakan.
Malaysia antara negara yang mencatatkan peningkatan paling mendadak dalam ranking FIFA
Jika pasukan seperti Perancis, Itali dan Portugal menunjukkan penurunan pada kedudukan FIFA mereka, pasukan seperti Malaysia, Greece, Kazakhstan dan Cuba pula berjaya mencatatkan peningkatan paling mendadak.
Greece dan Malaysia masing-masing berjaya mendaki tujuh anak tangga dari kedudukan sebelum ini, dengan Cuba dan Kazakhstan pula masing-masing berjaya mendaki 10 dan 11 anak tangga berbanding kedudukan mereka sebelum ini.
Double digit moves as Kazakhstan and Cuba fly up the #FIFARanking! 🇰🇿🇨🇺🚀 pic.twitter.com/RVSYWt1mbd
— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) June 23, 2022
Ia jelas sekali menunjukkan yang skuad Malaysia pada ketika ini sedang berada di tahap persembahan terbaik mereka dan jelas sekali mereka sangat diharapkan akan mampu konsisten melakukan hal yang sama.
Tidak mustahil untuk melihat Malaysia berjaya perbaiki kedudukan mereka, dan berada di kedudukan 100 terbaik menjelang tahun 2024 nanti.
Ranking terbaru FIFA menunjukkan banyak perubahan
Brazil kekal mendahului ranking FIFA pada ketika ini sambil diikuti rapat oleh Belgium yang berada di kedudukan kedua.
Satu lagi pasukan dari Amerika Selatan, Argentina pula berjaya untuk memintas Perancis dengan mereka pada ketika ini berada di kedudukan ketiga FIFA.
England sementara itu masih kekal berada di kedudukan kelima walau mereka melalui beberapa perlawanan dengan keputusan yang agak mengecewakan sebelum ini.
Sepanyol berada di kedudukan keenam selepas kejayaan mereka memintas Itali yang turut menunjukkan kemerosotan dari segi prestasi dan keputusan perlawanan mereka.
Buena vibra sudamericana en la cima del #FIFARanking 🇧🇷 🇦🇷
¡Brasil y Argentina, en el top 3! pic.twitter.com/Krf4wrRva5
— Copa Mundial FIFA 🏆 (@fifaworldcup_es) June 23, 2022
Belanda sementara itu berjaya mendaki dua anak tangga dengan memintas Portugal untuk berada di kedudukan ke-8 pada ketika ini.
Denmark turut cemerlang memperbaiki kedudukan mereka dengan mereka pada ketika ini sudah tersenarai di kelompok 10 pasukan terbaik dalam ranking terbaru FIFA.
Malaysia diharapkan terus konsisten
Di bawah kendalian Kim Pan-gon, skuad Harimau Malaya kini dianggap antara pasukan terbaik di rantau Asia Tenggara ini.
Pasukan lawan bahkan tidak mahu melihat ranking Malaysia kerana mereka sedar skuad yang ada sebenarnya tidak mencerminkan kedudukan mereka dalam ranking FIFA pada ketika ini.
Corak permainan Malaysia juga semakin menarik dan Harimau Malaya berjaya mencatatkan keputusan yang sangat memberangsangkan ketika aksi kelayakan peringkat kumpulan E sebelum ini.
Melihat skuad negara sudah berjaya mengesahkan tempat beraksi di Piala Asia 2023 nanti, beberapa pemain warisan yang sedang beraksi di luar turut sudah menyatakan minat mereka untuk menyarung jersi skuad kebangsaan.
📊 FIFA RANKING – ASEAN ZONE (6/2022)
Here is FIFA Ranking after 2023 AFC Asian Cup Qualifiers and FIFA Days in June !#FIFA #AFC #AFF pic.twitter.com/nIK9aclK1K
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) June 17, 2022
Para peminat senantiasa mengharapkan yang terbaik dari skuad negara dan semoga saja kejayaan mereka catatkan hari ini akan mampu diteruskan lagi di masa hadapan.