Kim Pan-gon Sedang Persiapkan ‘Senjata’ Lain Berdepan Bahrain?

Kim Pan-gon senjata lain Harimau Malaya kelayakan Piala Asia

Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon mengakui kekuatan pasukan seperti Bahrain, tetapi pada masa yang sama tidak mahu ‘kalah’ apabila seperti menyatakan beliau ada ‘senjata’ lain untuk berdepan perlawanan esok.

Berdepan lawan dari Timur Tengah sememangnya sentiasa menjadi badi buat skuad kebangsaan dengan kali terakhir Malaysia menang ke atas Bahrain adalah pada tahun 1978 – kira-kira lebih empat dekad yang lalu.

Mereka juga pada ketika ini berada di ranking ke-89 dunia. Ini adalah cabaran terbesar skuad negara ketika ini.

Adakah Kim merasa gerun dengan ranking pasukan lawan? Adakah ranking itu penting di mata pengendali itu?

“Ranking menunjukkan prestasi mereka dalam tempoh beberapa tahun ini jadi, mereka secara konsistennya beraksi dengan baik. Kita boleh lihat tahap mereka. Hormat [pasukan kuat] adalah isu lain. Kita akan guna pendekatan tertentu untuk menang perlawanan ini. Kita tidak perlu takut dan lihat ranking pasukan lawan. Kita perlu tunjuk bagaimana kekuatan mental dan semangat perjuangan pemain-pemain Malaysia.”

Kim Pan-gon, sidang media pra-perlawanan Malaysia-Bahrain

Turut ditanya di sidang media, adakah skuad yang sama akan dipertaruhkannya selepas prestasi memukau tempohari? Jika dilihat kesebelasan utama yang telah membantu Malaysia mendahului aksi dengan tiga gol berdepan Turkmenistan di babak pertama, seperti tiada cela atau kerosakan yang perlukan perubahan drastik.

Atau Kim adalah pengendali yang melihat mengubah pasukan tidak akan menjejaskan rentak sedia ada mereka.

“Saya tidak mahu mereka tahu [apa-apa perubahan pasukan],” ujar Kim dalam nada berseloroh kepada media.

Sebelum ini ramai yang memperkatakan dan berteka-teki tentang ‘senjata’ rahsia yang pernah disebut Kim. Ada sebilangan yang mengatakan Guilherme de Paula adalah senjata yang dimaksudkan dan sebagainya lagi.

“Puas Hati Pemain Terima Baik Senjata Baharu” – Pan-gon Tak Sabar Uji Brunei Malam Ini

Tetapi, penulis yakin, senjata yang dimaksudkan Kim adalah taktikal dan pendekatan berdasarkan perlawanan.

Berdepan Turkmenistan, intensiti tinggi selama 45 minit dan perubahan posisi Safawi Rasid adalah senjata utamanya yang gagal dibaca lawan termasuklah kita sebagai penyokong. Malah, pemerhati dan bekas jurulatih skuad kebangsaan seperti Irfan Bakti juga berasa kagum dengan pendekatan yang dipertaruhkan oleh Kim.

Dan ia juga sama kali ini. Pendekatan taktikal dan mungkin sedikit perubahan watak pemain adalah senjatanya.

Kim seolah-olah memberi gambaran beliau ada ‘senjata’ lain yang akan diketengahkan dan ia tentunya rahsia!

“Kami tidak dapat berlatih taktikal dengan banyak, tetapi saya banyak bercakap dengan para pemain. Walaupun masa agak singkat tetapi saya yakin, kami sangat bersedia untuk perlawanan ini.

“Saya percaya ia akan menjadi perlawanan yang sukar, sangat sukar disebabkan kualiti dan pengalaman mereka. Saya boleh katakan kami telah bersedia. Kami hormati kemampuan pasukan lawan tetapi sudah tentu kami ingin turun berjuang untuk sesuatu. Mereka pasukan yang kuat tetapi pasukan kita juga apa kurangnya. Mereka [pemain Harimau Malaya] juga kuat – fizikal dan juga mental mereka.”

Kim Pan-gon, sidang media pra-perlawanan Malaysia-Bahrain

Foto: Syamil Rosli – PFAM

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN