Antonio Rudiger telah menulis satu kisah yang sungguh menakjubkan tentang rakan sepasukannya, N’Golo Kante, dan ia sangat menarik untuk dibaca.
Bintang kebangsaan Jerman itu secara rasminya akan meninggalkan Stamford Bridge pada penghujung musim ini dan beliau akan ke Santiago Bernabeu sebaik jendela perpindahan musim panas dibuka nanti.
Menulis di The Player Tribune, Antonio Rudiger telah berkongsi kisah-kisah menarik sepanjang kariernya di Stamford Bridge kepada penyokong Chelsea.
Antonio Rudiger pays tribute to 'humble' N'Golo Kante in farewell letter to Chelsea #CFC https://t.co/Nowa0RHChl
— talkSPORT (@talkSPORT) May 21, 2022
Penulisan yang bertajuk ‘Dear Chelsea’ itu sepertinya merupakan artikel untuk Rudiger kongsikan kenangan indah beliau bersama The Blues.
Antara kisah paling menarik yang beliau kongsikan dalam penulisannya itu adalah kisah tentang perkenalan beliau dengan bintang Perancis, N’Golo Kante.
“Saya tak suka ucapan selamat tinggal. Tapi saya akan cuba untuk jadikan ini sangat istimewa dari hati saya.”
Tulis Rudiger memulakan penulisannya.
“Sebenarnya saya perlu beritahu kamu satu cerita sebelum saya berkongsi cerita. Ini merupakan sisi Afrika saya. Kita perlu ambil sedikit masa di sini.”
“Saya mahu bercakap tentang perlawanan akhir Champions League. Tapi untuk kamu faham, saya perlu kongsi kisah ringkas tentang salah seorang manusia paling baik dalam bola sepak. Sudah tentu, saya bercakap tentang N’Golo Kante.”
Love what Antonio Rudiger had said about Ngolo Kante. pic.twitter.com/s9CLXzqBRi
— Frank Khalid OBE (@FrankKhalidUK) May 21, 2022
“Sebelum saya datang ke Chelsea, saya ada dengar banyak kisah menarik tentang dia (Kante). Mereka kata dia selalu tersenyum. Mereka kata dia masih memandu Mini Cooper lama. Mereka kata dia tak pernah tinggikan suara. Tapi kamu tahu kan bagaimana dia dalam bola sepak? Tak ada sesiapa macam itu.”
“Terlalu banyak tekanan, terlalu banyak kekecewaan. Kita semua manusia. Tak ada sesiapa mampu sentiasa setenang itu. Ia sangat mustahil.”
Antonio Rudiger kemudiannya berkongsi tentang kisah bagaimana beliau bertemu N’Golo Kante.
“Kemudian saya jumpa N’Golo.”
“Segalanya yang saya katakan tentang dia, dia hanya akan pandang saya dan anggukkan kepala dia, dia seolah-olah berfikir segala saya kata itu sesuatu yang menarik. Dan dia akan lakukan hal ini… Saya tak begitu tahu macam mana nak jelaskan hal itu di atas kertas. Kamu perlu dengar tentang itu. Setiap kali saya bercakap, dia akan buat bunyi, ‘click, click, click’ dengan mulut dia.”
“Hey NG, adakah kamu mahu pergi dapatkan sedikit makanan?”
“Click, click.”
Rudiger on Kante:
"Everything with NG is authentic. Even the Mini Cooper — people laugh about it, but there is a real story behind it. It was a dream for NG to make it to the Premier League, coming from where he came from"
He deserves all the success he's had 🔵🏆 pic.twitter.com/nqZ7l0h8Mr
— Harry (@HarryCFC170) May 20, 2022
“NG, ketika kamu tekan dia…”
“Click, click, click.”
“Kawan, saya masa itu rasa ada sesuatu tak kena dengan dia. Satu hari tu, saya akhirnya tanya dia, ‘NG, kenapa kamu cakap macam itu? Apa dah jadi dengan kamu, kawan?’
“Dia jawab, ‘Sorry?”
“Kemudian saya kata, “bunyi clicks tu kawan!! Kenapa dengan kamu?”
“Dia tersenyum, lepas tu dia kata, ‘Ahhh, itu semua sebab kejiranan saya.”
“Lihat, di kawasan kejiranan di mana dia membesar di Paris, mereka memang selalu buat bunyi tu. Ia seolah slang untuk jawapan ‘ya’. Saya tak tahu bagaimana ia bermula, tapi itulah apa yang mereka lakukan di sana. Ia seolah-olah mereka kata, ‘Ya, Ya, OK, menarik.”
“Dan saya sempat rasa benda tu kelakar, kerana saya juga turut berasal dari kejiranan yang sama seperti itu di Jerman, tapi saya tak pernah dengar apa-apa seperti itu dalam hidup saya. Sepanjang masa, saya rasa dia memain-mainkan saya.”
“Semuanya tentang NG adalah sangat authentic. Bahkan tentang Mini Cooper itu. Orang ketawa tentang itu, tapi memang ada kisah sebenar di sebalik itu. Ia merupakan mimpi untuk NG ketika dia masuk ke Premier League, datang dari di mana dia datang, dan Mini itu merupakan kereta pertama dia beli ketika dia tiba di England.”
“Jadi, kerana itulah untuk dia, itu bukan sekadar kereta. Ia membawa maksud yang lebih mendalam untuk dia.”
“Sudah tentu, pemain lain bergurau dengan dia tentang itu, tapi saya beritahu kamu, lelaki ini sangat bersopan santun dan dia hanya akan beritahu kamu apa yang kamu mahu dengar.”
RÜDIGER ON KANTE
"There is humble. And there is humble. And then there is NG". pic.twitter.com/LMFgyQH6j7
— 𝐌𝐢𝐬𝐭𝐞𝐫 𝐁𝐨𝐚𝐝𝐮 (@MrBoadu) May 20, 2022
“Seseorang akan kata, ‘NG, kamu tahu apa kereta yang paling hebat? Dia akan jawab, ‘Mercedes kawan, saya boleh nampak kamu pandu Mercedes hitam itu.”
Antonio Rudiger kemudiannya turut berkongsi pelbagai kisah menarik yang lain termasuk pengalaman beliau ketika menjulang gelaran Champions League.