Punca Utama Mengapa Chelsea Memakai Jersi Berwarna Kuning Bertemu Liverpool

Para peminat bingung memikirkan mengapa skuad Chelsea memakai jersi berwarna kuning ketika aksi bertemu Liverpool awal pagi tadi.

Chelsea hari ini turun beraksi bertemu Liverpool dalam aksi perlawanan akhir saingan FA Cup di Wembley.

Skuad kendalian Thomas Tuchel itu terpaksa akur sekali lagi dikecewakan oleh Liverpool selepas mereka tewas 6-5 menerusi penentuan sepakan penalti.

Selain dari membincangkan tentang taktikal Tuchel yang memasukkan Ross Barkley menggantikan Ruben Loftus-cheek yang baru beberapa minit sahaja dimasukkan, para peminat turut hangat membincangkan tentang mengapa Chelsea tidak memakai jersi berwarna biru dalam perlawanan ini.

Punca utama Chelsea memakai jersi berwarna kuning

Punca utama Chelsea memakai jersi berwarna kuning dalam perlawanan ini adalah kerana mereka percaya warna tersebut membawa tuah.

Chelsea sebelum ini telah berjaya memenangi pelbagai piala dengan memakai jersi berwarna kuning itu termasuklah gelaran FA Cup ketika bertemu Everton pada tahun 2009 yang lalu.

Sebelum perlawanan bertemu Liverpool, Thomas Tuchel mendedahkan bahawa:

“Kami akan menang dengan memakai jersi kuning.”

Jelas Tuchel kepada ITV sebelum perlawanan bertemu Liverpool.

Walau bagaimanapun, hal itu tidak menjadi kenyataan selepas Chelsea sekali lagi tewas di tangan Liverpool di pentas perlawanan akhir musim ini.

Liverpool 6-5 Chelsea

Awal aksi babak pertama Liverpool jelas sekali sangat dominan, dengan mereka turut berjaya melancarkan beberapa siri serangan ke kubu The Blues.

Selepas 15 minit bermain, Chelsea berjaya menyeimbangkan semula permainan dengan kedua-dua pasukan dilihat saling berbalas serangan.

Aksi 45 minit pertama jelas sekali sangat mengecewakan dengan kedua-dua pasukan tidak berada di tahap persembahan terbaik mereka.

Chelsea memulakan aksi babak kedua dengan sangat baik dan mereka juga turut beberapa kali berpotensi untuk memperoleh gol awal.

Liverpool terpaksa membuat beberapa pertukaran dalam usaha mereka untuk memastikan pemain utama tidak mengalami kecederaan teruk, kerana mereka bakal turun beraksi dalam aksi perlawanan akhir saingan Champions League.

Tamat 90 minit keputusan seri tanpa jaringan masih kekal dengan perlawanan terpaksa dilanjutkan ke aksi tambahan masa.

Perlawanan sudah mulai perlahan ketika masuk aksi tambahan masa, dengan kedua-dua pasukan sepertinya sudah bersedia untuk ke aksi penentuan sepakan penalti.

Tamat aksi tambahan masa, tiada jaringan berjaya dihasilkan oleh kedua-dua pasukan maka pemenang akan ditentukan menerusi aksi penentuan sepakan penalti.

Marcos Alonso dan James Milner berjaya menyempurnakan sepakan penalti pertama untuk kelab masing-masing sebelum rembatan Cesar Azpilicueta terkena tiang.

Kesemua pemain kemudiannya berjaya menjaringkan gol dan Liverpool akan dinobatkan sebagai juara andai Sadio Mane berjaya menyempurnakan sepakan penalti kelima The Reds.

Bintang Senegal itu walau bagaimanapun gagal untuk menyempurnakan sepakan penalti tersebut dan ia seolah-olah memberi harapan kepada Chelsea.

Mason Mount walau bagaimanapun gagal untuk menyempurnakan sepakan penalti Chelsea, dan Kostas Tsimikas tampil menjaringkan gol untuk membantu Liverpool memenangi perlawanan ini.

Rumusan

Bukanlah satu aksi perlawanan akhir yang menarik dan tidak keterlaluan untuk menganggap ia antara aksi perlawanan akhir yang sangat membosankan.

Bola baru punca mengapa terlalu banyak peluang terhidang gagal disudahi dengan jaringan.

Liverpool berjaya menjulang piala kedua mereka musim ini dan skuad kendalian Jurgen Klopp itu masih ada baki satu perlawanan akhir yang perlu mereka hadapi sebelum tamat musim ini.

The Reds akan turun beraksi bertemu Real Madrid di pentas perlawanan akhir saingan Champions League, dan jelas sekali skuad kendalian Jurgen Klopp itu mahu memastikan piala telinga capang itu akan ke bumi Anfield.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN