Maloney Jangka Satu Lagi Aksi Sukar Apabila Thailand Bawa Bintang Dari Luar Negara

Brad Maloney Malaysia B-23 Piala Asia Park Hang-seo Alexandre Polking

Berdepan Korea Selatan sudah boleh dianggap sukar, kini Malaysia bakal berdepan skuad Thailand yang digelar ‘era baharu’ mereka dan pengendali, Brad Maloney menjangkakan ia satu lagi aksi sukar buat mereka, esok.

Senarai 23 pemain Thailand melihatkan mereka menyenaraikan sembilan pemain yang berpangkalan di luar negara. Worrawoot Srimaka membawa pemain seperti Thanawat Suengchitthawon yang beraksi di Leicester City di England, Yannick Nussbaum dari BSC Young Boys (Switzerland) dan Nicholas Mickelson (OB, Denmark).

Selain Thanawat, Yannick dan Nicholas, antara pemain campuran lain yang berada dalam skuad kali ini adalah Chayapipat Supunpasuch (Estoril, Portugal), Achitpol Keereerom (Augsburg II, Jerman), Ben Davis (Oxford United, England), Channarong Promsrikaew (Union Adarve, Sepanyol) dan Jonathan Khemdee (OB, Denmark).

‘Wajah Berbeza’ – Thailand & Vietnam Rombak Senarai Pemain Skuad Sukan SEA Untuk Ke Piala Asia

Sementara Malaysia hanya menyenaraikan dua pemain yang berpangkalan di luar negara iaitu Luqman Hakim Shamsudin (KV Kortrijk, Belgium) dan Hadi Fayyadh Abdul Razak dari Azul Claro Numazu di J-League 3, Jepun.

Adakah ini akan memberikan perbezaan kepada pasukan? Jelas, ia mampu memberikan sedikit perbezaan.

Ini kerana skuad ini adalah berbeza daripada skuad yang bermain di pusingan kelayakan dan Sukan SEA.

Jadi, Maloney dan anak buahnya bakal berdepan Thailand yang jauh berbeza daripada yang sebelum ini.

Jika dilihat ketika mereka terikat 2-2 menentang Vietnam, Worrawoot telah membuat pertukaran taktikal seawal 28 minit permainan apabila mereka melepaskan gol di minit pertama. Ia berhasil apabila pemain gantian, Ben Davis berjaya menyamakan kedudukan, enam minit selepas beliau dimasukkan oleh pengendalinya itu.

Malah, mereka yang ditewaskan lawan yang sama di final Sukan SEA itu berjaya keluar dengan satu mata.

Suphanat Meunta muncul wira buat Gajah Perang di penghujung perlawanan dengan jaringan penyamaan.

“Ia adalah perlawanan yang sukar [Korea Selatan]. Kami sedang melakukan sesi ‘recovery’ bersama pemain hari ini [semalam]. Kami akan mengadakan banyak sesi bersama pemain sebelum berdepan Thailand.

“Kami jangka satu lagi aksi sukar. Tiada yang mudah di sini. Kami telah bertemu Thailand beberapa kali dalam beberapa bulan ini, mereka adalah pasukan yang bagus. Saya juga nampak mereka juga ada membawa beberapa pemain dari luar negara kali ini, jadi kami jangka ia perlawanan yang sukar.

Brad Maloney

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN