Mario Gomez dan JDT melayan kunjungan Bengaluru yang diuruskan oleh bekas pembantu Frank Riijkard selama 10 tahun di beberapa buah kelab iaitu, Alberto Rocha.
Permulaan
JDT turun dengan formasi kegemaran mereka 4-4-1-1. Mereka kehilangan khidmat Kunanlan dalam perlawanan ini. Ia memang amat dirasai oleh JDT.
Bengaluru pula turun dengan formasi 4-3-3 yang lebih defensif. Tumpuan pastinya terarah kepada pemain remaja B-21 Sepanyol, Alvaro Rubio.
Taktikal Bengaluru
Rocha memiliki 3 formasi utama dalah pelawanan ini. Asasnya adalah 4-3-3 dengan pendekatan yang agak luas (pitch wide).
Mereka akan cuba membentuk 4-2-3-1 pada fasa serangan melalui larian Sunil Chhetri ke di belakang penyerang tunggal.
Ini adalah contoh cara mereka bermain dengan dinamik untuk membentuk 4-2-3-1.
Dari segi serangan mereka banyak bergantung kepada hantaran terus kepada Vineeth yang akan melakukan hantaran deras.
Taktik ini kurang berjaya kerana sokongan yang lemah ke atas Vineeth walaupun beliau beberapa kali berjaya menewaskan pertahanan JDT dengan larian deras.
Struktur Pertahanan Zonal Marking Ruang Bengaluru Stabil
Ini adalah perlawanan yang menunjukkan kita di Malaysia bagaimana bermain zonal marking dengan orientasi kawalan ruang (space marking) dengan teratur.
Mereka mengawal ruang untuk menyukarkan hantaran di antara pemain JDT dan bukannya mengawal ketat pemain JDT.
Ini adalah ketika Azamuddin melarikan bola dalam situasi dia boleh melorongkan bola kepada Lucero. Lihat bagaimana pertahanan Johnson melakukan kawalan ruang dengan berkesan supaya Azamuddin tidak boleh menghantar bola kepada Lucero.
Johnson tidak perlu menarik baju atau mengawal Lucero dengan fizikal dan tumpuan melampau. Beliau cuma perlu melakukan space marking untuk menyukarkan interaksi dan hantaran 2 pemain JDT tersebut.
Ini pula formasi 5-3-2 dengan menurunkan Watson ke posisi quarter back. Ia berjaya mengurangkan impak daripada dimanipulasi di zon 14.
Idea ini juga untuk mewujudkan rantaian perangkap pertahanan dengan blok-blok segi tiga. Pemain-pemain sayap JDT kurang keinginan untuk masuk ke half-space dengan pertukaran hantaran untuk mencipta ruang. Azamuddin dan Azinee terlalu gemar untuk pergi ke penjuru padang.
Mari lihat lihat contoh di bawah ini, bagaimana Azriff dan Azamuddin cuba memecahkan blok pertahanan Bengaluru.
Azrif lambat bertindak dan koordinasi permainan dia dengan Alex kurang kreatif dan tidak ada flair.
Ada ruang dibuka di half-space kerana Watson tidak mengisi titik untuk memadatkan blok segi tiga pertahanan namun Azriff tidak mengambil kesempatan untuk menyusup masuk dengan segera. Ia juga memerlukan bantuan Azamuddin.
Azriff menghantar bola kepada Azamuddin dan cuba masuk ke dalam blok sempit. Watson pada saat ini melihat Johnson terlalu jauh dan membuka besar ruang di half-space.
Fokus Watson agak lari dan menjadi punca kenapa ruang itu wujud.
Azamuddin tidak melakukan hantaran terus kepada Azriff. Watson terus mengunci blok pertahanan dan Bengaluru sudah berada dalam struktur pertahanan yang stabil.
Azamuddin mengambil keputusan melakukan hantaran lintang. Tugasan selesai oleh Bengaluru.
Sekarang, lihat pula bagaimana teraturnya mereka membentuk chain of 5 dalam formasi 5-3-2 ketika bertahan.
Contoh di bawah ini adalah ketika bola yang dikeluarkan Bengaluru dirampas JDT di kawasan mereka.
Isu Kreativiti JDT
Dengan penjelasan di atas, anda pasti sudah membayangkan betapa sukar untuk mengatasi zonal marking ruang oleh Bengaluru yang ternyata diolah dengan koordinasi yang komprehensif.
Pada awalnya, Bengaluru dalam proses untuk settle down. Pada fasa ini, JDT mendapat banyak peluang, namun gagal disudahkan. Itulah turning point terbesar kenapa mereka tidak menang dalam perlawanan ini.
Kemudian, Bengaluru semakin stabil dan mendapat cengkaman dalam pembentukan taktikal mereka yang lebih defensif.
Selain Diaz, pemain JDT yang lain kurang kreativiti untuk memecahkan blok pertahanan dengan struktur yang sudah stabil.
JDT terlalu bergantung kepada Jorge Pereyra Diaz untuk memecahkan tight area atapun sekitar zon 14. Diaz memerlukan sokongan lebih baik dan ia gagal diberikan oleh pemain-pemain lain.
Setiap kali Safiq Rahim cuba membantu dan mara ke hadapan, pivot di belakang kelihatan tidak stabil. Ia agak berisiko keranan tekanan oleh penyerang Bengaluru.
Sistem Sayap JDT Rosak!
Gomez memasukkan Amri dan Chanturu. Anda tahu ia isyarat taktikal JDT rosak apabila jurulatih menggunakan pasangan ataupun set pemain sayap yang baru untuk kedua dua sektor.
Video di bawah ini menunjukkan mereka lebih fokus kepada bermain di bahagian sayap kerana di tengah sudah ditekan oleh Bengaluru. Anda akan dapati mereka kerap berpatah balik dan tidak penetratif. Kombinasi permainan yang kurang jitu.
Gomez mahukan lebih kreativiti dan gerakan yang lebih tajam selepas Azinee dan Azamuddin hanya efektif dengan gerakan ke penjuru padang namun kurang variasi dari segi permainan berpasukan dan juga corak hantaran.
Malangnya, sumbangan pertama Amri adalah kad kuning dan beliau tidak ada kudrat untuk memecahkan blok 5-3-2 Bengaluru. S. Chanturu juga gagal memberikan perbezaan ketika di dalam padang.
Cubaan bahaya JDT banyak berlaku dalam suasana pegelutan. Gol JDT pula dihasilkan melalui hantaran lintang yang disambut Diaz. Ini kali kedua Diaz menanduk bola dengan kekuatan otot tengkuk (neck muscle) yang kuat.
Walaupun Azriff gagal membentuk kombinasi mantap dengan Azamuddin namun beliau adalah penyumbang besar hantaran lintang bahaya dan juga beberapa aksi bertahan yang cemerlang.
Jadi amat sukar untuk menilai beliau gagal dalam perlawanan ini. Dapat dirumuskan Azriff perlu meningkatkan persefahaman dengan pemain sayap kerana secara individu beliau memang ada kualiti.
Verdict
JDT boleh dikatakan gagal untuk bermain dalam rangka formasi dan taktikal mereka sepanjang perlawanan ini. Ia membuatkan mereka kurang tajam dalam gerakan dan hantaran akhir.
Apa yang pasti, Bengaluru mungkin pasukan terbaik setakat ini dalam bermain bola sepak lebih taktikal menentang JDT. Bengaluru selesa dengan kedudukan 1-1 dan lebih fokus kepada bertahan.
Isu hilang fokus selepas menjaringkan gol terus menghantui JDT sejak akhir-akhir ini. Safiq Rahim dan Harris Harun kelihatan tidak yakin pemain Bengaluru mampu menghadirkan sesuatu daripada zon 14 tersebut.
Alberto Rocha jelas seorang tactician yang baik. Beliau kelihatan sudah bersedia menghadapi perlawanan ini walaupun diberitakan Bengaluru menggunakan skuad yang berbeza dalam saingan kalah mati.
Mereka juga dikatakan agak terlebih rehat yang boleh memberikan impak kepada kekuatan dan kecergasan pasukan kerana kurang perlawanan persediaan.
Namun, apa yang dipamerkan mereka semalam ibarat pedagang datang memperkenalkan kita kepada produk zonal marking ruang yang teratur dan berdisiplin dengan model Alberto Rocha, bekas ‘cikgu’ di Camp Nou.
Pemain JDT mungkin masih terbuai-buai dengan mood meraikan kejuaraan Liga Super mereka. Terlalu ramai pemain mereka beraksi di bawah prestasi sebenar.
Bak kata Shebby Singh di foxsports semalam, mereka ada 3 minggu untuk menyelaraskan kembali cara JDT bermain.
Ia rehat yang mungkin terlalu panjang untuk pasukan bola sepak dan mungkin Gomez sudah ada perancangan rapi untuk isu ini.
Man Of The Match
Amrinder Singh (Bengaluru)
Statistik
Baca juga : Analisis Taktikal Piala AFC 2016: JDT Memanipulasi Titik Lemah South China Di Kiri