6 Kelab Israel Langgar Peraturan FIFA, Beroperasi Di Tanah Yang Dirampas Dari Palestin

Badan bola sepak dunia, FIFA sedang ditekan oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa, Human Rights Watch selepas menutup sebelah mata terhadap kesalahan yang dibuat oleh Persatuan Bola Sepak Israel (IFA).

Dalam laporan mereka, HRW mendedahkan FIFA tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap IFA yang terang-terang telah melanggar peraturan FIFA.

Apa kesalahan Persatuan Bola Sepak Israel (IFA)?

IFA didakwa oleh HRW telah mengagih-agihkan duit geran FIFA untuk aktiviti 6 kelab bola sepak Israel yang berpusat di kawasan Tebing Barat. Semuanya di kawasan yang dirampas dari Palestin.

Menurut undang-undang FIFA, ahli-ahli gabungannnya (seperti IFA) tidak boleh menganjurkan aktiviti bola sepak negara mereka di kawasan negara lain. Melainkan dengan kebenaran negara tersebut.

6 kelab bola sepak tersebut adalah:

1. Maccabi Ariel Football Club

Kelab ini mempunyai pasukan indoor futsal di Ariel dan menganjurkan liga futsal kanak-kanak di Salfit.

2. Kelab Bola Sepak Perbandaran Ariel

Kelab di Ariel ini mempunyai pasukan senior bola sepak lelaki di Liga C Israel, satu pasukan remaja dan 3 pasukan kanak-kanak.

ariel2015-01
Sumber: Human Rights Watch 2016

3. Beitar Givat Ze’ev Shabi

Pasukan senior lelaki mereka bermain di Liga B. Kelab ini mempunyai 9 pasukan remaja dan kanak-kanak. Mereka beroperasi berdekatan dengan Ramallah.

Sumber: Human Rights Watch 2016
Sumber: Human Rights Watch 2016

4. Beitar Ma’aleh Adumim

Mempunyai pasukan senior lelaki yang bermain di Liga B. Mereka turut mempunyai 2 pasukan remaja dan 6 pasukan kanak-kanak yang berpusat di Ma’aleh Adumim.

maaleadumim2015-01
Sumber: Human Rights Watch 2016

5. Hapo’el Oranit

Mempunyai pasukan senior lelaki di Liga C, 2 pasukan remaja dan sebuah pasukan kanak-kanak. Kelab ini berpusat di bandar Rosh Haayin.

oranit2015-01

6. Hapo’el Bik’at Hayarden

Walaupun pasukan ini berlatih di Einat (kawasan Israel), pasukan senior lelaki mereka bermain di Tomer (kawasan Palestin yang dirampas). Kelab ini turut mempunyai sebuah pasukan remaja.

Sumber: Human Rights Watch 2016
Sumber: Human Rights Watch 2016

Memberi faedah kepada orang Israel, tetapi memudaratkan orang Palestin

6 kelab bola sepak Israel ini bukan sahaja bermain di tanah yang dirampas dari Palestin, malah mereka turut menjadikan kelab itu eksklusif kepada orang Israel sahaja.

Tiada orang Palestin dibenarkan menyertai aktiviti kelab ini.

4435

Apa yang membuatkan HRW hairan adalah meskipun perkara ini telah lama berlaku, FIFA langsung tidak ambil kisah mengenai isu ini.

Israel tentang desakan HRW

Seperti yang sudah dijangkan, desakan HRW ini diputar-belit oleh Persatuan Bola Sepak Israel (IFA) yang berpendapat desakan ini ada motif politik.

Masakan tidak. Dek kerana tiada tindakan dari FIFA, IFA berpendapat apa yang mereka lakukan itu tidak melanggar apa-apa peraturan.

Malah IFA berkata ‘FIFA tiada hak untuk menentukan dimana patutnya kelab Israel bermain’!

Walaupun sebuah petisyen yang mengandungi 150,000 tandatangan telah diserah kepada FIFA untuk mendesak mereka mengambil tindakan terhadap IFA, FIFA tetap berdiam diri.

Seolah-olah FIFA telah bekerjasama dengan IFA untuk menafikan hak orang Palestin bermain bola sepak di tanah mereka sendiri.

Tiada tindakan

Dalam perjumpaan FIFA Council sempena Kongres FIFA di Manama, Bahrain pada Mei 2017, FIFA mengumumkan ‘tiada sebarang tindakan akan diumumkan buat masa ini’ berkenaan isu penempatan haram 6 kelab Israel di tanah Palestin.

Perjumpaan itu dipengerusikan oleh bekas menteri Afrika Selatan, Tokyo Sexwale.

Keputusan FIFA untuk menangguhkan hukuman terhadap Israel FA atas kesalahan ini bukan sahaja mengundang rasa tak puas hati Palestin FA, malah rasa marah oleh NGO di Eropah juga.

Pengerusi NGO Middle East Project, Martin Konecny memberitahu Al Jazeera:

“Dengan penangguhan hukuman ini, FIFA telah gagal ujian litmus yang menguji komitmen mereka terhadap keadilan hak asasi manusia.”

Di pihak Israel, mereka berhujah mereka tak sepatutnya dikenakan tindakan oleh FIFA kerana tiada garisan sempadan yang jelas di Tebing Barat.

Kesimpulan

Pegawai HRW berkata, perkara ini perlu diselesaikan dengan segara.

Hal ini kerana, penempatan pasukan Israel di Tebing Barat dikatakan sebagai pencabulan hak asasi manusia yang cukup serius.

“Masalah ini boleh diselesaikan dengan satu cara. FIFA perlu bagitahu kelab-kelab Israel ini yang mereka boleh sepak bola, berlatih dan bermain semahu mereka, tetapi di dalam tanah Israel sahaja.”

Jika FIFA boleh menyokong usul UEFA yang tak membenarkan kelab Crimea (sebuah wilayah Ukraine yang baru dirampas oleh Russia) bermain di liga bola sepak Russia, mengapa berlakunya double standard kepada Palestin?

 

Baca juga: Ukraine Tak Mahu Lawan Kosovo Di Tempat Sendiri, Protes Kemerdekaan Kosovo

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN