Para peminat bola sepak tempatan jelas sekali tahu dan sedar tentang isu pendrive atau pemacu pena yang pernah menggegarkan dunia bola sepak Malaysia pada tahun 2016 yang lalu.
Baru-baru ini hal itu telah dibangkitkan semula oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (Kedah FA) Datuk Seri Sanusi Md Nor.
Pada awalnya ia hanyalah perang siber antara Presiden KFA itu dan pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ).
Sanusi Tanya TMJ, “Pendrive Lama Hang Letak Mana?”https://t.co/9Y2QBuirej
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) May 24, 2022
Walau bagaimanapun, hal itu dengan tiba-tiba berubah menjadi lebih peribadi selepas Sanusi mula mempertikaikan hal berkait pendrive yang pernah menggegarkan dunia bola sepak negara itu.
Ketika laman Semuanya Bola berkongsi artikel tentang kronologi sebenar kisah berkait pendrive tersebut, TMJ turut masuk meninggalkan komen pada muat naik tersebut dengan menyatakan:
“Facts. Ini TMJ, bukan ahli politik berpusing-pusing (Emoji cermin mata).”
Komen itu jelas sekali ditujukan kepada Sanusi yang seolah-olah hilang idea mahu menyerang pemilik JDT itu dengan membangkitkan isu lama.
Lebih teruk lagi, isu yang dibangkitkan oleh Sanusi itu sebenarnya isu yang sudah selesai dan TMJ sendiri sudah menyerahkan pendrive itu kepada bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Komen TMJ itu tidak dinafikan lagi sememangnya masuk akal kerana walau baginda lantang bersuara tentang hal-hal bola sepak tempatan, namun semuanya berdasarkan fakta.
Baginda mengulas atau mempersoalkan sesuatu isu itu atas fakta yang berlaku dan bukan sekadar helah mahu menjatuhkan seseorang.
Isu pendrive merupakan bukti nyata yang TMJ bukan kaki ‘putar alam’ sebaliknya baginda wira yang tidak didendang.
Walau dikecam dan dihentam, namun baginda tidak pernah berhenti berjuang untuk menyelamatkan bola sepak negara.
Kronologi Lengkap ‘Isu Pendrive’ Yang Pernah Gegar FAM, Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Ketika itu, TMJ mendakwa ada ketirisan berlaku dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan baginda turut menyatakan segala bukti kesalahan tersebut wujud di dalam pendrive yang diperoleh menerusi orang-orang atasan yang rapat bersama pemilik JDT.
Pendedahan pendrive oleh TMJ pada ketika itu secara ringkas merumuskan bahawa FAM telah gagal menangani masalah mengatur perlawanan.
Ini kerana sesetengah bekas pemain yang pernah terbabit dalam gejala terkutuk itu adalah sahabat kepada segelintir kakitangan FAM sendiri.
Selain itu, Pendrive berkenaan turut menyimpan masalah pentadbiran kewangan Liabiliti Terhad Kerjasama Bola Sepak Malaysia (FMLLP) [kini dikenali sebagai Malaysian Football League (MFL)] yang lebih menjurus kepada kepentingan pengurusan dan bukannya pasukan yang bertanding.
Kronologi Lengkap ‘Isu Pendrive’ Yang Pernah Gegar FAM, Apa Yang Anda Perlu Tahu?https://t.co/Aq3Cm7NWla
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) May 25, 2022
Kandungan lain yang telah didedahkan meliputi kegagalan sistem pembangunan akar umbi oleh FAM, kepincangan di dalam skuad kebangsaan, kelemahan sistem kejurulatihan, pengurusan pentadbiran FAM yang masih di zaman kuno dan sistem pemilihan pemain oleh ‘tangan ghaib’ pegawai FAM yang sudah berlanjutan sejak dahulu.
Sebenarnya ‘isu pendrive’ sepatutnya tidak timbul lagi apabila siasatan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan tiada unsur rasuah, dan hanya salah laku teknikal oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang terkandung di dalam pendrive tersebut.
Malah, TMJ memaklumkan tindakannya menyerahkan pendrive berkenaan kepada Menteri Belia dan Sukan pada ketika itu, Khairy Jamaluddin Abu Bakar hanya untuk menyelesaikan kemelut yang melanda dan bukannya menghukum FAM.
“Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, isi kandung dalam ‘pendrive’ yang saya terima adalah mengenai salah laku dari segi teknikal seperti sikap pilih kasih, jurulatih tidak profesional dan Exco tidak memainkan peranan dalam tugasan dengan betul.”
“Saya berikan kepada Khairy Jamaluddin Abu Bakar untuk menyelesaikannya bukan untuk menghukum FAM dan menggantung FAM. Sekiranya kita menggantung FAM, ia akan menjejaskan liga.
“Saya hanya menasihatkan kepada individu berkenaan untuk berundur dengan cara baik tahun depan dan digantikan dengan individu yang lebih layak menjalankan tugas,”
Ujar TMJ pada ketika itu.