Sebentar tadi wartawan The Star iaitu T. Avineshwaran telah berkongsi suatu berita mengejutkan di laman Twitter apabila khidmat pertahanan import Kedah Darul Aman (KDA) Jang Suk-won mungkin berakhir apabila pemain Korea Selatan itu mahu bersara atas alasan kecederaan.
It looks like Kedah will be looking for an Asian centreback as Jang Suk-won will be retiring due to injuries. #MFLTransfer2022 #MSL2022
— T. Avineshwaran (@avineshW90) May 19, 2022
Tambah beliau, KDA kini juga sudah mula mencari pengganti pertahanan tersebut untuk dibawa masuk bagi memperkukuhkan posisi berkenaan yang dilihat amat kritikal pada awam musim ini.
Jang dibawa masuk KDA pada tahun ini bagj mengambil tempat yang ditinggalkan Renan Alves pada musim lalu dan bergandingan bersama Rodney Celvin serta seorang lagi import dari Andorra iaitu Marc Vales.
🔰 JANG SUK-WON, OUR NEW BLOOD!
KDA FC dengan ini mengumumkan pemain import baharu pertama untuk musim 2022, Jang Suk-Won!#kdafc #newblood #2022season pic.twitter.com/hxCUnNvtfa
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) December 12, 2021
Walaupun KDA berjaya mendapatkan dua khidmat import di bahagian pertahanan, mereka juga menjadi kelab paling banyak bolos setakat ini apabila melepaskan 17 gol daripada sembilan perlawanan.
Rekod ini dikongsi dengan satu lagi pasukan iaitu Sarawak United.
Jika dilihat pada rekod Jang, pemain ini bukanlah satu nama asing dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) apabila sebelum itu pernah beraksi dengan Melaka United selama tiga musim sejak 2019.
Jang juga pernah menjadi tonggak mewakili kelab-kelab gergasi Korea Selatan seperti Seongnam dan Ulsan Hyundai sebelum hadir ke Malaysia untuk membawa reputasi amat baik selaku pemain import Asia.
Selain Jang, beberapa nama import lain kurang memberi impak buat pasukan musim ini adalah Vales dan Dennis Buschening yang dilanda kecederaan panjang.
STATISTIK PEMAIN KDA FC: JANG SUK WON
Setakat ini Jang Suk Won bergandingan baik dengan rakan sepasukan Rodney, Ariff Farhan dan Azmeer di benteng skuad Sang Kenari.
Momentum perlawanan semakin meningkat, berjuanglah sejiwa murni! pic.twitter.com/OrxvQ12JGm
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) April 8, 2022
Vales ketika ini mendapat pelbagai kritikan setelah beliau gagal memberi impak bagus di bahagian pertahanan untuk membentuk persefahaman yang baik bersama Jang.
Walaupun tampil selaku pemain kebangsaan Andorra, aksi yang dipamerkan Vales masih gagal untuk memberi nilai positif dalam kalangan penyokong dan kelibat beliau juga tidak ubah seperti pemain tempatan yang berkualiti biasa sahaja.
Apa pun, KDA perlu membuat persediaan dengan pantas menjelang aksi sulung mereka dalam pentas Piala AFC yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Dengan kerapuhan benteng pertahanan kini yang menjadi lubuk buat pasukan tempatan untuk menjaringkan gol, pastinya KDA tidak mahu memalukan nama kelab dari Malaysia ketika berhadapan pasukan-pasukan dari negara lain.