2 Pemain Import Mungkin Tak Beraksi, Misi Sukar Negeri Sembilan Di Alor Setar

Setelah mempamerkan aksi cemerlang pada awal musim ini dalam saingan Liga Super, Negeri Sembilan kini menjadi antara pasukan diberi perhatian termasuk aksi sengit ketika bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) di Paroi tempoh hari.

Skuad kendalian K. Devan setakat ini hanya sekali mencatat kekalahan daripada tujuh perlawanan liga dengan mengutip 14 mata keseluruhan untuk berada di tempat kedua.

Untuk perlawanan malam ini, Negeri Sembilan bakal menghadapi satu lagi aksi mencabar apabila berkunjung ke Stadium Darul Aman untuk menentang Kedah Darul Aman (KDA).

Misinya tak lain iaitu untuk mengekalkan kedudukan ditangga kedua liga.

Tempang tanpa tonggak

Namun misi untuk mencari tiga mata seterusnya ini dilihat sedikit mencabar apabila Negeri Sembilan mungkin terlepas khidmat penjaring terbanyak mereka iaitu Herold Goulon.

Kedudukan pertahanan kental itu bakal diketahui hari ini sama ada dapat beraksi atau tidak kerana Goulon masih lagi dalam tempoh pemulihan setelah mengalami kecederaan sebelum ini.

“Saya tidak dapat pastikan lagi sama ada Goulon boleh beraksi atau tidak dan ia akan bergantung kepada tahap kecergasannya.

“Namun, apa yang pasti kita tidak dapat menurunkan Matheus Alves yang menerima kad merah ketika aksi menentang JDT di Paroi tempoh hari.

“Posisi beliau selaku penyerang utama pasukan akan diganti dengan pemain lain yang sudah dikenal pasti,” kata pembantu jurulatih, K. Nanthakumar menerusi Harian Metro.

Dalam masa sama, beliau turut mengingatkan para pemain agar memberi tentangan yang hebat meskipun beraksi di gelanggang lawan jika ingin mengukuhkan posisi tangga kedua mereka.

Tambah Nanthakumar, para pemain perlu berusaha sebaik mungkin sekiranya mereka mahu terus menjadi antara pasukan pencabar kejuaraan liga.

“Kami turun ke Alor Setar dengan misi mendapatkan kemenangan walaupun kelebihan pada tuan rumah, tetapi Negeri Sembilan perlu menang untuk kekalkan kedudukan di tangga kedua carta liga dan mengelak daripada pasukan lain mencabar kedudukan itu.

“Memang ia suatu tugas yang mencabar namun pemain perlu lakukan jika mahu mempertahankan reputasi pasukan. Saya berharap segala perancangan dilakukan membuahkan hasil dengan keputusan positif dicapai di Alor Setar nanti,” kata bekas pemain kebangsaan itu lagi.

Untuk ketika ini, KDA menjadi pasukan yang memberi persaingan sengit buat Negeri Sembilan apabil hanya dipisahkan dengan satu mata sahaja setelah menamatkan lapan perlawanan dengan 13 mata keseluruhan.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN