Previu UCL 2016/2017: Mampukah Bayern Munich Memecahkan Tembok Diego Simeone?

Ketika ini, kedua-dua pasukan memiliki senarai kecederaan yang agak banyak. Namun impak ini lebih dirasai Atletico yang memiliki skuad yang lebih kecil berbanding Bayern Munich.

Prestasi semasa

Bayern Munich dalam prestasi sempurna apabila mencatat 6 kemenangan daripada 6 perlawanan terakhir mereka. Mereka turut menjaringkan 18 gol dan hanya bolos 2 kali dalam tempoh tersebut.

Atletico juga tidak tewas dalam 6 perlawanan terakhir mereka. Mereka mencatat 4 kemenangan dan 2 seri. Atletico juga telah menjaringkan 12 gol dan hanya bolos 2 kali.

at1

Rekod pertemuan

Kedua-dua pasukan hanya bertemu 2 kali dalam sejarah. Dan ia berlaku dalam perlawanan kalah mati UEFA Champions League musim lepas.

Dalam 2 pertarungan separuh akhir ini, kedua-dua pasukan masing-masing berjaya merekodkan 1 kemenangan.

Bagaimanapun akhirnya Atletico yang mara ke perlawanan akhir melalui peraturan jaringan di tempat lawan.

at2

Perkembangan semasa pasukan

  • Moya, Cerci, Tiago, Augusto Fernandez, dan Gimenez berada dalam senarai kecederaan Atletico Madrid
  • Manakala Badstuber dan Douglas Costa pula berada dalam senarai kecederaan Bayern Munich
  • Matt Hummel perlu melepasi saringan akhir untuk terlibat di dalam perlawanan ini
  • Kedua-dua pasukan tidak ada senarai penggantungan
  • Arjen Robben dan Jerome Boateng disahkan sudah cergas sepenuhnya

Fakta OPTA

  • Bayern Munich menjaringkan sekurang-kurangnya 2 gol dalam 8 daripada 10 perlawanan terakhir mereka
  • Bayern Munich masih belum menang dalam kunjungan mereka ke Sepanyol, tewas 3 kali dan gagal menjaringkan sebarang gol
  • Ini adalah penglibatan untuk 4 tahun berturut-turut Atletico dalam UCL dan yang terpanjang dalam sejarah kelab mereka.
  • Bayern Munich tewas dalam 2 kali daripada 4 perlawanan terakhir peringkat kumpulan di tempat lawan.

Pemain Tumpuan

Angel Correa (Atletico Madrid)

Selain daripada Antoine Griezmann, legasi penyerang berbisa Atletico mungkin akan diwarisi oleh Angel Correa. Beliau menjadi penjaring gol ketika masuk dari bangku simpanan untuk mengikat Barcelona di Camp Nou.

corr

Beliau turut bermain 90 minit dalam perlawanan menentang Deportivo La Coruna beberapa hari yang lalu.

Robert Lewandowski

Beliau bukan penyerang yang laju atau memiliki skil luar biasa namun, Lewandowski sentiasa efektif untuk bermain dalam mana-mana sistem.

xxx (L) of Bayern Muenchen is challenged by yyy of Borussia Dortmund during the DFB Cup Final match 2016 between Bayern Muenchen and Borussia Dortmund at Olympiastadion on May 21, 2016 in Berlin, Germany.

Lewandowski sudah menjaringkan 9 gol untuk Bayern Munich setakat ini bagi musim 2016/2017.

Sebelum wisel

Tidak ramai pengurus yang memiliki reputasi bagus seperti pengurus Atletico Madrid, Diego Simeone ketika berdepan dengan pasukan yang serba lengkap seperti Barcelona dan Bayern Munich.

Mereka ada kemampuan untuk bertahan dalam organisasi yang stabil, walaupun di atas kertas mereka adalah pilihan kedua dalam segala aspek.

Bayern Munich dalam prestasi yang luar biasa di hadapan gol. Tidak kurang hebatnya juga Atletico. Kedua-dua pasukan memiliki rekod pertahanan yang membanggakan setakat ini.

Penjaga gol kedua-dua pasukan, Jan Oblak dan Manuel Neuer pula adalah antara penjaga gol yang terbaik di dalam 5 liga utama Eropah buat masa ini.

Ia dijangka menjadi perlawanan yang penuh taktikal oleh kedua-dua pengurus. Sangat sukar untuk meramalkan siapa yang akan menang. Siapa yang berjaya melaksanakan taktikal lebih baik, akan menang.

Baca juga : Analisis Taktikal UEFA Champions League 2015/2016: Bayern Munich 2-1 Atletico Madrid

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN