Sukan SEA: Malaysia Kembali Ungguli Kumpulan B, Pamer Watak Sebenar Jinakkan Laos

Skuad B-23 Malaysia meneruskan rentak cemerlang di temasya Sukan SEA 2021 dengan meraih kemenangan kedua selepas menundukkan Laos 3-1 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Thien.

Kemenangan tersebut membolehkan skuad kendalian Brad Maloney mengungguli carta Kumpulan B dengan mengumpul enam mata maksimum daripada dua perlawanan.

Ketua jurulatih, Brad Maloney terus mengekalkan gandingan Luqman Hakim Shamsudin, Danial Asri dan Syahir Bashah sebagai trio serangan yang turut diturunkan dalam aksi menentang Thailand tempoh hari.

Namun terdapat tiga pertukaran di bahagian pertahanan dengan Quentin Cheng, Safwan Mazlan dan Amier Faiz diberi peluang membarisi kesebelasan utama menggantikan Azam Azmi Murad, Hairey Hakim dan Azrin Afiq.

Selepas mendominasi perlawananan, Malaysia akhirnya mendapat gol pertama pada minit ke-35 menerusi Luqman yang bijak membuat larian mengejar hantaran Nik Akif Syahiran dan mengatasi kawalan pertahanan sebelum tenang melepaskan rembatan.

Kredit Foto: FAM
Dua minit sebelum masa rehat, Syahir menggandakan kelebihan buat Malaysia dengan satu jaringan cantik yang bermula dari lorongan kapten pasukan Mukhairi Ajmal yang disudahkan dengan satu lencongan dari luar kotak penalti.

Mukhairi hampir menambah gol buat Malaysia pada minit ke-51 apabila melakukan percubaan dari luar kotak penalti, namun sepakan lencongnya itu hanya beberapa inci tersasar di atas palang gol.

Malaysia mula membuat pertukaran selepas sejam perlawanan berlangsung dengan membawa masuk dua pemain serangan Azfar Fikri Azhar dan Hadi Fayyadh yang menggantikan Syahir serta Danial.

Gol ketiga pada minit ke-67 terhasil dari hantaran lambung Azfar dari sebelah kanan sebelum disambut oleh Luqman Hakim yang melepaskan rembatan kencang menewaskan penjaga gol Keo-Oudone Souvannasangso.

Usaha Laos untuk mendapatkan sekurang-kurangnya satu jaringan terhasil pada minit ke-85 selepas Visith Bounpaserth bijak melepasi kawalan pertahanan Malaysia sebelum melepaskan rembatan kaki kiri yang melencong masuk ke dalam gawang.

Malaysia memperoleh beberapa peluang lagi pada penghujung perlawanan, namun percubaan Hadi dan Akif berjaya diselamatkan oleh penjaga gol lawan untuk memastikan kedudukan 3-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN