Perpindahan Erling Haaland ke Etihad sepertinya sudah hampir pasti untuk berlaku pada musim panas ini dan satu hal yang pasti, ia merupakan rundingan terakhir yang dilakukan oleh mendiang Mino Raiola.
Seperti semua sedia maklum, ejen terhebat dalam sejarah dunia bola sepak, Mino Raiola sudah meninggal dunia pada hujung April lalu kerana penyakit yang beliau hidapi.
Awalnya tular berita tentang pemergian Mino Raiola namun keluarganya tampil menjelaskan yang berita itu tidak benar.
Dua hari selepas itu muncul kembali berita sama dan ia kemudiannya disahkan oleh keluarga mendiang sendiri.
Peminat seluruh dunia tentu sedar yang Mino Raiola memiliki ramai pemain berkelas dunia di bawah agensi beliau dan Erling Haaland merupakan salah seorang darinya.
https://twitter.com/dmartpreneur/status/1523632038783463424?t=bM2sUgCPsPP9JfzN2YKWTg&s=19
Sebulan sebelum mendiang menghembuskan nafas terakhirnya, beliau sebenarnya sudah melakukan rundingan dengan Man City berkait perpindahan Haaland ke Etihad.
Kini, walau beliau sudah meninggal dunia, namun rundingan yang beliau mulakan sepertinya sudah hampir pasti untuk dimuktamadkan dalam masa terdekat ini.
Urus Niaga Terakhir Mino Raiola
Menurut sumber laporan The Daily Mail pada Mac lalu, mereka melaporkan bahawa Haaland dijangka akan menyertai Manchester City pada musim panas ini.
Syarat peribadi telah dirundingkan antara wakil Man City dan wakil Erling Haaland (Mino Raiola) dan juara bertahan saingan Premier League itu terus bersedia untuk menawarkan kontrak kepada bintang Norway itu.
Haaland memiliki klausa perlepasan bernilai £63 juta dalam kontraknya bersama Borussia Dortmund dengan City dilaporkan perlu membayar sekitar £100 juta untuk membawanya ke Etihad.
A transferência de Erling Haaland para o Manchester City está ‘concluída’ e provavelmente será anunciada esta semana, relata @David_Ornstein ✅ pic.twitter.com/gq1dhm6fsr
— JAIVANFUT (@jaivanfutBR) May 9, 2022
Nilai £100 juta itu termasuklah yuran perpindahan, bayaran kepada ejen, bonus kontrak dan segala kos-kos lain untuk melengkapkan urusan penandatanganan tersebut.
Nilai tersebut jelas sekali tidak ada masalah untuk Man City dek kerana mereka juga turut meletakkan Haaland sebagai pemain sasaran utama kelab pada musim panas ini.
Man City sudah lama memburu khidmat pemain penyerang utama
Pengurus Man City, Pep Guardiola dilaporkan sudah lama mendesak pihak kelab untuk mendapatkan pemain pengganti di posisi penyerang selepas pemergian Sergio Aguero.
Musim panas lalu mereka berusaha keras mahu mendapatkan Harry Kane, namun usaha Man City itu berakhir dengan kegagalan.
Man City bahkan telah menawarkan £150 juta kepada Tottenham Hotspur untuk mendapatkan Harry Kane, namun tawaran mereka diabaikan oleh Daniel Levy.
Erling Haaland is set to join Manchester City, according to The Athletic. 🔵
What a huge signing it will be for Pep Guardiola's team.🔥#MCFC #BVB04#Haaland #ErlingHaaland pic.twitter.com/Iyuwzcz6Xb
— Football Devils (@FootbalDevils) May 9, 2022
Harry Kane sendiri sebenarnya turut berminat untuk melengkapkan perpindahan menyertai Man City namun beliau akhirnya terpaksa akur dengan keputusan kelab.
Ayah kepada Haaland, Alf-Inge pernah tiga tahun beraksi bersama Manchester City sebelum ini dan keluarganya dikatakan masih mempunyai hubungan yang baik dengan kelab.
Haaland sah akan ke Etihad musim panas ini
Terbaru, menurut sumber laporan dari David Ornstein, Erling Haaland sudah hampir pasti ke Etihad pada musim panas ini dan hanya menunggu masa sahaja untuk diumumkan secara rasmi.
🚨 Erling Haaland to Man City a done deal + confirmation expected this week, according to sources in Germany. Personal terms complete & Dortmund anticipate City informing them in coming days of intention to activate release clause @TheAthleticUK #MCFC #BVB https://t.co/tx8kUxjLkF
— David Ornstein (@David_Ornstein) May 9, 2022
Man City jelas sekali bakal tampil lebih garang dengan kehadiran Erling Haaland, apa lagi selepas memikirkan yang mereka memiliki barisan pemain berkelas dunia yang lain dalam skuad mereka.
Walau tanpa pemain penyerang utama, Man City tetap mampu mempamerkan aksi persembahan terbaik mereka sepanjang musim ini dan menjadi pasukan paling banyak menjaringkan gol dalam saingan Premier League.
Pemain seperti Kevin De Bruyne, Bernardo Silva, Riyad Mahrez, Raheem Sterling dan kesemua pemain lain memainkan peranan penting sebagai penjaring gol utama.
Skuad kendalian Pep Guardiola itu tetap berjaya mencatatkan kemenangan besar walau mereka tidak memiliki pemain penyerang utama.
Erling Haaland will join #ManCity – let me repeat that – Erling. Haaland. Will. Join. @ManCity. This saga is finished. It's over. Finally. 𝗥𝗘𝗔𝗗 𝗠𝗢𝗥𝗘:
— City Report (@cityreport_) May 9, 2022
Bayangkan saja bagaimana hebatnya mereka andai mereka mampu memiliki pemain penyerang berkualiti tinggi seperti Erling Haaland.