Setelah mengharungi musim yang sangat suram serta keadaan yang menyedihkan, akhirnya Perak bakal mendapat sinar kembali dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini apabila sah mendapat pemilik baharu kelab iaitu syarikat telekomunikasi terkemuka, XOX Berhad.
Muhammad Yunus Zakariah selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perak mengesahkan perkara tersebut menerusi Arena Metro sebentar tadi.
Majlis pengenalan tersebut turut disaksikan sendiri oleh Stuart Ramalingam yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif MFL di pejabat besar XOX di Tropicana, Petaling Jaya menurut Yunus sebentar tadi.
Perkembangan terkini! Selamat Hari Raya!
🤍💛🖤#PerakFC pic.twitter.com/WoWCzDOu24
— Perak Football Club (@perakfcofficial) April 29, 2022
“Ya, kini Perak FC sudah ada bakal pemilik. Hari ini kita menandatangani MOU (perjanjian memorandum persefahaman) dengan XOX, dan dalam tempoh 14 hari akan datang kita akan sekali lagi menandatangani ‘sales and purchase agreement’.
“Kira hari ini macam majlis bertunang, dan majlis akad nikah dalam 14 hari lagi. Tapi ini langkah terakhir dan perjanjian MOU ini menandakan Perak FC sudah ada pemilik baharu,” katanya.
Untuk pengetahuan juga, XOX merupakan sebuah syarikat yang dianggap sangat berjaya di Malaysia dan tersenarai dalam bursa saham negara sebagai salah satu syarikat telekomunikasi.
Its a deal.
Perak FC selamat. Laporan penuh 7.30 ptg di @ASTROARENA pic.twitter.com/56ru4dWdnw
— FinaNasrom (@fnasrom) April 29, 2022
Untuk rekod, sebelum ini XOX juga pernah melibatkan diri dalam industri sukan tanah air sebelum itu dengan menaja beberapa acara sukan terkenal termasuk bola sepak dan sukan permotoran negara.
Perak kini muncul sebagai pasukan kelima dalam saingan Liga Malaysia yang kini dimiliki sepenuhnya oleh syarikag swasta tanpa bantuan dana kerajaan atau perkongsian saham kelab setelah termeterainya perjanjian sebentar tadi.
Selain Perak, beberapa pasukan lagi yang bergerak secara swasta sepenuhnya iala Johor Darul Ta’zim (JDT), Petaling Jaya City (PJ City), Kelantan, dan Sri Pahang.
Manakala kebanyakan pasukan lain masih lagi bergantung kepada dana kerajaan untuk beroperasi dalam menampung perbelanjaan setiap musim.
Ikuti kami di TikTok!
Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.
Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!