Pengurus interim Manchester United, Ralf Rangnick dijangka akan diumumkan sebagai Ketua Jurulatih skuad kebangsaan Austria yang baharu dalam masa terdekat.
Rangnick dilantik sebagai pengurus interim Manchester United sejak November 2021 untuk menggantikan Ole Gunnar Solksjaer di Old Trafford. Beliau bagaimana pun dijangka akan terus memainkan peranan sebagai penasihat di kelab itu sehingga 2024.
Manchester United terus menghasilkan keputusan yang menghampakan sejak dikendalikan oleh Rangnick dan kelab tersebut kekal berada di kedudukan keenam di saingan Liga Perdana Inggeris.
Malah kelab itu kini semakin hampir gagal melayakkan diri ke pertandingan UEFA Champions League pada musim hadapan – ketinggalan lima mata di belakang Arsenal di kedudukan keempat – tatkala musim 2021/22 semakin menuju ke penamat.
Tetap kekal bersama Man Utd
Baru-baru ini Manchester United telah mengumumkan Erik ten Hag sebagai pengurus baharu kelab itu mulai musim hadapan.
Walaupun memegang peranan sebagai penasihat bersama Manchester United beliau hanya perlu bertugas selama enam hari setiap bulan di kelab tersebut.
Ini membenarkan Rangnick untuk bersama Austria untuk tugasan antarabangsa.
https://twitter.com/AlexCTurk/status/1519731526010814467
“Apa yang saya boleh beritahu setakat ini ialah saya akan kekal dengan peranan sebagai penasihat di kelab ini selepas tamat saingan musim ini, dan untuk dua tahun berikutnya,” kata Rangnick kepada Sky Sports dalam satu temubual baru-baru ini.
“Saya sememangnya sudah tidak sabar untuk peranan baru ini. Saya belum sempat berbual bersama Erik [ten Hag]. Tetapi saya sudah berbincang mengenai kontrak, skop tugasan, dan peranan yang saya akan mainkan sebagai penasihat kelab.
“Sebab itu saya boleh sahkan akan terus berada di sini walaupun selepas tamat saingan musim ini.”
Pilihan utama kendali Austria
Rangnick adalah pilihan utama Austria untuk mengendalikan pasukan kebangsaan mereka tetapi difahamkan belum ada apa-apa kontrak telah dimeterai oleh kedua-dua pihak.
Difahamkan, kedua-duanya kini sedang berbincang untuk mencapai persetujuan mengenai keperincian kontrak.
Pihak Austria FA (OFB) akan mengadakan mesyuarat khas pada pagi Jumaat, di mana pelantikan Rangnick dijangka akan diluluskan – sebelum tawaran rasmi diberikan kepada pengendali dari Jerman itu. Satu pengumuman khas dijangka akan dilakukan selepas itu.
Ralf Rangnick is seriously considering the offer from the Austrian FA to become the new head coach as per @KURIERat. He could stay at Man United with his consultancy role – but decision will be up to Rangnick. 🔴 #MUFC
Austrian FA really pushing to have Rangnick on board soon. pic.twitter.com/h3PL4kOrzP
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) April 28, 2022
Pada awal bulan ini OFB sebenarnya menafikan telah berbincang dengan jurulatih berusia 63 tahun itu. Ia bukan perkara menghairankan Austria berminat dengan khidmat Rangnick mengambil kira pengalaman dan pengetahuan luasnya mengenai bola sepak negara itu – terutama ketika bergelar pengarah bola sepak Red Bull Salzburg.
OFB kemudiannya mengesahkan akan mendapatkan Rangnick selepas akhbar negara itu, Kurier mendedahkan Pengarah Sukan Austria FA, Peter Schottel berada di Manchester untuk berjumpa dengan Rangnick.
Austria sedang mencari pengurus baharu untuk menggantikan Franco Foda yang meletakkan jawatan selepas kekalahan 2-0 kepada Wales pada awal bulan ini – membuatkan negara itu gagal layak ke Piala Dunia di Qatar pada tahun ini.