“Kita Akan Fight Sampai Mati” – TMJ Seru Penyokong Harimau Selatan Banjiri SSI

Berdasarkan kedudukan terkini saingan Kumpulan I AFC Champions League (ACL), JDT tiada pilihan melainkan merekodkan kemenangan ke atas Ulsan Hyundai untuk melayakkan diri ke pusingan kalah mati pertandingan kelab elit Asia musim ini.

Perkara itu sebenarnya tidak mustahil untuk dilakukan – mengambil kira kemenangan 2-1 skuad Harimau Selatan pada pertemuan pertama di antara kedua-dua pasukan.

TMJ seru penyokong banjiri SSI

Namun demikian JDT – yang tidak pernah melepasi saingan peringkat kumpulan pertandingan tersebut sebelum ini – memerlukan sokongan padu daripada penyokong setia pasukan itu untuk berbuat demikian.

“Bagi full stadium [pada] Sabtu ini. Kita akan fight sampai mati.

 

“Doa semoga kita dapat cipta sejarah baru buat club dan Johor demi keluarga JDT. Mudah-mudahan, Insha’Allah,” tulis TMJ di laman Instagram rasmi kelab tersebut pada malam tadi.

Dalam beberapa perlawanan ACL sebelum ini, JDT merekodkan kehadiran yang cukup baik di Stadium Sultan Ibrahim.

17,952 penyokong direkodkan hadir menyaksikan JDT menewaskan Ulsan Hyundai 2-1 dalam pertemuan pertama membabitkan kedua-dua pasukan, dan 16,679 lagi kehadiran direkodkan ketika pasukan itu tewas 0-5 kepada Kawasaki Frontale.

Saingan sengit Kumpulan I

Saingan ACL musim ini dianggap sebagai peluang terbaik JDT untuk melangkah ke pusingan kalah mati buat kali pertama dalam sejarah penyertaan kelab dari selatan tanah air itu.

Tiga pasukan kini berpeluang untuk mara ke pusingan seterusnya, iaitu JDT, Ulsan Hyundai (Korea Selatan) dan Kawasaki Frontale (Jepun).

Kawasaki Frontale dilihat tidak mempunyai masalah untuk menewaskan Guangzhou FC pada perlawanan yang diadakan serentak dengan pertemuan Ulsan Hyundai menentang JDT pada Sabtu ini.

Bagaimanapun perbezaan jaringan yang ketara bermakna wakil tunggal negara di ACL pada musim ini itu tidak mempunyai pilihan selain daripada merekodkan kemenangan untuk menjuarai Kumpulan I dan layak secara automatik ke pusingan kalah mati.

Dalam perlawanan pada malam tadi, JDT meraih tiga mata selepas menang 2-0 ke atas Guangzhou FC hasil dua jaringan penalti penyerang import, Bergson da Silva.

Setakat ini JDT telah meraih tiga kemenangan dan satu keputusan seri selain satu kekalahan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN