JDT merekodkan kemenangan kedua di dalam pertandingan AFC Champions League pada musim ini selepas menewaskan wakil Korea Selatan dengan jaringan 2-1 di Stadium Sultan Ibrahim pada malam tadi.
Gandingan berbisa Bergson Da Silva dan Fernando Forestieri terus menjadi igauan lawan pada musim ini apabila terus cemerlang meledak gol untuk membantu pasukan diwakili mereka meraih kemenangan.
😏 Fernando Forestieri made it look easy!#ACL2022 | #UHDvJDT | @OfficialJohor pic.twitter.com/RCqogBZWmc
— #ACL (@TheAFCCL) April 18, 2022
Fernando Forestieri terlebih dahulu membuka jaringan awal permainan pada minit ke-3 untuk mengejutkan Ulsan Hyundai menerusi percubaan jarak jauh yang hanya mampu dipandang sahaja oleh penjaga gol lawan bagi meletakkan JDT di hadapan.
Ulsan Hyundai kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-52 menerusi hantaran lintang dari sebelah kanan yang disudahkan dengan cemerlang menerusi pemain gantian, Um Won-sang untuk menewaskan Haziq Nadzli.
🥳 Look what it means to @officialjohor! #ACL2022 | #UHDvJDT pic.twitter.com/TZ3m6XEC0V
— #ACL (@TheAFCCL) April 18, 2022
JDT kembali menggamatkan Stadium Sultan Ibrahim apabila penyerang mereka, Bergson Da Silva berjaya meledak gol kedua mereka pada minit ke-79 setelah menerima hantaran cantik daripada pemain gantian, Safawi Rasid.
Kemenangan ke atas Ulsan Hyundai pada malam tadi bermakna JDT kini mengungguli Kumpulan I dengan kutipan 6 mata, selepas menang 5-0 ke atas Guangzhou FC pada hari pertama saingan peringkat kumpulan sebelum ini.
2022 AFC CHAMPIONS LEAGUE GROUP I STANDINGS
Log on to https://t.co/IDLevtEUu7
*subject to change
Hidup Johor Demi Johor#HarimauSelatan#SouthernTigers#PermataSelatan#JewelOfTheSouth#JDTuntukSemua#JDTforAll pic.twitter.com/ZdWuSeODh6
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) April 18, 2022
Ada beberapa perkara menarik yang boleh kita soroti daripada kejayaan JDT menewaskan salah sebuab kelab berstatus gergasi dan yang juga merupakan antara pilihan utama pertandingan ini.
Tamatkan rekod tanpa kalah Ulsan Hyundai
Berbanding Guangzhou FC, wakil Korea Selatan ini tiba di Johor Bahru dengan reputasi tersendiri. Ini kerana Ulsan Hyundai adalah salah sebuah pasukan yang memiliki pengalaman yang panjang di dalam pertandingan peringkat kelab elit Asia ini – dan pernah bergelar juara pada musim 2012 dan 2020.
Ulsan Hyundai juga sedang berada di tahap terbaik mereka sekiranya prestasi semasa di K-League diambil kira.
FT | 🇰🇷 Ulsan Hyundai 1-2 Johor Darul Ta'zim 🇲🇾
🐾 A couple of stunning strikes from JDT's star duo 🐅🐅 Fernando Forestieri and Bergson sees them come out on top in the battle of the tigers!
#ACL2022 | #UHDvJDT pic.twitter.com/rbgeDscYby— #ACL (@TheAFCCL) April 18, 2022
Belum tewas dalam semua 14 perlawanan yang dilalui – termasuk seri menentang Kawasaki Frontale – kekalahan pada malam adalah yang pertama buat kelab Korea Selatan itu sejak 6 November lalu apabila ditundukkan 3-2 oleh Jeonbuk Motors di dalam aksi liga.
Cemerlang menduduki tangga teratas K-League dengan 23 mata selepas sembilan perlawanan, kekalahan 1-2 kepada JDT pada malam tadi juga adalah kekalahan pertama skuad kendalian Hong Myung-bo dalam semua pertandingan pada musim ini.
Taeguk warriors
Antara pemain yang paling mencuri perhatian di dalam kesebelasan utama Ulsan Hyundai yang turun menentang JDT di Stadium Sultan Ibrahim pada malam tadi sudah tentu adalah penjaga gol, Jo Hyeon-woo. Beliau adalah penjaga gol utama skuad Taeguk Warriors di Piala Dunia 2018 yang lalu.
Selain Hyeon-woo, Ulsan Hyundai turut menurunkan beberapa pemain skuad kebangsaan Korea Selatan yang dijangka akan beraksi bersama negara mereka di Piala Dunia 2022 yang akan berlangsung di Qatar pada November hadapan.
As Germany found out at the 2018 @FIFAWorldCup, it takes something special to beat Jo Hyeon-woo.
Both @OfficialJohor goals from @Forestieri45 and Bergson were something special. Befitting a famous @TheAFCCL triumph. #ACL2022
— Gabe Tan (@gabetan13) April 18, 2022
Antaranya adalah penjaring gol penyamaan, Um Won-sam, Seol Yong-woo yang beraksi di posisi bek kanan sebagai pemain gantian.
Selain daripada itu, Ulsan Hyundai juga sebenarnya memiliki beberapa pemain yang kaya dengan pengalaman beraksi di Eropah seperti kapten pasukan, Lee Chung-yong yang pernah beraksi bersama Bolton Wanderers, Crystal Palace dan Vfb Bochum, selain bekas penyerang Arsenal yang tidak digunakan di dalam perlawanan pada malam tadi, Park Chu-yong.
Dendam Shahrul Saad
JDT bukan satu-satunya kelab dari Malaysia yang pernah dihadapi oleh Ulsan Hyundai di pentas saingan yang sama.
Tiga tahun lalu, kelab Korea Selatan itu membelasah Perak 5-1 di pusingan play-off untuk menafikan skuad seladang melakukan penampilan sulung mereka di saingan peringkat kumpulan.
Tiga tahun telah berlalu, macam-macam perkara telah berlaku. Pemain pertahanan Perak pada ketika itu, Shahrul Saad telah menyertai JDT, dan Perak pula kini bergelut di saingan Liga Premier selepas pelbagai masalah dalaman.
FULL-TIME | Ulsan Hyundai FC (KOR) 5-1 Perak (MAS)
👊 @ulsanFC produced a play-off trashing against Perak to book their place in the #ACL2019 group stage! 🙌 🙌 🙌
#ULSvPRK #ACL2019 pic.twitter.com/KldJBNpSPt— #ACL (@TheAFCCL) February 19, 2019
Turut berada di dalam kesebelasan utama dan digandingkan bersama Shane Lowry dalam perlawanan pada malam tadi, Shahrul pasti masih ingat bagaimana beliau dan rakan-rakannya ibarat dipersenda wakil dari Korea Selatan itu tiga tahun lalu.
Keadaan berbeza dalam perlawanan pada malam tadi apabila Shahrul tampil dengan pasukan berbeza beserta mentaliti berbeza untuk mencipta sejarah membawa JDT sebagai pasukan dari Malaysia pertama mara ke pusingan kalah mati ACL.
Beraksi cemerlang menafikan barisan serangan Ulsan Hyundai, Shahrul akhirnya berjaya membalas dendam perit kekalahan lalu.
JDT – The Giant Killer
Giant Killer, Sang Pembunuh Gergasi Asia – anda namakan sahaja gelaran yang sesuai untuk JDT. Satu perkara yang pasti, kehadiran JDT di pentas elit pertandingan kelab-kelab Asia kini mulai mencuri tumpuan ramai kerana kemampuannya menewaskan gergasi-gerhasi Asia yang lain.
JDT mulai beraksi di pentas Asia pada 2015 di pertandingan Piala AFC dan menjuarai pertandingan tersebut. Mereka tidak lagi menoleh ke belakang selepas itu.
Tidak ada siapa pun berkata ia adalah satu perjalanan yang mudah buat JDT kerana semuanya itu adalah satu proses, namun sepanjang perjalanan yang telah dilalui oleh kelab itu sejak 2015 telah menunjukkan bibit-bibit hasil peningkatan.
😁 This is what it meant to @HRHJohorII to see his #JDT side knock off the 🇰🇷 #KLeague leaders!
Pure passion. pic.twitter.com/8pTGnur9p8
— The Asian Game (@TheAsianGame) April 19, 2022
Mereka mengejutkan Kashima Antlers pada 2019 (juara bertahan), sebelum membelasah juara dua kali (2013 & 2015) Guangzhou FC pada musim ini.
Tidak cukup dengan itu, Ulsan Hyundai (juara 2013 dan 2020) turut menjadi mangsa. Nasib sememangnya diperlukan di dalam bola sepak. Untuk memiliki ‘nasib’ secara bersiri seperti yang dilakukan JDT, ia memerlukan impian yang besar.
Kesimpulan
Dua kemenangan dari dua perlawanan, Ketua Jurulatih JDT, Benjamin Mora sudah tidak sabar untuk menunggu perlawanan seterusnya.
Keyakinan yang dilaungkan oleh pengendali dari Mexico itu boleh difahami tatkala momentum dan keyakinan sedang memihak pasukan kendaliannya.
Masih ada empat perlawanan yang perlu dilalui oleh JDT sebelum mengesahkan laluan ke pusingan kalah mati pertandingan buat kali pertama.
Buat masa ini, semuanya tampak seperti berada di landasan terbaik untuk JDT melakar satu lagi pencapaian dan sejarah buat diri mereka.