Penang sekali lagi dihambat dengan kekecewaan apabila pasukan ini sekali lagi mencatat keputusan hambar dengan merekodkan kekalahan seterusnya di tangan pasukan Kedah Darul Aman dalam aksi ‘derbi utara’ di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.
Walaupun tampil meledak gol pendahuluan terlebih dahulu menerusi Hilal El-Helwe pada minit ke-16, nyata Penang selepas itu kembali longlai dengan melepaskan dua gol di separuh masa kedua menerusi penyerang import Kedah, Ronald Ngah Wanja.
KEPUTUSAN MASA PENUH – LS5#LigaSuper2022 pic.twitter.com/zQYdlZRB9O
— Malaysian Football League (@MFL_MY) April 17, 2022
Bagi menaikkan kembali moral, Thomas Trucha selaku pengendali Penang menggesa para pemain supaya terus berlatih agar kemenangan yang dicari menjelma pada perlawanan akan datang.
“Saya akan membuat analisis permainan bersama pemain dan mahukan mereka kenal pasti dan perbaiki kesilapan masing-masing dalam perlawanan akan datang, agar kita dapat mencipta kemenangan pertama musim ini,” katanya kepada pemberita menerusi Bernama selepas perlawanan menentang Kedah Darul Aman FC malam tadi.
Selain itu, Trucha juga menyatakan beliau kehilangan tiga pemain tonggak ketika ini yang turut memberi kesan dalam prestasi semasa pasukan iaitu Anselmo Arruda da Silva, Rafael Vitor Santos de Freitas dan Muhammad Adib Abdul Ra’op akibat kecederaan.
📹 HIGHLIGHTS: @Penang_fc 1-2 @kda_fc
Kedah Darul Aman FC bangkit untuk menang "Northern Derby" ini menerusi dua gol Ronald Ngah pada babak kedua. Hilal El-Helwe menjaringkan gol pembukaan Penang FC pada minit ke-16.#LigaSuper2022 pic.twitter.com/3NWgWWhJfW
— Malaysian Football League (@MFL_MY) April 17, 2022
“Ketiga-tiga mereka adalah pemain dalam kesebelasan utama jadi kecederaan mereka memaksa kami mengubah corak pemainan dan kami memerlukan sedikit masa untuk mencari keserasian,” katanya.
Dalam masa sama, pengendali dari Czech Republic itu turut mengakui kemungkinan besar moral setiap pemain berada dalam keadaan yang agak rendah namun berharap mereka kembali bangkit untuk aksi seterusnya dan menghidupkan kembali keyakinan.
Dalam masa sama, pengendali pasukan pelawat, Aidil Sharin pula menegaskan mentaliti setiap para pemain kendaliannya adalah dahagakan kemenangan dalam perlawanan tersebut.
Menurut pengendali dari Singapura itu, beberapa perubahan taktikal yang dirombak beliau dalam perlawanan tersebut membuahkan hasil walaupun ada sedikit kesilapan di separuh masa pertama sehingga tuan rumah bijak mengambil peluang sebelum Kedah kembali bangkit di separuh masa kedua.
Untuk perlawanan seterusnya, Penang bakal berhadapan Sri Pahang di Kuantan pada 23 April ini. Manakala Kedah pula, mereka bakal berhadapan Sabah di di Kota Kinabalu.
Ikuti kami di TikTok!
Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.
Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!