“Untuk Rantai Pemain Nombor 14” – Aidil Sharin Rungkai Kemasukkan Fadzrul Danel

Fadzrul Danel Kedah Endrick Penang 2022

Derbi Utara akhirnya berjaya dimenangi oleh Kedah Darul Aman apabila menang tipis 2-1 ke atas Penang FC dalam aksi minggu ke-5 Liga Super 2022 dan kemasukkan Fadzrul Danel antara saat penting perlawanan ini.

Ini kerana, Fadzrul Danel berada di bangku simpanan pada permulaan aksi. Pengendali Kedah, Aidil Sharin Sahak meletakkan gandingan Dechi Marcel dan Khairu Azrin Khazali dalam kesebelasan utama Sang Kenari.

Begitupun, pasukan pelawat terlebih dahulu ketinggalan satu gol di babak pertama selepas penyerang, Hilal El-Helwe berhasil mencetak gol pembukaan pada minit ke-16. Gol awal yang telah mengejutkan lawan yang sejak dari wisel permulaan berterusan menekan tuan rumah, menerusi asakan demi asakan oleh jentera serangan.

Liga Super: Ngah Wanja Muncul Wira, Ketuai Kebangkitan Kedah Di Babak Kedua Tumpaskan Penang

Apa yang menyelamatkan Penang adalah – sekali lagi – ketangkasan Khatul Anuar di gawang golnya. Namun, setakat mana beliau mampu menjadi dinding kebal apabila kerap kali menjadi medan sasaran ‘tembakan’.

Jika pemain terbaik mahu diangkat daripada pasukan Harimau Kumbang, Khatul Anuar adalah individu itu.

Tuan rumah dilihat terus gagal untuk mencipta kemenangan selepas lima perlawanan walaupun sudah ada sinar di babak pertama. T Saravanan dan Hilal El-Helwe menjadi pemain penting bagi mengganggu sistem permainan Kedah. Begitupun, kualiti pemain mungkin kurang menjadikan Penang bermasalah di babak kedua.

Berbanding musim lalu, pemain musim ini tampak masih tidak mampu menyamai apa yang diberikan pemain musim lalu. Adakah disebabkan mereka baru dibentuk dan digandingkan? Tak juga, kerana pemain musim lalu juga baru dibentuk pada musim itu. Apa yang logiknya adalah mungkin kualiti sesetengah pemain tersebut.

Ketinggalan satu gol sudah menyedarkan Aidil Sharin perubahan segera perlu dilakukan untuk mereka kembali ke dalam perlawanan. Khairu Azrin yang baru kali pertama membarisi skuad utama dikeluarkan selepas babak pertama dan Fadzrul Danel dimasukkan untuk membentuk gandingan bersama sang jeneral, Dechi Marcel.

Minit ke-65, Fadzrul Danel mempamerkan betapa beliau pernah digelar ‘The Next Baddrol Bakhtiar’ di usia remaja dahulu. Hantaran lolosnya dari tengah berhasil menemui Ngah Wanja yang membuat larian deras membelah pertahanan sebelum melepaskan rembatan ke sudut bertentangan untuk gol keduanya.

Bukan itu sahaja, malah ia adalah gol kemenangan buat Sang Kenari – kemenangan ke-4 daripada lima aksi.

Ditanya Semuanya BOLA tentang pertukaran yang memberi impak itu di sidang media, pengendali kelahiran Singapura itu berkata, “Anda perlu faham mengapa setiap pertukaran itu dibuat. Khairu Azrin tidak beraksi selama dua bulan akibat masalah kecederaan. Dia masih memerlukan match fitness sedikit demi sedikit.”

“Kami perlu berlaku adil terhadap situasinya [Khairu Azrin]. Untuk babak kedua, saya nampak kami perlukan perubahan taktikal. Kami perlukan seseorang di tengah yang bertenaga untuk merantai nombor 14 (Endrick dos Santos). Ia berkesan. Kredit kepada para pemain kerana berjaya mengikut perancangan pasukan.”

Aidil Sharin

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN