8 Stadium Piala Dunia Di Qatar Miliki Sistem Penghawa Dingin Berteknologi Solar

Kesemua lapan stadium yang akan digunakan untuk penganjuran Piala Dunia di Qatar memiliki sistem penghawa dingin penuh.

Buat pertama kalinya, Piala Dunia akan diadakan pada musim sejuk disebabkan oleh cuaca panas di Timur Tengah.

Ia pasti sukar membayangkan Piala Dunia dianjurkan pada musim panas seperti kebiasaan di Qatar mengambil kira purata suhu sektar 42°C yang direkodkan di negara tersebut.

Disebabkan itulah Piala Dunia 2022 bakal dilangsungkan pada November sehingga Disember – menjadikan edisi kali ini antara penganjuran paling unik pernah diadakan.

Sistem penghawa dingin sepenuhnya

Walaupun Qatar merekodkan suhu sekitar 24°C pada November – Disember, tuan rumah bagaimanapun tetap mengambil langkah tersendiri untuk memastikan pemain dan penyokong sentiasa berada di dalam keadaan nyaman sepanjang kejohanan diadakan nanti.

Ini kerana pihak penganjur telah memasang sistem penghawa dingin sepenuhnya di setiap stadium yang akan digunakan nanti.

Menariknya sistem penghawa dingin yang terletak di hadapan tempat duduk dan tepi padang ini menggunakan teknologi canggih – melibatkan penggunaan tenaga solar dan dibangunkan sendiri oleh Universiti Qatar.

Individu yang menjadi tulang belakang sistem ini adalah Dr. Saud Abdulaziz Abdul Ghani, yang merupakan seorang Professor di Koleh Kejuruteraan di universiti tersebut.

Bukan sekadar penghawa dingin

Apa yang dibina oleh Dr Saud dan pasukannya sebenarnya melebihi sistem penghawa dingin.

“Kami bukan sahaja mahu memastikan udara sejuk. Kami juga membersihkannya,” jelas beliau dalam satu temubual bersama FIFA.com.

“Sistem ini turut menapis udara bersih untuk penonton yang hadir [menyaksikan perlawanan]. Sebagai contoh mereka yang memiliki alahan tidak akan berhadapan masalah di dalam stadium kerana mereka akan bernafas di dalam persekitaran udara yang sangat bersih [di dalam stadium.

“Udara sejuk akan disalurkan melalui saluran udara yang dibina pada tempat duduk, selain serombong yang ada di tepi padang. Dengan menggunakan teknik kitaran [udara] ini, udara bersih dan sejuk disalur kembali ke dalam stadium selepas proses penyejukan dan tapisan.

“Perkara terpenting ialah untuk menyejukkan udara secara efektif dan anda tidak mahu udara dari luar memasuki stadium. Disebabkan itulah saiz dan rekaan stadium harus dikaji dan diubahsuai supaya ia boleh menghalang udara panas memasuki ruangan dalam.”

Qatar sudah bersedia

Qatar kini mengumumkan telah bersedia sepenuhnya untuk penganjuran Piala Dunia.

Undian penentuan kumpulan turut telah diadakan pada Jumaat lalu, dan Senegal akan berhadapan dengan Belanda di Stadium Al Thumama pada 21 November sebagai perlawanan pembukaan.

England turut akan turun beraksi pada hari pertama kejohanan buat kali pertama sejak 1966, dan akan berhadapan Iran di Stadium Antarabangsa Khalifa.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN