’12 Pemain Atas Padang’ – Kemenangan Mungkin Dibatalkan, Bayern Munich Salahkan Pengadil

Bayern 12 Pemain

Bayern Munich mungkin berdepan hukuman selepas berlaku insiden menurunkan 12 pemain untuk tempoh beberapa saat ketika mencatat kemanangan 4-1 ke atas Freiburg dalam aksi Bundesliga pada Sabtu.

Kontroversi tersebut berlaku di Stadium Euro-Park apabila Bayern membuat pertukaran pemain pada minit ke-85.

Pengurus The Bavarian, Julian Nagelsmann telah memasukkan Niklas Sule dan Marcel Sabitzer. Dengan sepatutnya dua pemain juga yang digantikan, hanya Corentin Tolisso sahaja yang keluar sementara Kingsley Coman pula terus kekal di atas padang apabila permainan bersambung.

Selepas beberapa saat, pihak lawan kemudiannya menegur pengadil perlawanan bahawa Bayern sedang beraksi lebih dari 11 orang pemain.

“Kami segera memberitahu pengadil bahawa Bayern mempunyai lebih 11 orang pemain di atas padang. Pelik sungguh, sebelum ini saya tak pernah lihat kejadian seperti itu,” ujar pengarah Freiburg, Jochen Saier yang ditemubual selepas perlawanan.

Saier mengesahkan pihaknya akan mengemukakan aduan rasmi kepada pihak pengurusan Bundesliga yang pastinya memberi masalah kepada Bayern yang kini sedang mendahului liga dengan kelebihan sembilan mata mengatasi pencabar terdekat Borussia Dortmund.

Bagaimanapun Nagelsmann bertindak mempertahankan pasukannya kerana kesilapan sebenarnya dilakukan oleh pegawai perlawanan keempat yang tidak memaparkan nombor 11 yang digunakan Coman.

“Pegawai keempat menunjukkan nombor yang salah, jadi Kingsley Coman tidak keluar. Ini bukannya benda besar pun,” ujar jurulatih berusia 34 tahun itu.

Menurut beberapa media di Jerman, kemenangan Bayern itu mungkin dibatalkan dan berlaku penolakan tiga mata berdasarkan perenggan 17 artikel 4 dalam Peraturan Persatuan Bola Sepak Jerman.

Dalam pada itu, pengadil perlawanan dalam responnya mengakui terdapat kesilapan dari pihaknya dan menyerahkan kepada pihak DFB untuk membuat keputusan.

“Ia situasi yang agak mengelirukan apabila Bayern Munich membuat dua pertukaran setentak. Pada mulanya terdapat kesalahan nombor yang dipaparkan, mungkin itulah sebabnya Coman tidak keluar kerana dia memakai nombor 11.

“Jadi terdapat 12 orang pemain di atas padang dalam tempoh beberapa saat dan ia memang tak patut berlaku. Sebaik sahaja menyedarinya kami terus menghentikan permainan.

“Ia memang agak memalukan bagi kami sendiri kerana kami sedar perkara ini akan menjadi tumpuan. Kami telah masukkan insiden ini dalam laporan perlawanan. Tiada gol yang dijaringkan dalam tempoh itu. Kami mengambil maklum tetapi ia akan diputuskan oleh pihak DFB.”

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN