Senarai Akhir Pembida Chelsea Untuk Dipertimbangkan, Ada Yang 3 Kali Lebih Kaya Daripada Abramovich

Tempoh bidaan untuk menjadi pemilik baharu Chelsea dilaporkan tamat pada Jumaat lalu. Berikut adalah senarai akhir mereka yang dipercayai membida untuk mendapatkan pemilikan baharu Chelsea daripada Roman Abramovich.

Bernard Antwi Boasiako – £7.7 juta

Dikenali sebagai usahawan di dalam industri perlombongan emas, Antwi Boasiako mengesahkan minatnya untuk mendapatkan Chelsea pada awal minggu lalu.

Menurut Football.Londong, Boasiako memiliki kekayaan bernilai £7.7 juta melalui perusahaan emas dan perladangan yang diceburinya.

Walaupun jauh daripada kekayaan yang beliau miliki, tanda harga £3 billion masih tidak membuatkan Boasiako gentar membuatkan tawaran.

Niatnya adalah untuk meneruskan legasi yang ditinggalkan Didier Drogba dan Michael Essien di Stamford Bridge.

Nick Candy – £1.5 billion

Nick Candy merupakan seorang penyokong setia Chelsea dan sedang membentuk sebuah konsortium untuk membeli Chelsea sebelum tarikh tutup bidaan pada Jumaat lalu.

Merupakan seorang usahawan di dalam bidang hartanah, Candy dianggap memiliki kekayaan bernilai £1.5 billion.

Candy berkongsi kekayaan dengan rakan niaga yang merupakan abangnya, Christian dan kedua-duanya telah merekrut legenda The Blues, Gianluca Vialli dalam usaha menjayakan bidaan.

Merupakan pemegang tiket bermusim, Candy dilihat hadir menyaksikan Chelsea menewaskan Newcastle United 1-0 baru-baru ini.

Saudi Media Group – £1.7 billion

Nilai kekayaan Saudi Media Group tidak dapat dipastikan, tetapi Mohamed Alkhereiji yang mengetuai konsortium tersebut dikatakan memiliki kekayaan bernilai £1.7 billion.

Alkheriji dan Saudi Media Group dilaporkan sudah menyerahkan bidaan bernilai £2.7 billion untuk mendapatkan Chelsea pada minggu lalu, dan bidaan tersebut turut mendapat sokongan Mohammed bin Khalid Al Saud.

Penglibatan Khalid Al Saud setakat ini tidak melibatkan perkara berkaitan kewangan. Tetapi anggota keluarga Diraja Saudi itu dikatakan memiliki kekayaan bernilai £1.19 trillion.

Agaknya apakah tujuan Khalid Al Saud memberikan sokongan kepada Saudi Media Group?

Woody Johnson – £4.2 billion

Bekas duta Amerika Syarikat ke UK, Woody Johnson dilaporkan memiliki kekayaan bernilai £4.2 juta. Bloomberg baru-baru ini melaporkan beliau sedia untuk melabur sebanyak £2 billion untuk membida Chelsea.

Merupakan waris kepada jenama Johnson & Johnson, Woody Johnson adalah rakan kepada Donald Trump dan merupakan pemilik New York Jets di NFL sejak 2000.

Johnson berharap hubungan beliau bersama Kota London selama ini dapat membantu beliau memenangi pengambilalihan Chelsea.

Antony Ressler – £4.2 billion

Pemilik Atlanta Hawks, Anthony Ressler adalah antara calon terbaru untuk menjadi pemilik baharu Chelsea pada minggu lalu selepas beberapa siri perbincangan diadakan.

Menurut laporan media di UK, Ressler memiliki kekayaan bernilai £4.2 billion, dan perbincangan bersama Raine Groups – syarikat kounsultasi kewangan dilantik Abramovich untuk mencari pemilik baharu Chelsea – telah mengambil tempat di Memphis, Amerika Syarikat.

Ressler mempunyai rekod menarik di dalam bidang sukan selepas pelaburang bersama Hawks di NBA, dan juga kelab milik David Beckham di MLS, Inter Miami.

Muhsin Bayrak – £8.3 billion

Muhsin Bayrak adalah antara calon pemilik baharu yang sangat vokal untuk membeli Chelsea. Malah usahawan dari Turki ini turut mendakwa beliau sangat hampir untuk mencapai persetujuan untuk mendapatkan kelab itu – sebelum semua aset Abramovich dibekukan.

Merupakan nama besar di dalam industri pembinaan dan pelaburan, Bayrak dipercayai telah berbincang secara terus bersama Abramovich untuk membeli kelab London itu.

Bayrak yang merupakan pengerusi AB Group Holding dipercayai memiliki kekayaan bernilai £8.3 billion.

Todd Boehly dan Hansjorg Wyss – £8.9 billion

Todd Boehly dan Hansjorg Wyss adalah antara nama awal yang dikaitkan dengan pengambilalihan Chelsea selepas Anramovich mengesahkan akan melepaskan pemilikannya di Stamford Bridge.

Kedua-dua usahawan tersebut dipercayai antara individu yang dijemput Abramovich sendiri untuk melakukan bidaan. Sejak daripada itu, kedua-duanya telah mewujudkan sebuah konsortium untuk tujuan tersebut.

Memiliki kekayaan bernilai £8.9 billion jika digabungkan, gandingan kedua-duanya dilihat sebagai calon terbaik untuk terus memberikan dana untuk dibelanjakan Chelsea pada masa hadapan.

Ken Griffin & Keluarga Ricketts – £24.4billion

Gandingan Ken Griffin dan Keluarga Ricketts – kerjasama terbaru yang mahu membida Chelsea – dipercayai merupakan pemilik dengan kekayaan tertinggi sekiranya mereka memenangi bidaan.

Menurut Forbes, Griffin yang merupakan seorang pelabur di Wall Street memiliki kekayaan bernilai £21 billion. Manakala keluarga Ricketts uang memiliki Chicago Cubs pula dinilai pada £3.4 billion.

Ini menjadikan gabungan kedua-duanya memiliki kekayaan sebanyak £24.4 billion. Sekiranya berjaya mendapatkan Chelsea, antara perkara yang dijangka akan dilakukan ialah pembinaan semula Stamford Bridge. Perkara sama telah dilakukan oleh Ricketts kepada arena milik Chicago Cubs, Wringley Field.

Malah kekayaan kedua-dua mereka dipercayai melangkaui kekayaan milik pemilik Manchester City, Sheikh Mansour yang mempunyai kekayaan £22 billion., dan tiga kali lebih besar daripada kekayaan Abaramovich.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN