Antonio Rudiger Setuju Sertai Juventus Musim Depan, Bakal Peroleh Gaji RM30.2 juta Setahun

Antonio Rudiger Juventus

Media Itali melaporkan Juventus telah berjaya mendapatkan Antonio Rudiger secara percuma selepas pemain tersebut meninggalkan Chelsea sebaik sahaja kontraknya tamat pada musim panas ini.

Usaha Chelsea untuk mengekalkan Rudiger di Stamford menemui jalan buntu selepas pemain pertahanan Jerman tersebut menuntut untuk menjadi salah seorang pemain dengan gaji tertinggi di kelab.

Real Madrid, Paris Saint-Germain (PSG) dan Barcelona semuanya berminat untuk mendapatkan Rudiger, tetapi menurut Gazette dello Sport, Juventus telah memenangi perlumbaan mendapatkan tandatangan pemain berusia 29 tahun itu.

Menurut laporan, beliau telah menandatangani kontrak jangka panjang selama empat tahun dan bakal menerima gaji tahunan sekitar €6.5 juta (RM30.2 juta).

Laporan itu juga menyebut, Juventus juga sedang memancing seorang lagi pemain penting The Blues, Jorginho yang kontraknya akan tamat pada musim panas 2023.

Rudiger bukanlah asing di pentas Serie A di mana beliau pernah beraksi bersama Roma selama dua musim sebelum disambar Chelsea pada 2017 dengan harga £29 juta.

Lima tahun bersama Chelsea, beilau telah membuat 190 penampilan dan mengumpul sejumlah kejuaraan termasuk Piala FA, Liga Europa (UEL), Liga Juara-Juara Eropah (UCL), Piala Super Eropah dan Piala Kelab Dunia FIFA.

Meskipun sedikit ‘tenggelam’ ketika Frank Lampard mengendalikan pasukan, beliau kembali menjadi pemain penting sejak ketibaan Thomas Tuchel,

Dengan pelbagai isu dan masalah sedang melanda Chelsea ketika ini disebabkan sekatan yang dikenakan ke atas pemilik Roman Abramovich, mungkin sedikit sebanyak ia mendorong Rudiger untuk mencari haluan baharu.

Jika diimbas kembali kepakaran Juventus dalam mendapatkan pemain-pemain berkualiti secara percuma sememangnya cukup mengagumkan.

Antaranya adalah Fabio Cannavaro, Andrea Pirlo, Paul Pogba, Kingsley Coman, Sami Khedira, Dani Alves, Emre Can, Aaron Ramsey dan Adrian Rabiot.

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN