Sah! Akhirnya perjuangan penyokong bola sepak Inggeris yang tak mahu pasukan B Premier League bertanding dengan satu liga bersama kelab bawahan berhasil!
Keputusan ini ternyata akan menggembirakan majoriti para peminat bola sepak di England terutama jika kelab kesayangan mereka beraksi di English Football League (EFL).
Ingin tambah jumlah pasukan dari 72 kepada 100
Sebelum ini, EFL telah merancang untuk membesarkan liga mereka bermula dari musim 2019-2020.
Misi EFL adalah ingin mewujudkan liga yang terdiri 100 buah kelab berbanding 72 buat kelab yang buat masa sekarang bermain di EFL.
Mereka juga ingin mewujudkan League 3, iaitu liga di bawah League 2 tetapi di atas liga pasukan semi pro dan amatur, National League.
Bawa Celtic dan Rangers?
Sebagai langkah untuk menambah pasukan menjadi 100 pasukan, mereka ingin menjemput pasukan dari luar negara seperti dari Scotland dan pasukan bawah-21 tahun dari Premier League.
EFL ingin menjemput dua kelab utama Scotland – Celtic dan Rangers – beraksi di England tetapi menetapkan syarat agar dua kelab tersebut perlu bermula dari League 3.
Hasil daripada sebuah mesyuarat oleh EFL pada Khamis (22 September 2016). Mereka telah mencapai kata putus untuk tidak akan membawa pasukan dari luar England menyertai EFL.
Selain daripada itu, EFL juga membuat keputusan untuk tidak membawa pasukan bawah-21 tahun Premier League ke liga kelolaan mereka.
Namun begitu, kelab dari Wales seperti Cardiff City dan Port Vale masih boleh beraksi dalam EFL.
Membawa pasukan National League ke EFL
Sebagai langkah alternatif, EFL mengambil keputusan untuk membawa kelab-kelab amatur dan semi pro England dari National League untuk bermain di EFL bermula pada musim 2019/2020.
Namun begitu, perbincangan penuh teliti perlu dilakukan agar keputusan membawa kelab-kelab dari National League akan membawa kebaikan kepada kedua-dua pihak.
Menurut ketua eksekutif EFL Shaun Harvey, menjemput pasukan dari National League adalah keputusan terbaik.
“Keputusan paling logik untuk menambah pasukan adalah menjemput pasukan dari National League.”
“Kita akan berbincang dengan mereka lebih lagi agar mereka faham mengapa perubahan liga ini akan memberi manfaat kepada mereka.”
Perubahan juga akan menyaksikan Johnstone Paint Trophy (kini dikenali sebagai Checkstrade Cup) akan kembali ke format asal.
Sebelum ini, Checktrade Cup disertai oleh kelab dari League 1 dan League 2 sahaja dengan tujuan untuk “memberi peluang kepada pasukan kecil beraksi di Wembley”.
Namun pada musim ini, format kejohanan tersebut diubah dengan penyertaan oleh 16 pasukan dari akademi kelas 1 yang terdiri dari akademi kelab dari Premier League dan Championship.
Perubahan format yang dilakukan atas kapasiti ‘percubaan’ ini mendapat tentangan melampau dari peminat bola sepak di England.
Mahu wujudkan cuti musim sejuk di England
Bagaimanapun keputusan akhir bagaimana format EFL akan digunakan pada musim 2019/2020 akan diketahui pada Jun 2017.
Hal ini kerana pada bulan tersebut semua kelab yang berada di dalam EFL akan menentukan hala tuju liga mereka di masa hadapan.
Antara isu utama yang bakal merubah struktur liga adalah kewujudan liga berasaskan daerah untuk liga bawahan.
Selain daripada itu EFL bercadang untuk mewujudkan cuti musim sejuk dan mewujudkan liga 20 pasukan untuk setiap divisyen berbanding liga 24 pasukan yang dipakai sekarang.
Dan isu yang paling utama adalah bagaimana wang agihan akan diberikan kepada setiap kelab di EFL.
Mereka mahukan wang diagihkan sama rata serta kompetitif agar mereka boleh bersaing dengan kelab-kelab di Premier League.
“Kami akan terus berbincang dengan Premier League untuk terus mencapai matlamat kami dalam meningkatkan wang agihan setiap kelab EFL.”
“Selepas ini juga kami akan berdialog dengan wakil dari penyokong serta pemengang saham dalam kelab yang melabur untuk kelab mereka diberi peluang untuk memberi pandangan mereka juga.”
Baca juga: English Football League Pertimbang Kemasukan Celtic & Rangers, Tetapi Perlu Bermula Dari League 3