CAS Kekalkan Penggantungan UEFA Terhadap Pasukan Rusia Walaupun Semasa Proses Perbicaraan Berjalan

Rusia CAS UEFA

Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) mengekalkan penggantungan Kesatuan Persekutuan Bola Sepak Eropah (UEFA) ke atas pasukan-pasukan dari Rusia daripada mengambil bahagian dalam sebarang kejohanan walaupun semasa perbicaraan sedang berjalan.

UEFA dan FIFA telah bersama-sama memutuskan bahawa semua pasukan dari Rusia sama ada kelab atau pasukan kebangsaan digantung daripada menyertai mana-mana pertandingan di bawah badan induk berkenaan sehingga notis selanjutnya ekoran serangan Moscow ke atas Ukraine.

Kesatuan Bola Sepak Rusia (RFU) telah mengemukakan rayuan kepada  CAS, namun Presiden bahagian Timbang Tara Rayuan telah menolak permohonan tersebut dan mengekalkan penggantungan sehingga pihaknya memberikan keputusan akhir bagi kes berkenaan.

“Keputusan sukar ini kekal berkuat kuasa dan semua pasukan dan kelab dari Rusia akan terus dilarang dari menyertai mana-mana pertandingan di bawah UEFA,” ujar CAS dalam kenyataan rasminya.

Perkembangan ini bermakna Spartak Moscow tidak dibenarkan untuk beraksi dalam perlawanan pusingan 16 Liga Europa (UEL) berdepan RB Leipzig, maka kelab Jerman berkenaan akan mara ke peringkat suku akhir secara automatik.

Namun keputusan berkenaan hanya melibatkan aksi UEFA memandangkan Rusia masih berusaha untuk mengetepikan penggantungan FIFA yang melarang meraka daripada beraasi di pusingan kelayakan Piala Dunia pada hujung bulan ini.

“Permintaan untuk menangguhkan keputusan FIFA untuk tempoh Prosiding CAS ini mungkin akan dikeluarkan selewat-lewatnya pada akhir minggu ini,” tambah kenyataan itu.

Rusia dijadualkan menerima kunjungan Poland dalam aksi kelayakan Piala Dunia pada 24 Mac ini. Sekiranya Rusia kekal digantung pada waktu tersebut, mereka bakal terlepas tiket ke Piala Dunia Qatar pada November akan datang.

FA Poland pula telah mengeluarkan kenyataan mereka enggan beraksi berdepan pasukan Rusia, begitu juga dengan Republik Czech dan Sweden yang berada dalam kumpulan yang sama di pusingan kelayakan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN