Piala FA: Mengenang ‘Double Hatrick’ Abdul Manaf Mamat Yang Padamkan Rekod Matlan Marjan

Mulai diperkenal sejak 1990, pertandingan Piala FA Malaysia mempunyai nilai sejarah dan rekod unik yang turut mempunyai daya tarikan tersendiri. Sebagai contoh, Selangor FA adalah pasukan yang paling kerap bergelar juara setelah muncul pemenang di dalam lima edisi pertandingan.

Sime Darby merupakan pasukan badan koporat atau kelab pertama yang mara ke perlawanan akhir – sebelum JDT muncul sebagai pasukan pertama berstatus kelab bergelar juara selepas mengecewakan PKNS FC.

Pada 2018 pertandingan ini mencipta sejarah apabila 16 pasukan amatur dibenarkan mengambil bahagian. Pertandingan Piala FA Malaysia pada musim ini menjadi lebih unik selepas Malaysian Football League (MFL) menambah pembabitan pasukan amatur kepada 38 pasukan.

14 daripada pasukan tersebut adalah dari Liga M3. Manakala 24 pasukan lagi adalah dari kalangan pasukan-pasukan yang bertanding di Liga M4. Setiap pasukan ini perlu menempuh pusingan kelayakkan sebelum mara ke peringkat seterusnya.

Sumber: MFL

Malang sekali sudah dua musim Piala fA terpaksa dibatalkan akibat pandemik, dan musim 2022 menyaksikan kemeriahan pertandingan ini dirasai kembali.

Piala FA 2022

Seperti mana pada 2018 dan 2019, pertandingan Piala FA 2022 terus melihat penyertaan kelab amatur. ini memungkinkan kelab amatur berhadapan dengan gergasi bola sepak tanah air seperti JDT, Kedah Darul Aman FC, atau pun Terengganu FC di pusingan awal pertandingan.

Pesta gol Johor Darul Ta’zim (JDT) menewaskan wakil Liga M3, kelab Budak Rumah Murah (BRM) FC dengan keputusan 10-0 malam tadi adalah kemenangan terbesar yang direkodkan pada musim ini setakat ini.

Kemenangan terbesar di dalam sejarah pertandingan pula direkodkan pada musim 2019 oleh Batu Dua FC yang dikenali sebagai Harini FC selepas penjenamaan semula.

Batu Dua FC

Salah sebuah pasukan yang turut bertanding di Piala FA pada musim 2018 ialah Batu Dua FC.

Kelab yang berpengkalan di Kuala Selangor dan bertanding di Liga Selangor itu mencatat sejarah tersendiri dalam pertandingan ini apabila merekodkan kemenangan 17-1 ke atas Rawang FC.

Perlawanan tersebut diadakan di Stadium Majlis Perbandaran Ampang Jaya pada malam tadi.

Piala FA Malaysia belum pernah merekodkan keputusan menang dengan jaringan mencecah dua angka sejak 2001.

Pada ketika itu, Melaka (kini Melaka United) telah berjaya mengatasi Za’ba Terengganu di pusingan pertama dengan keputusan 13-0.

Sumber: Batu Dua FC

Keputusan akhir perlawanan yang telah berlangsung secara timbal balik itu menyaksikan Melaka menang dengan agregat 25-1 selepas mereka menang sekali lagi aksi di laman sendiri dengan keputusan besar 12-1.

Musim 2018 Melaka United membelasah Southern FC 7-0, manakala Kuantan FA turut merekodkan jumlah jaringan yang sama ketika membelasah Axis di pusingan kedua pertandingan.

Maka kemenangan 17-1 Batu Dua FC terhadap Rawang City masih lagi diiktiraf sebagai kemenangan terbesar yang pernah direkodkan di dalam pertandingan ini.

‘Double Hatrik’ Manaf Mamat

Menariknya perlawanan yang menampilkan 18 gol tersebut turut menyaksikan bekas penyerang pasukan negara, Abdul Manaf Mamat menjadi wira Batu Dua FC

Pemain berusia 31 tahun itu meledak enam gol untuk satu lagi rekod pertandingan.

Selepas menyempurnakan penalti pada minit ke-4, Abdul Manaf Mamat  menambah lima lagi gol iaitu pada minit ke-9′, 45′, 57′, 67′ (penalti) dan minit ke-84′.

FOTO: Batu Dua FC

L’Imam Seydi dan Mohd Rizua Syafiq pula menjaringkan tiga gol, masing-masing pada minit ke-14, 36′ dan 65′ serta minit ke-52′, 70′, 81′.

Lima lagi gol Batu Dua FC dijaringkan oleh Mohd Fakhrurazi Musa pada minit ke-33, Badrul Hisyam Morris (42′), Mohd Faizal Abdul Aziz (44′), Mohd Izzad (76′) dan Azidan Sarudin pada minit ke-79 manakala gol tunggal pasukan tuan rumah dijaringkan oleh Zhafiran Ahmad Zamri pada minit ke-30.

Rekod jaringan peribadi

Untuk rekod, jaringan terbanyak oleh seorang pemain di dalam satu perlawanan Piala FA Malaysia sebelum ini dihasilkan oleh Matlan Marjan pada 1995.

Pada ketika itu lima gol yang dihasilkan Matlan membantu Sabah membelasah Perlis 6-1.

Pasukan dari Borneo itu turut muncul juara Piala FA pada musim tersebut selepas menewaskan Pahang 3-1 di perlawanan akhir.

Rekod oleh Matlan bagaimanapun disamakan oleh penyerang MOF FC, Fakhrullah Rosli pada tahun lalu ketika pasukan milik Kementerian Kewangan itu menewaskan CNA 6-0 di pusingan pertama pertandingan.

Dari Terengganu ke Batu Dua

Abdul Manaf Mamat pernah membantu Terengganu menjuarai Piala FA pada 2011, dan merupakan sebahagian daripada anggota skuad negara yang memenangi pingat emas di Sukan SEA 2009.

Turut pernah beraksi bersama Kelantan dan Kuala Lumpur selepas meninggalkan Terengganu, beliau kemudiannya menyertai Marcerra United atau turut dikenali sebagai Kuantan FA pada musim lalu.

Dipalit kemelut kewangan dan tunggakan pembayaran gaji pemain, Manaf Mamat terpaksa meninggalkan pasukan tersebut sebelum menyertai Batu Dua FC pada ketika itu.

Ia semestinya adalah satu rekod yang sukar digugat oleh mana-mana pasukan dan pemain selepas ini. Selamat maju jaya buat Batu Dua FC dan Manaf Mamat untuk cabaran di pusingan seterusnya. Inilah yang digelar sebagai magis Piala FA!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN