‘Debat’ Kemenangan Terbesar Dalam Sejarah Piala FA Berakhir Dengan Keputusan Pasukan ‘Scam’

kemenangan terbesar Piala FA Batu Dua FC

Pesta gol Johor Darul Ta’zim (JDT) menewaskan wakil Liga M3, kelab Budak Rumah Murah (BRM) FC dengan keputusan 10-0 malam tadi merupakan antara kemenangan terbesar dalam sejarah saingan Piala FA ketika ini.

Begitupun ia bukanlah yang terbesar. Pada awalnya, wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam difahamkan yang keputusan aksi malam tadi itu adalah yang terbesar mengatasi keputusan Kelantan United menang 8-0 ke atas MPKJ FC pada edisi 2019. Begitupun, sebuah laman Twitter, MahaBolaMy tampil memperbetulkannya.

Ciapan Zulhelmi Zainal Azam Piala FA 2022

Menurut MahaBolaMy, kemenangan terbesar dalam sejarah Piala FA tercipta pada edisi 2001 di mana Melaka (kini Melaka United) telah berjaya mengatasi Za’ba Terengganu di pusingan pertama dengan keputusan 13-0.

Keputusan akhir perlawanan yang telah berlangsung secara timbal balik itu menyaksikan Melaka menang dengan agregat 25-1 selepas mereka menang sekali lagi aksi di laman sendiri dengan keputusan besar 12-1.

Begitupun, pembetulan yang dibuat oleh MahaBolaMy itu telah dibetulkan pula oleh pemilik akaun Twitter, @shkrshdn1 kemudian. Katanya, kemenangan terbesar dalam sejarah Piala FA bukanlah 13-0 tetapi adalah pada edisi 2019 iaitu kemenangan 17-1 Batu Dua FC ke atas Rawang City FC di pusingan kelayakan Piala FA.

MahaBolaMy Piala FA 2022

kemenangan terbesar dalam sejarah Piala FA

‘Debat’ kemenangan terbesar itu menyaksikan setakat ini, @shkrshdn1 telah berjaya membetulkan fakta yang sedikit tersilap oleh Zulhelmi Zainal Azam. Inilah masalahnya apabila tiada data konkrit untuk situasi sebegini.

Dan, satu perkara yang menarik adalah apabila Batu Dua FC yang melakar sejarah kemenangan terbesar dalam sejarah Piala FA setakat ini merupakan pasukan ‘scam’. Selepas dijenamakan semula, mereka kini dikenali sebagai Harini FT – kelab yang dibelasah Selangor FC dalam aksi pusingan pertama dengan keputusan 6-0.

Pemain import dari Serbia, Ljubo Baranin pernah mendedahkan ‘scam’ terbesar Batu Dua FC pada 2019, di mana ketika itu mereka melalui masalah tunggakan gaji serta beliau telah diberikan cek tendang oleh pihak pengurusan. Beliau turut dihalang membuat kenyataan tentang situasi pasukan yang bersaing di Liga M3 itu.

Jadi, pasukan mana sebenarnya telah melakar rekod kemenangan terbesar dalam sejarah kejohanan tersebut?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN