“Pengadil Kita Kena Selalu Ditunjukkan Perlawanan Luar Negara” – Datuk M Karathu

Walaupun baru satu perlawanan Liga Super berlangsung, sudah ada kedengaran mengenai isu kualiti pengadil yang dilihat sangat meragukan dan dilihat berada di tahap yang rendah. Maka, tidak hairan mengapa isu melengah-lengahkan dalam perlawanan telah dibangkitkan oleh Tunku Ismail Sultan Ibrahim  selaku pemilik kelab Johor Darul Takzim baru-baru ini.

Kenyataan yang dikeluarkan TMJ itu nyata disokong oleh bekas pengendali Kelantan, Datuk M Karathu yang berpendapat beliau tidak terkejut dengan perkara yang dibangkitkan tersebut setelah melihat sendiri aksi pemain Penang yang melengah-lengahkan permainan hampir setengah jam dalam perlawanan sehingga menyebabkan pemilik JDT itu berang.

Menurut beliau, segelintir pengadil dalam negara perlu dididik serta diberi pendedahan yang meluas dengan diberi peluang melihat aksi pengadil luar negara mengendalikan situasi-situasi sukar dalam sesuatu perlawanan.

“Kalau di luar negara, pengadil mereka ada kualiti dan mutu yang ditunjukkan cukup tinggi. Pengadil kita kena selalu ditunjukkan perlawanan-perlawanan luar negara supaya mereka boleh belajar dan ikut.

“Kalau melambat-lambatkan permainan lagi lima atau empat minit sebelum tamat, saya fikir itu perkara biasa dalam bola sepak, malah sejak dulu lagi begitu.

“Tapi kalau ada masa banyak, ada 30 minit atau 20 minit lagi, saya fikir pengadil boleh guna budi bicara untuk menambah masa. Keadaan itu tidak baik untuk bola sepak dan ia juga merosakkan keseronokan dalam sukan bola sepak.

“Sepatutnya ia tidak boleh jadi begitu, di sinilah kualiti pengadil dilihat dan kena adil buat pasukan yang tidak mengamalkan corak permainan lambat sebegitu,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Berdasarkan beberapa laporan pengamal media semalam, Tunku Ismail telah mengkritik secara terbuka mengenai gaya permainan yang dipamerkan oleh Penang setelah anak buat Tomas Trucha itu dilihat melengah-lengahkan aksi sehingga statistik permainan juga menunjukkan JDT hanya beraksi selama 46 minit sahaja secara keseluruhan daripada 90 minit waktu sebenar dengan baki 44 minit lagi hanya terbuang begitu sahaja.

Menurut M. Karathu, setiap jurulatih perlu memberi pengajaran yang betul buat para pemain dalam setiap perlawanan.

“Jurulatih kena terapkan falsafah yang betul. Pemain hanya ikut arahan, tetapi jurulatih yang bertanggungjawab.

“Apa yang disuarakan Tunku Ismail saya setuju dan pengadil kita kena bijak dan berani buat keputusan mengikut keadaan semasa perlawanan,” katanya.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN