Rangnick: “Dah Ronaldo Tak Boleh Main, Takkan Saya Nak Paksa?”

Ralf Rangnick

Kekalahan memalukan Manchester United kepada Manchester City semalam telah mengundang jutaan kritikan kepada kelab tersebut apabila tewas kepada jiran tetangga.

Keputusan tewas 4-1 itu memberikan kelebihan kepada City untuk menjarakkan diri dengan Liverpool di puncak liga dengan enam mata.

Sementara kekalahan United memberikan laluan kepada Arsenal untuk memintas mereka ditangga keempat walaupun The Gunners bermain kurang tiga perlawanan.

Kekalahan memalukan tersebut menimbulkan reaksi kurang senang mereka-mereka yang pro-United termasuklah penganalisis Sky Sports iaito Roy Keane.

Keane jelas sekali mengecam tindakan pengendali sementara United, Ralf Rangnick yang tidak menurunkan pemain seperti Cristiano Ronaldo.

“Kita bercakap mengenai pemain yang ibarat mesin seperti Ronaldo yang begitu jarang cedera.”

Menurut Rangnick, keputusan untuk tidak membawa Ronaldo ke Etihad adalah kerana pemain itu mengalami kecederaan fleksor pinggul.

Namun begitu, Keane tidak begitu percaya dengan apa yang dilaporkan.

Takkan nak paksa juga?

Menjawab bidasan yang diberikan oleh Keane kepadanya, Rangnick menegaskan yang keputusan untuk tidak menurunkan Ronaldo adalah disebabkan beliau mengambil berat nasihat dari pasukan perubatan United.

Malah, Rangnick juga tidak mahu memaksa Ronaldo bermain kerana yakin pemain itu tidak mampu untuk berikan yang terbaik.

“Doktor perubatan datang kepada saya pada Jumaat pagi dan mengatakan kepada saya yang Ronaldo tidak boleh berlatih kerana ada masalah di fleksor pinggulnya.”

“Dan perkara itu benar terjadi pada Sabtu dan beliau tidak boleh menjadi sebahagian daripada skuad.”

Rangnick mengakui kecewa dengan situasi tersebut tetapi apa yang boleh beliau lakukan bukan? Redha sajalah.

“Apa boleh buat bila jadi macam tu? Memang mengecewakan.”

“Jika pemain bagitahu doktor dan jabatan perubatan yang mereka cedera dan tidak boleh main, sebagai pengurus kita kena terima.”

“Saya tak boleh paksa mereka bermain kerana mereka mengalami kecederaan.”

Selain Ronaldo, Rapahel Varane, Edinson Cavani dan Luke Shaw antara pemain yang tidak bawa menentang City akibat kecederaan dan Covid-19.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN