Liverpool pada ketika ini sedang dalam usaha mereka untuk memburu gelaran treble, selepas kejayaan mereka menjuarai saingan Carabao Cup kemarin.
Anak-anak buah Jurgen Klopp itu berjaya menewaskan Chelsea pada hujung minggu baru-baru ini, untuk menjulang gelaran League Cup kesembilan dalam sejarah mereka.
Perlawanan akhir antara Liverpool bertemu Chelsea tidak dinafikan lagi sememangnya antara perlawanan yang sangat menarik untuk disaksikan.
🆕 Liverpool scaling new heights in vital statistic that can give them edge over Man City #LFC
✍️ | @BassTunedToRedhttps://t.co/UbU2afvKOy
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) March 2, 2022
Bahkan ada peminat yang menganggap aksi perlawanan akhir Carabao Cup itu lebih menarik berbanding aksi perlawanan akhir saingan Champions League sejak beberapa musim kebelakangan ini.
Liverpool berjaya menewaskan Chelsea dengan keputusan 11-10 menerusi aksi penentuan sepakan penalti, dengan Kepa Arrizabalaga merupakan satu-satunya pemain yang gagal menyempurnakan sepakan penalti itu dari 22 pemain yang terlibat.
Juara 19 kali gelaran Liga Perdana Inggeris itu tidak dinafikan sedang berada di tahap persembahan terbaik mereka pada ketika ini.
Mereka kini masih berpeluang untuk menjuarai saingan Champions League, FA Cup dan turut berpotensi untuk mencabar Manchester City dalam perebutan gelaran Premier League.
Selepas berjaya memenangi Piala pertama pada musim ini, The Reds sepertinya semakin bersemangat untuk memburu kesemua Piala lain yang berpotensi untuk mereka menangi.
Buat pertama kalinya sepanjang karier Jurgen Klopp di Anfield, beliau berminat untuk mencabar kejuaraan domestik yang lain, dengan pengurus dari Jerman itu sebelum ini hanya memberi tumpuan kepada gelaran liga dan Champions League sahaja.
https://twitter.com/AnfieldWatch/status/1498786858029002754?t=aI0wIDwvMe3g4biN0WyRUg&s=19
Liverpool tidak dinafikan sememangnya agak berjaya di bawah kendalian Jurgen Klopp, dengan mereka sebelum ini pernah menjulang gelaran Champions League, Super Cup, FIFA Club World Cup dan Premier League.
Bekas pengurus Borussia Dortmund itu sebelum ini teruk dikritik kerana beliau dianggap memandang rendah pada gelaran League Cup dan FA Cup.
Walau bagaimanapun, pada musim ini, kritikan itu mungkin tidak akan dilemparkan lagi kepadanya, dengan Carabao Cup menjadi bukti beliau turut berminat untuk memenangi gelaran domestik kali ini.
Skuad depth Liverpool pada ketika ini juga nampak sangat cemerlang dan membolehkan mereka untuk bersaing dalam semua pertandingan.
Liverpool pada musim ini hanya mencatatkan dua kekalahan sahaja dari semua pertandingan, dan kini mereka sedang mencipta rekod sembilan kemenangan secara berturut-turut.
Berikut merupakan lima sebab mengapa Liverpool berpotensi memenangi gelaran treble pada musim ini.
🔴 𝐌𝐀𝐓𝐂𝐇𝐃𝐀𝐘 🔴
We're back at Anfield for our @EmiratesFACup fifth round tie against Norwich City ✊#WalkOn | #LIVNOR pic.twitter.com/XKDbjQZSgW
— Liverpool FC (@LFC) March 2, 2022
5) Sedang beri tekanan kepada Man City dari sudut kelebihan jaringan
Perebutan gelaran Premier League musim ini nampak sangat terbuka untuk kedua-dua Liverpool dan Manchester City pada musim ini.
Walau City pada awalnya nampak jauh meninggalkan kesemua pencabar mereka seperti Chelsea dan Liverpool, namun kini skuad kendalian Jurgen Klopp itu sudah semakin hampir untuk memintas The Citizens.
Ketika The Reds kehilangan Sadio Mane dan Mohamed Salah yang menyertai AFCON, City nampak semakin selesa untuk membawa pulang Piala liga ke bumi Etihad.
Namun pemain seperti Diogo Jota dan Fabinho berjaya membuktikan mereka juga mampu untuk menjadi mesin pencetak gol untuk gergasi Merseyside itu.
Barisan pemain sedia ada Liverpool ketika itu berjaya memastikan Liverpool tidak terus jauh ditinggalkan dengan mereka cemerlang mencatat kemenangan demi kemenangan.
The Reds kini hanya enam mata sahaja dibelakang The Citizens, dengan mereka mempunyai kelebihan satu perlawanan yang masih belum dimainkan.
Liverpool pada April ini akan bertemu Man City di Etihad, dan seandainya mereka menang perlawanan tersebut, serta tidak keciciran mata lagi, maka mereka bakal mendahului carta saingan liga dengan kelebihan jaringan.
https://twitter.com/AnfieldWatch/status/1499022040703160320?t=zv9t5qYBl7frHWL0p-6Ijw&s=19
4) Jentera serangan Liverpool sedang berada di tahap persembahan terbaik mereka
The Reds sememangnya senantiasa mendahului seteru utama yang lain dari segi kelebihan jentera serangan mereka, kali ini jentera serangan mereka nampak sungguh luar biasa menakjubkan.
Mohamed Salah merupakan calon pemenang anugerah kasut emas musim ini selepas beliau berjaya menjaringkan 19 gol setakat ini, dengan Diogo Jota dan Sadio Mane juga tidak jauh dibelakang beliau.
Jota berjaya mengekalkan tahap persembahan terbaiknya sama seperti musim lalu dengan beliau kini sudah berjaya menjaringkan 12 gol dalam saingan Premier League.
Mane yang baru sahaja membantu Senegal untuk menjuarai gelaran AFCON pertama mereka pula, musim ini beliau sudah berjaya menjaringkan 11 gol untuk Liverpool.
Secara keseluruhannya, ketiga-tiga jentera serangan Liverpool itu sedang selesa mendahului senarai calon pemenang kasut emas musim ini
Pemenang enam kali gelaran Champions League utu berjaya menjaringkan 70 gol dari 26 penampilan, yang mana secara puratanya mereka merekodkan 2.69 gol setiap perlawanan.
There have only been 2 occasions in Premier League history, where the 2 highest scoring players have both played for the same club.
But this season we're going one better! As of right now, the THREE top scorers in the Premier League. ALL PLAY FOR LIVERPOOL! pic.twitter.com/73q4xe0S83
— LFC Memes For Fans Of The Worlds Greatest Team (@LFCMemesFFOTWGT) February 23, 2022
Dengan Roberto Firmino, Divock Origi, Takumi Minamino dan Luis Diaz berada di bangku simpanan, harus diakui jentera serangan Liverpool pada ketika ini berada di tahap yang berbeza.
17 pemain berbeza berjaya menjaringkan gol untuk mereka dalam saingan Premier League musim ini, dan ia jelas membuktikan The Reds bukan hanya sekadar bergantung kepada jentera serangan mereka sahaja.
3) Alexander-Arnold dan Robertson kembali menemui rentak persembahan terbaik mereka
Musim lalu, barisan pertahanan Liverpool berdepan masalah yang agak teruk dengan kebanyakan pemain di posisi itu terpaksa diketepikan kerana masalah kecederaan.
Tiga pemain centre-back utama mereka, Virgil Van Dijk, Joel Matip dan Joe Gomez terpaksa diketepikan kerana dibelenggu masalah kecederaan yang agak teruk.
Dek kerana masalah tersebut, ia secara tak langsung memberi impak kepada kreativiti pemain full-back mereka, dengan kedua-dua Trent dan Robertson gagal untuk menyerlah.
Trent Alexander Arnold dan Andy Robertson tidak membantu jentera serangan sekerap yang biasa mereka lakukan, kerana mereka lebih menumpukan untuk membantu centre-back.
Duo Liverpool itu berjaya mencatatkan statistik yang sungguh menakjubkan sejak beberapa musim kebelakangan ini, namun musim lalu mereka hanya mampu mencatatkan tujuh assists sahaja.
https://twitter.com/AnfieldWatch/status/1498939376377675776?t=sXrRYHX0z6_4Y3TjxMObgQ&s=19
Dengan memiliki centre-back yang lebih solid musim ini, kedua-dua pemain full-back itu jelas sekali kembali lebih aktif dalam membantu jentera serangan dan memberikan impak seperti yang diharapkan.
Trent Alexander Arnold musim ini sudah berjaya mencatatkan 10 assists dengan beliau bersama Mohamed Salah menduduki carta teratas sebagai pemain paling banyak mencatatkan assists.
Andy Robertson sementara itu berjaya mencatatkan sembilan assists dan Liverpool selain mendominasi carta senarai penjaring terbanyak, mereka turut mendominasi carta senarai assists terbanyak.
2) Tidak berdepan masalah kecederaan
Masalah kecederaan benar-benar memberi impak teruk kepada skuad Liverpool pada musim lalu, dengan mereka hampir terlepas slot untuk layak ke saingan Champions League musim ini.
Ketiadaan pemain centre-back menyebabkan pemain midfield seperti Fabinho dan Henderson terpaksa bermain di posisi tersebut, dan jelas sekali ia memberi impak negarif kepada barisan tengah Liverpool.
Disebabkan masalah sama juga, Liverpool nampak sukar untuk melakukan build up serangan dan jentera serangan mereka juga serba tidak menjadi.
Sebelum ini Harvey Elliott dibelenggu masalah kecederaan yang agak teruk, namun beliau kini sudah boleh kembali beraksi.
A big month ahead 👊 pic.twitter.com/kgEZI7gIip
— Liverpool FC (@LFC) March 1, 2022
Liverpool kini hanya kehilangan Roberto Firmino dan Thiago Alcantara sahaja dengan kedua-dua pemain tersebut hanya cedera ringan dan tak memerlukan masa yang lama untuk kembali.
Liverpool mampu mengharungi Januari dengan sempurna walau tiada Salah, Keita dan Mane juga kerana mereka tidak berdepan krisis kecederaan pemain.
1) Virgil Van Dijk kembali ketuai barisan pertahanan
Virgil Van Dijk sememangnya dikenali sebagai antara pemain centre-back terhebat dalam dunia bola sepak.
Bintang Belanda itu tidak dinafikan juga boleh bermain bersama mana-mana kelab gergasi di dunia, dan ketiadaan beliau sudah tentu akan sangat dirasai.
Liverpool pada musim lalu sangat bergelut kerana terpaksa kehilangan Van Dijk selama hampir satu musim, dan ketiadaan bekas bintang Southampton itu bukan hanya beri masalah kepada barisan pertahanan tetapi kepada keseluruhan skuad.
Van Dijk terpaksa berehat panjang selepas dibelenggu kecederaan lutut ketika aksi bertemu Everton pada tahun 2020 lalu.
Ketiadaan beliau menyebabkan skuad Liverpool huru-hara dengan anak-anak buah Jurgen Klopp itu mencatatkan 42 bolos sepanjang musim lalu, sembilan lebih banyak berbanding apa mereka capai pada musim sebelumnya.
Musim ini, Liverpool hanya mencatatkan 20 bolos sahaja dari 26 perlawanan dan tidak keterlaluan untuk menganggap yang barisan pertahanan Liverpool sudah kembali ke tahap persembahan terbaik mereka.
https://twitter.com/AnfieldWatch/status/1498760538075111431?t=jPkLvlMdbeuLo7RvW9_2fg&s=19
Sejak beliau kembali, pemain centre-back Belanda itu berjaya memimpin barisan pertahanan dengan sangat sempurna.
Baik bergandingan bersama Joel Matip, mahupun bersama Ibrahima Konate, Van Dijk tetap mampu memastikan barisan pertahanan The Reds berada di tahap terbaik mereka
Kehadiran semula Virgil Van Dijk memainkan peranan paling penting sebalik kecemerlangan Liverpool sepanjang musim ini.