“Pengubat Rindu Penyokong TRW” – Semua Aksi Liga Premier 2022 Disiar Di YouTube MFL

MFL Liga Premier Live YouTube 2022 ubat rindu TRW

Nampaknya para penyokong Kelantan – yang mensasarkan mencabar kejuaraan liga musim ini, akan dapat mengikuti secara langsung aksi pasukan TRW yang bersaing di saingan Liga Premier 2022 di YouTube MFL.

Kali terakhir aksi Kelantan FC (dulu dikenali Kelantan) dapat disaksikan secara langsung, mungkin pada musim 2018, musim terakhir The Red Warrior (TRW) bersaing di saingan tertinggi Liga Malaysia iaitu Liga Super.

Musim ini merupakan musim ke-4 mereka di Liga Premier dan sejak musim 2019, kita sebagai pemerhati bola sepak tempatan sudah tidak dapat menyaksikan aksi pasukan Kelantan – yang pernah menjadi kuasa besar seketika bola sepak negara sebelum Johor Darul Ta’zim (JDT) mula mencipta kejuaraan pada musim 2014.

Kisah Kelantan Malukan JDT Yang Menjadi Titik Tolak Kebangkitan Sebuah Empayar

Bermula dengan kejuaraan Piala Malaysia 2010, Kelantan terus mara menjuarai dua musim berturut-turut saingan Liga Super (2011 dan 2012) dan Piala FA (2012 dan 2013) selain juara Piala Sultan Haji Ahmad Shah, Sumbangsih pada 2011 serta Piala Malaysia 2012. Ia adalah empat tahun yang gemilang buat pasukan TRW.

Sejak turun ke Liga Premier pada musim 2019, sudah tidak kedengaran laungan gempita, ‘Gomo Kelate Gomo’.

Sebagaimana yang kita tahu, begitu ramai anak-anak negeri Kelantan yang merantau ke negeri lain. Ini terbukti dengan stadium-stadium lawan yang sentiasa akan dipenuhi para penyokong TRW jika bermain di laman lawan.

Jadi, apabila pasukan mereka sudah tidak berada di Liga Super, para perantau yang juga merupakan penyokong setia pasukan sudah tidak dapat menyaksikan aksi pasukan mereka di kaca televisyen mahupun dalam siaran langsung di YouTube Unifi seperti musim sebelum ini. Tentunya mereka amat merindui aksi pasukan mereka.

Bermula pada musim ini, Malaysian Football League (MFL) mengumumkan semua 90 aksi Liga Premier bakal ditayangkan di YouTube MFL. Ia secara rasmi diumumkan sebentar tadi di laman sesawang rasmi MFL.

“Umum mengetahui siaran langsung buat Liga Premier sejak dua tahun kebelakangan ini sedikit terjejas disebabkan pandemik Covid-19 yang menyerang seluruh dunia pada Mac 2020 dan Liga Premier tidak terkecuali menerima tamparan ini.

“Demi kepuasan penyokong-penyokong, MFL sedang berusaha mengelak isu teknikal stadium untuk menyiarkan siaran langsung kesemua 90 perlawanan Liga Premier musim . Jika segala berjalan lancar MFL akan menyiarkan 90 perlawanan Liga Premier 2022 bagi memastikan kemeriahan Liga Malaysia dapat dinikmati semua penyokong.

Stuart Ramalingam, Ketua Pegawai Eksekutif MFL

Bukan hanya penyokong Kelantan, malah penyokong untuk sembilan lagi pasukan antaranya Perak FC dan PDRM FC juga akan mendapat manfaat daripada inisiatif yang telah digerakkan oleh pihak MFL musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN