5 Pemain Midfield Paling Banyak Jaringkan Gol Dalam Saingan EPL

Saingan Premier League merupakan medan di mana berkumpulnya ramai pemain attack-minded midfield terhebat dalam dunia bola sepak.

Pemain-pemain midfield ini mampu menentukan tempo permainan, memecah belahkan pertahanan lawan dengan pergerakan serta kualiti hantaran mereka dan paling penting mempunyai kualiti penyudah yang menakjubkan.

Sukar sebenarnya untuk memilih pemain midfield terhebat dari kalangan pemain-pemain yang beraksi dalam saingan Premier League kerana kebanyakan dari mereka memiliki kualiti yang mengagumkan.

https://twitter.com/bryan11x_/status/1495039670056800256?t=dsXLQLdAh9jIasM6NJ9Lbw&s=19

Berikut merupakan lima pemain midfield yang paling banyak menjaringkan gol dalam saingan Premier League musim ini.

5) Mason Mount (Chelsea) – 7 gol

Bintang utama Chelsea, Mason Mount tidak dinafikan lagi sememangnya sedang berada di tahap persembahan terbaiknya sepanjang musim ini.

Pemain kebangsaan England itu berjaya memukau ramai dengan work rate, skill kepimpinan, kreativiti dan paling penting adalah kemampuan beliau menjaringkan gol.

Dengan Romelu Lukaku dan Timo Werner sedang bergelut dengan masalah prestasi, Mount menunjukkan kemampuan beliau untuk menjadi peledak gol utama Chelsea musim ini.

Dari 21 perlawanan sepanjang musim 2021/22, Mount berjaya menjaringkan tujuh gol dan turut mencatatkan enam assists untuk skuad The Blues.

Ketika aksi perlawanan minggu ke-9, pemain akademi Chelsea itu berjaya mencatatkan hat-trick pertama beliau untuk skuad senior.

Beliau dalam perlawanan tersebut berjaya mencatatkan hat-trick dan merekodkan satu assists untuk bantu Chelsea menewaskan Norwich City 7-0 di Stamford Bridge.

Baki empat gol lagi berjaya beliau jaringkan ketika aksi antara minggu ke-14 hingga minggu ke-17 dengan gol jaringan beliau berjaya membantu Chelsea mengumpul lima mata dari empat perlawanan tersebut.

4) Kevin De Bruyne (Manchester City) – 7 gol

Dek kerana disahkan positif C0V-19 dan dibelenggu masalah kecederaan, bintang handalan Manchester City, Kevin De Bruyne terpaksa diketepikan dari beraksi dalam beberapa perlawanan untuk The Citizens.

Walaupun begitu, bintang Belgium itu masih lagi berada di kedudukan keempat dalam senarai pemain midfield paling banyak menjaringkan gol dalam saingan Premier League musim ini.

Hal itu sudah cukup untuk membuktikan kualiti yang dimiliki oleh pemain midfield Manchester City itu, dengan beliau tidak dinafikan lagi antara pemain terhebat dalam dunia bola sepak hari ini.

Pemain kebangsaan Belgium itu memiliki vision, kualiti hantaran, bijak membuka dan mencari ruang dan paling penting mempunyai kualiti rembatan yang sungguh menakjubkan.

Pengurus Man City, Pep Guardiola sememangnya menganggap De Bruyne sebagai pemain terpenting dalam sistem beliau, dan pada musim ini pemain midfield itu sekali lagi membuktikan beliau mampu memberikan impak seperti yang diharapkan.

Gol pertama Kevin De Bruyne musim ini berjaya dihasilkan pada minggu ke-7 dengan beliau ketika itu menjaringkan gol yang membantu Man City mengikat Liverpool 2-2.

Pada minggu berikutnya, beliau sekali lagi berjaya menjaringkan gol dengan gol jaringannya ketika itu membantu The Citizens menewaskan Burnley 2-0.

Pada aksi perlawanan minggu ke-22, Kevin De Bruyne berjaya menjaringkan gol dari jarak jauh yang cukup padu untuk membantu Man City menewaskan Chelsea 1-0.

3) Conor Gallagher (Crystal Palace) – 8 gol

Crystal Palace pada musim lalu mengakhiri saingan Premier League di kedudukan ke-14 dengan mereka ketika itu jelas sekali kurang kreativiti di kawasan final third.

Palace musim lalu hanya mampu mengumpul 44 mata sahaja dari 38 perlawanan dan pada musim ini, mereka kini sedang berada di kedudukan ke-11 dalam carta saingan liga.

Crystal Palace pada ketika ini sedang bercita-cita untuk menamatkan saingan liga di kedudukan 10 terbaik dan seandainya mereka berjaya, ia merupakan kali pertama mereka lakukan dalam tempoh tujuh tahun terakhir ini.

Pemain yang dipinjam dari Chelsea, Conor Gallagher merupakan antara nadi penting yang membantu Crystal Palace mencatatkan keputusan-keputusan positif sepanjang musim ini.

Aksi hebat beliau dengan corak permainan serta kualiti penyudah yang beliau miliki membuatkan The Eagles yakin mereka akan mengakhiri saingan liga di kedudukan 10 teratas.

Dari 22 perlawanan dalam saingan Premier League, pemain kebangsaan England itu berjaya menjaringkan lapan gol dan turut mencatatkan 3 assists untuk Crystal Palace.

Gol pertama pemain berusia 22 tahun itu berjaya dijaringkan ketika aksi pada minggu ke-3 bertemu West Ham United, dengan beliau ketika itu meledak dua gol untuk bantu Palace catat keputusan seri 2-2.

Ketika aksi bertemu Everton pula, beliau sekali lagi berjaya meledak dua gol dalam perlawanan tersebut, dan tidak keterlaluan untuk menganggap tanpa Gallagher Palace tidak akan berada di mana mereka berada sekarang.

2) Bruno Fernandes (Manchester United) – 9 gol

Musim lalu, pemain midfield Manchester United, Bruno Fernandes berjaya menjaringkan 18 gol dalam saingan Premier League.

Beliau jelas sekali merupakan pemain terpenting Manchester United pada ketika itu dengan beliau menjadi penyumbang terbesar gol-gol yang berjaya dijaringkan oleh The Red Devils.

Beliau pada musim ini jelas sekali tidak mempunyai rekod jaringan sehebat musim lalu, namun Bruno Fernandes masih lagi antara penjaring terbanyak Man Utd dalam saingan Premier League setakat ini.

Sejak ketibaan Cristiano Ronaldo pada musim panas lalu, pemain berusia 37 tahun itu telah diberi tanggungjawab untuk menjadi pengambil sepakan penalti utama Man Utd.

Hal itu sedikit sebanyak telah menjejaskan catatan gol Bruno Fernandes dengan kebanyakan gol jaringan bintang Portugal itu pada musim lalu adalah hasil dari sudut sepakan penalti.

Walau bagaimanapun, pemain midfield Red Devils itu pada musim ini sudah berjaya menjaringkan sembilan gol dari 25 penampilan dalam saingan Premier League.

Beliau turut berjaya mencatatkan enam assists setakat ini dan harus diakui walau ia bukan pencapaian terbaik beliau, namun Fernandes masih lagi pemain yang perlu digeruni lawan.

1) Emile Smith Rowe (Arsenal) – 9 gol

Pemain midfield yang menduduki kedudukan pertama dalam senarai ini merupakan golden boy Arsenal, Emile Smith Rowe.

Aksi hebat beliau sepanjang musim ini bukan hanya berjaya membawa Arsenal untuk mencabar kedudukan empat teratas, bahkan beliau turut dipanggil untuk sertai skuad The Three Liones.

Beliau tenang dalam mengawal bola, bijak mencari rakan sepasukan, mempunyai vision dan kualiti hantaran yang sungguh menakjubkan.

Satu hal yang pasti, Smith Rowe turut mempunyai kualiti penyudah yang sungguh menakjubkan dan tidak keterlaluan untuk menganggap beliau antara pemain midfield yang digeruni lawan.

Pada musim 2021/22, Emile Smith Rowe telah membuat 21 penampilan dalam saingan Premier League untuk The Gunners.

Beliau berjaya menjaringkan sembilan gol dan turut mencatatkan dua assists dalam membantu Arsenal untuk mendaki ke kelompok lima teratas pada ketika ini, berbanding di kedudukan tercorot liga pada awal musim lalu.

Beliau berjaya menjaringkan gol ketika aksi bertemu Tottenham Hotspur dan Manchester United dan itu sudah cukup untuk membuktikan yang beliau mampu menyerlah dalam perlawanan besar.

Smith Rowe dijangka bakal menjadi antara pemain midfield terhebat dalam dunia bola sepak, dan kini semuanya bergantung kepada pengurus kelab, Mikel Arteta untuk menggunakan kemampuan beliau dengan bijak.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN